CURANG

10:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. aku ingin berkongsi rasa sedih terhadap rakan aku yang bercerai baru-baru ini. kita selalu didedahkan dengan mahkamah tentang kes-kes penceraian dan pertelingkahan suami isteri. tak kiralah siapapun artis ke, ahli perniagaan ke mahupun ahli nujum. penceraian tetap berlaku.

2. jika dilihat majoriti dari masalah ini hanya merupakan kehadiran pihak ketiga dan persengketaan yang berlaku adalah berpunca dari orang lain. lebih memburukkan keadaan lagi orang ketiga ini seolah-olah tidak kisah dengan status perkahwinan orang yang dicintai.

3. cuba tanya mereka apakah ini yang dijanjikan sewaktu hangat bercinta dahulu? sudah tentu tidak. kalau begitu apa masalahnya dengan kehadiran orang ketiga yang didakwa memporak-perandakan rumahtangga yang dibina bertahun-tahun selama ini?

4. aku tak mahu komen mengenai masalah hubungan orang lain. pada aku, orang ketiga tidak wujud. kita sendiri yang memilih untuk ada orang ketiga ataupun tidak. kita yang menentukan kehadiran orang ketiga ini sama ada patut diterima ataupun tidak.

5. ingatlah, baik putus masa bercinta dari bercerai semasa kahwin. bercerai bukan perkara mudah. bayak rentetan peristiwa yang perlu dilalui untuk menyelesaikan segala kesulitan yang ada. kesimpulan pada kaum lelaki seperti aku, jangan mudah terpedaya. nasihat beberapa kali saja, kalau tak nak ikut, tinggal..

WARGA ASING

18:04 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. sekarang ni kita dapat lihat lambakan pekerja asing di negara kita. kita juga sudah biasa melihat mereka di mana-mana.

2. apa jenis kerja pun diorang boleh buat. tidak kiralah di pasar raya, petrol pam, buruh binaan dan promoter di pasar raya.

3. baru-baru ini aku singgah ke salah sebuah pasar borong terkemuka di Kuala Lumpur untuk membeli keperluan harian. seperti biasa, memang ada pekerja asing di sana. aku pun meminta tolong dari pekerja tersebut untuk membantu aku membeli barang keperluan harian aku dengan menyiang ayam yang sudah semestinya kerja dia.

4. apa yang mengecewakan aku, dia seolah-olah terganggu dengan kehadiran aku yang memerlukan perkhidmatannya di situ. dahlah servis pun hampeh, dilanyaknye ayam tu. pulak tu tidak disiang dengan betul. bila aku tegur, ketat pulak mukanya. aku yang berang dengan tindakannya terus berkata 'pehal ko ni potong ayam mcm ni, aku yang makan ayam ni nanti, bukan mak kau yang makan tau tak?' bila dicakap macam tu, barulah takut sedikit mukanya. hmm.. bersalah juga aku..

5. apa masalahnya dengan bekerja? tak ada mood sebab diganggu ketike berbual dengan kawan? kalau nak kerja buatlah cara nak kerja. aku tak harapkan layanan mesra pun. asalkan apa yang nak dibeli dapat, bagi aku dah memadai. dahlah aku regular customer kat situ, yang dia ni pulak orang baru..

6. aku tak paham, kenapa aku patut diberi layanan sebegitu rupa sedangkan aku meminta tolong dengan cara baik dan penuh sopan. apa aku perlu bercakap dengan nada sebaliknya untuk mendapatkan apa yang dihajati?

7. pada hari yang lain aku pergi lagi ke kawasan tersebut untuk membeli keperluan lagi. kali ini aku disambut dengan mesra oleh pekerja tempatan. alangkah bagusnya jika semua pekerja ada sikap begini.

8. aku tak mintak dilayan seperti 'customer is always right', aku cuma ingin mendapatkan barang aku. aku dah dapat, ko punya suka la nak buat apa. jangan sampai aku kecoh kat bos ko, lepas tu aku bagi ko susah, lepas tu aku make sure ko balik kampung nanti tak datang sini dah. karang dikata tak baik aniaya orang. ramai lagi la warga negara ko nak kerja kat sini.

9. aku sabar je. nasibla dilayan seperti warga asing, oleh warga asing, di TEMPAT SENDIRI.. aku dapat skali lagi, memang masak la warga tu aku sound, konpem ko berenti punye.. huh

TERLEPAS

00:27 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. seperti yang dijangka, ex-kayap itu terlepas juga. dengar khabar angin yang mengatakan dia akhirnya lulus juga dalam praktikum walaupun syarat utama telah dipenuhi. satu pujian yang tidak terhingga diberikan kepada pihak yang berusaha untuk menyelamatkan 'beliau' dari terkandas dalam program akhir, akibat dari kesilapan sendiri.

