CHARGER

18:36 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Cerita ni agak lama, dalam 2 minggu lepas. Ketika kawan aku datang untuk melawat aku di sini.

2. Setibanya di terminal bas, beliau bergegas ke masjid untuk berehat seketika. Charger juga dibawa untuk mengecas bateri telefon yang lemah.

3. Apa yang berlaku, beliau ditegur oleh seorang warga masjid disitu yang agak berumur.

4. Rakan aku segera meminta maaf atas sikapnya yang tidak tahu kerana beliau 'dari KL'.

5. Mendengar alasan dari rakan aku, orang tua itu menjadi marah, dan memarahi sikap rakan aku sambil berkata 'aku pun dari KL jugak'. Siap perli lagi. Mendengar dari rakan aku, nampak agak biadap caranya.

6. Lepas tu orang tua itu menyuruh rakan aku pergi ke kedai telefon untuk mengecas dengan RM2 sejam dengan nada yang kasar.

7. Siapa anda pakcik? Masjid tu milik siapa? Kalau tak boleh cas, cukup sekadar menegur. Tak perlu marah sampai begitu sekali. Nak bayar? Boleh pun. RM berapa la sangat.

8. Masjid tu kemudahan semua. Bukan untuk kemudahan pihak tertentu. Kalau tak boleh, letak la notis. Pemikiran aku, takkan kawan aku yang berpangkat tinggi dalam kerajaan tak boleh membaca.

9. Dalam masjid pun boleh buat hal.. Hishh..

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on July 20, 2010 at 2:22 AM

kemutnyer tok siak...

Comment by Unknown on July 28, 2010 at 7:41 AM

tau xpe.. mcm masjid tu atas nama die.. hohoho nasib baik x buat agama sndiri.. kalo x mau sesaaaattt..

Anonymous on August 4, 2010 at 10:11 PM

ade sebab die wat camtu..mungkin kau usha die panas..haha

Post a Comment