THE POWER OF DREAM

10:46 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Aku tau korang mesti paham kan. Itulah fenomena sekarang. Tak habis dengan skim cepat kaya.

2. Itu bukan isu utama kali ini. Isu aku ialah sindiket sms. Semakin lama, semakin berleluasa. Tak paham aku bagaimana terjadi begini.

3. Bila dilihat golongan yang 'terkena' di Buletin Utama TV3, ada juga guru yang terlibat. Aku makin hairan. Mengapa guru pun boleh terkena?

4. Pendapat diminta dari laman sosial. Ramai mengatakan guru juga manusia biasa. Jawapan yang telah dijangka.

5. Guru ialah manusia BERPENGETAHUAN. Selain itu, guru juga mempunyai kelebihan berfikiran LOGIK lebih dari orang lain kerana kebolehan MERASIONAL yang tinggi.

6. Tu pendapat aku la. Mustahil boleh kena. Kalau aku terkena aku memang malu. Dengan sebijik sms menawarkan puluhan ribu ringgit pun anda sudah kelabu mata?

7. Aku selalu kena sms dan panggilan menawarkan pelbagai ganjaran lumayan. Akan tetapi setakat ini aku berjaya mem'bahan' kembali sehingga berbulu operator tersebut.

8. Jika dipukau, aku faham. Perbuatan ilmu hitam memang sukar dikesan.

9. Pada yang terkena, sabarlah.. Pada diri sendiri dan orang lain, beringatlah sama. Minta dijauhkan.

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Sakti Arjuna on July 7, 2010 at 1:30 PM

hurm..minta dijauhkan dari ditipu..

Comment by Unknown on July 9, 2010 at 12:46 AM

ya.. bersama-sama berwaspada..

Comment by Jalak Lenteng on July 12, 2010 at 2:51 PM

amalkan ayat 4 qul dan ayat qursi.......insyaAllah...

Post a Comment