2. aku selaku pendengki mengucapkan tahniah kerana dikau memang bijak dalam merekacipta dan menyelesaikan masalah sendiri. you managed to clean up your own mess. bravo.

3. teruskan bermain, tiadaa halangan selepas ini. bahkan selama ini tiada siapapun menghalang. cuma ada beberapa pihak yang tidak puashati kerana dikau tidak buat kerja. itu saja.

4. namun itu semua hanya perasaan, bukan realiti. perasaan bukan sesuatu yang rasional. ia lebih dikuasai oleh emosi. jadi, itu semua tidak relevan untuk dijadikan sandaran ketika menentukan keputusan untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi.

5. tak perlu menjadi orang berguna, hiburan sangat penting untuk kita supaya tidak tertekan di kemudian hari. teruskan berhibur, game dan manga? kartun? itulah yang sebenarnya patut diambil kira sebagai teladan dalam hidup kita.

6. tak perlu bersosial. teruskan menyendiri. ibubapa dikau sudah tentu kaya dan mampu menanggung dikau sampai bila-bila. aku yakin dari amalan kehidupan seharian dikau, harta yang ada sudah tentu lebih dari tujuh keturunan untuk dihabiskan.

7. tidak perlu bersusah, tidak perlu buat kerja. teruskan berhibur. hiduplah dalam dunia sendiri supaya dikau dapat merasakan hidup ini dikau yang punya.

8. sorry, and good luck..

ILMU

07:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. hari itu aku sampai di rumah. ramai rakan yang menegur perubahan mendadak aku terutamanya pada berat dan postur badan. apa nak dikata.

2. itu bukan perkara menarik. apa yang menariknya ialah ada seorang dari rakan aku di kediaman perumahan aku yang memperlekehkan tindakan kebanyakan belia menyambung pelajaran mereka di peringkat tinggi.

3. keputusan adik aku untuk melanjutkan pelajaran diperlekehkan dengan nasihat agar menghentikan sahaja niat itu kerana ia tidaak mendatangkan faedah tertentu seperti dirinya yang telah mempunyai hanya satu kebab stall.

4. aku bukan berniat untuk memperlekehkan dia kembali, tapi aku amat sedih dengan adanya manusia macam ni yang sentiasa mendabik dada akan kejayaan awal yang dia telah kecapi. sikap membanding nilai aset dengan orang yang masih belajar dan juga masih dalam tanggungan adalah sangat mendukacitakan aku.

5. harus diingat tujuan melanjutkan pelajaran adalah kerana untuk menimba ikmu di peringkat yang lebih tinggi, mencakna pemikiran yang lebih bernas dan menghasilkan refleksi dalaman yang lebih realistik.

6. jika tujuan untuk menyambung belajar adalah untuk mengumpul harta atau menjadikan anda lebih kaya, itu silap kerana belum ada lagi orang yang kaya hanya dengan mendapat skrol sahaja. rezeki ditentukan oleh tuhan bukan kita.

7. jangan mempertikai apa yang orang buat sebaliknya beri sokongan supaya kita saling menghargai satu sama lain.

8. nasib baik aku tak ada malam tu.. kalo x mampos aku bahan ko balik. chow..

BLOG

09:09 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain sebagai imbasan semula terhadap tujuan asal dalam aktiviti yang kita adakan selama ini iaitu penulisan blog.

2. blog adalah satu kemudahan yang meletakkan kita kebebasan dalam menulis untuk disiarkan bagi tatapan umum.

3. blog boleh dikategorikan sebagai penulisan fakta dan juga penulisan jurnal. kebanyakan kita beranggapan bahawa penulisan blog lebih kepada penulisan jurnal sedangkan banyak fakta yang dipaparkan bukan berdasarkan kajian ataupun sorotan dari pihak yang arif dalam bidang tertentu.

4. jika blog ditulis dalam ulasan terhadap fakta, ia harus dikaji sebelum dipaparkan untuk tidak menyebarkan berita yang tidaak lengkap ataupun tidak tepat kepada pembaca blog tersebut. jika fakta yang dipaparkan boleh mengeruhkan keadaan yang sedia ada, itu bermaksud penulisan tersebut boleh dikategorikan sebagai penulisan yang tidak berasas faktanya.

5. jurnal booleh dikatakan sebagai nukilan peribadinya terhadap apa yang ditempuhinya dalam kehidupan seharian. setiap perspektif yang diulas adalah berdasarkan dari pandangan sebelah pihak iaitu dari pihak penulis sendiri.

6. oleh itu, kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) fakta yang dikemukakan (jika ada) adalah tidak kukuh dan tidak boleh dibuat sebarang bentuk kajian keatasnya.

7. itulah tujuan penulisan blog, jika dikira dari perspektif aku yang hanya mengambil pendapat dari 1 pihak yang ada sedkit pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan.

8. tanya diri anda, apakah tujuan anda menulis blog? mari kita letakkkan bersama-sama dalam blog kita.. terima kasih..

TEKANAN

22:42 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. semua orang mempunyai tekanan. tak kira usia dan bangsa semua ada tekanan.

2. setiap orang juga ada cara sendiri untuk melepaskan tekanan. terdapat berbagai cara untuk melepaskan tekanan.

3. aku ingin mengutarakan rasa kesal aku terhadap seorang yang aku kagumi selama beberapa ketika aku belajar menyelami kehidupan ini.

4. aku kenal seorang 'uncle' ini sebagai seorang yang berfikiran luas, berpengalaman tinggi dan dalam ilmu pengetahuannya. aku cukup berbangga dengan apa yang dilakukannya dalam kehidupan sehariannya.

5. akan tetapi, pada satu hari, semuanya telah berubah..

6. nasihat aku pada diri sendiri, jadilah sebagai seorang yang tidak melepaskan tekanannya pada orang lain dengan cara menghamburkan kata-kata yang tidak berasas sebagai satu ketidakpuashatian gara-gara cara orang itu tidak sama dengan cara yang diamalkan anda selama ini.

7. terus-terang aku katakan, dengan aku diperlakukan dengan cara sebegitu, aku cukup malu dan rasa tersinggung dengan perbuatannya itu. aku bukan tidak mampu membezakan gurauan, akan tetapi aku masih ada harga diri untuk dipertahankan walaupun aku ini hanya insan mentah dalam dunia pekerjaan yang diceburi.

8. jangan libatkan pihak yang tidak dikenali dengan masalah yang tidak berkaitan. bila hal remeh boleh menjadi besar, kelak buruk padahnya.

9. aku bukan insan yang cepat mencari penyelesaian dengan cara kasar. aku masih mampu bersabar, kerana aku tahu nilai sebanar kesabaran itu. uncle sendiri pernah berpesan, akan tetapi uncle juga yang naik tangan pada orang yang hanya sekadar mencebik tanda tidak setuju dengan uncle.

10. kalo uncle boleh panas, orang lain pun punya nafsu amarah sama. fikir-fikirkanlah, belajar menghormati cara pemikiran orang lain.

PENTADBIR

17:55 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. aku ada angan-angan ingin menjadi seorang pentadbir. dan ini yang akan aku lakukan jika aku adalah seorang pentadbir yang memegang tanggungjawab besar di dalam sesuatu organisasi.

2. aku akan menjadi seorang pentadbir yang professional yang tidak menuding jari pada mana-mana pihak untuk melepaskan diri. aku akan berhadapan dengan situasi itu dengan tenang dan cuba untuk menyelesaikannya berdasarkan bukti yang ada, bukan pada siapa aku berurusan.

3. aku akan menjadi seorang pentadbir di mana aku akan sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik supaya disegani oleh semua subordinat dan kakitangan di bawah aku. dengan itu semua orang tahu yang aku adalah pentadbir yang baik dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

4. aku akan menjadi seorang pentadbir yang beretika dan tidak selekeh penampilannya ketika menjalankan tanggungjawab di tempat kerjaku aku. dengan itu, aku berhak menegur jika ada orang yang melakukan tindakan yang sama.

5. aku akan menjadi pentadbir yang seimbang diantara subordinat aku dan juga kakitangan bawahan aku supaya aku dikenali sebagai seorang yang adil dan saksama dalam menjalankan tugasnya.

6. aku akan menjadi pentadbir yang amanah supaya aku tidak disoal di kemudian hari.

7. aku akan menjadi pentadbir yang rasional dalam menjalankan tugas supaya aku tidak dituduh untuk sengaja mencari kesalahan orang lain. ini kerana setiap yang berlaku ada puncanya dan aku perlu bijak dalam membezakan punca dan alasan.

8. aku akan menjadi pentadbir yang sentiasa mengingatkan anaknya supaya menjaga nama baik aku kerana kelak aku tidak segan untuk mengaku yang anak aku tidak mempunyai keperibadian yang tinggi seperti aku.

9. aku akan menjadi pentadbir yang ceria, memayungi keceriaan dalam organisasi yang aku naungi supaya mereka tahu yang kehadiran aku memberi seribu makna dalam rutin hariannya.

ini adalah berdasarkan pada apa yang aku pelajari dalam bidang pengurusan dan kepimpinan..
renungkan bersama. tak paham call aku. aku bagi kuliah free.

UTILITI

22:20 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. apa perasaan anda jika anda tidak mendapat kemudahan asas sedangkan anda mambayar untuk itu? sesetengah orang tidak mengapa, masih boleh hidup. akan tetapi sesetengah orang merasa tidak puas hati kerana banyak aktiviti yang telah dirancang pada hari minggu.

2. pada pendapat aku, aku sungguh kecewa kerana tidak mendapat kemudahan sebegitu menyebabkan aktiviti aku yang ingin dilakukan pada hari itu agak terganggu.

3. aku masih berasional terhadap apa yang berlaku kerana adalah satu lumrah jika ada masalah yang berlaku di luar pengetahuan kita, tiada apa yang patut dipersoalkan. bak kata orang, dah nak jadi..

4. persoalan utama di sini bukan aktiviti apa yang aku lakukan. ini merupakan reaksi kepada aduan yang aku kemukakan kepada pihak yang berperanan khusus dalam menangani situasi seperti ini. aku merujuk kepada beberapa pihak yang bertanggungjawab. akan tetapi reaksi yang diterima agak mengecewakan. katanya esok.. kepalehotakko..

6. akan tetapi masalah itu telah selesai. barangkali dia sedar akan tanggungjawabnya..

terima kasih..

BERBULU

07:52 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. semalam akhirnya makhluk berbulu itu mengaku akan segala silapnya dari isu terbaru iaitu memalsukan dokumen kerajaan sehinggalah semua perkara yang disifatkan oleh makhluk ini tidak bersalah pada mulanya.

2. tiada tindakan dilakukan melainkan nasihat dari kawan-kawan yang jujur kepada beliau.

3. aku memikirkan apa yang telak berlaku kerana makhluk ini sekali lagi tidak hadir ke sekolah.. apa pula alasannya kali ini? nak menipu dulu? lepas 2 jam menipu baru nak mengaku lagi?

4. semalam bukan main insafnya. hari ini buat lagi. dah memang malas, orang lan pun malas. geram jugak aku dengar. celake lu..

5. xpe, aku tak kesah, aku tak heran, janji aku buat apa yang patut aku buat. aku dah malas nak sibuk dengan hal ko dah. mak bapak ko yang hebat tu kalo call aku lepas ni tobat aku tak nak layan lagi. mampos..

6. aku menyeru pada rakan-rakan biarkan jela makhluk ni. just let go, tgk apa yang nak jadi pulak. go with the flow..

aku berdoa tak nak ada adik macam ni, taknak ada anak macam ni (insyaallah)

KEMERDEKAAN

11:07 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. seperti tajuk diatas, kemerdekaan membawa maksud yang penting dalam hidup aku hari ini.

2. aku tidak bermaksud melepaskan diri dari jajahan, akan tetapi menikmati kebebasan sepenuhnya dalam semester ini dengan habisnya semua pemantauan, bahkan inilah yang aku nantikan selama ini.

3. pada yang sudah habis sebelum aku, ternyata semua sudah menkmati keseronokan seperti yang aku rasa sekarang ini.

4. pada yang masih belum habis dipantau, sabar itu separuh dari iman, dan aku dapat merasai kepahitannya menghitung hari bagi dipantau secepat mungkin. pokok pangkalnya, tiada perbezaan pun antara sebelum atau selepasnya. sama sahaja.

5. akan tetapi aku masih sedar ada juga manusia lain yang tak ambil endah semua ini.

6. aku pasti bahawa ada seorang manusia yang sudah tak endah lagi dengan apa yang berlaku. tidak hadir ke sekolah menjadi kebiasaan dengan pelbagai alasan kesihatan yang diberikan dihadapan doktor.

7. selepas itu apalagi? game dan kartun menjadi peneman untuk menghilangkan segala "penyakit" yang dialami, dan penyakit dang didakwa dihidapi adalah sangat kronik seperti "MIGWAIN" sehingga boleh menyebabkan pecah kepala dan terjatuh motor akibat hilang keseimbangan badan yang dipenuhi gula berkarbonat.

8. itulah bagi si bangkai ini kemerdekaan yang total. dulu masa sebelum dipantau kerja tak buat, dah dipantau tak hadir pulak.

9. ternyata berbau......... hancing sungguh taktikmu.. huh

TRAVIAN 2

11:25 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. dahulu aku ada menyatakan hasrat untuk berhenti bermain, akan tetapi tidak lagi.

2. ini kerana salah seorang pemain yang handal iaitu ibatul menyedari yang aku adalah jenis yang ingin mendapatkan jalan mudah untuk berhibur.

3. ibatul telah mengambil jalan penyelesaian untuk aku supaya memudahkaan aku berinteraksi dengan permainan ini hanya beberapa minit sahaja setiap sesi, daripada berpuluh-puluh minit dihabiskaan sekali sesi sebelum ini.

4. itu hanya sebagai penerangan. but its not the point.

5. dalam mendapatkan hiburan, aku sentiasa ingin mencari jalan mudah supaya aku akan rasa terhibur, terutamanya dalam bermain game. aku akan mula berfikir akan natijahnya jika aku bermain terlalu lama sehingga menganggu komitmen aku dalam seharian aku meneruskan kehidupan ini.

6. aku tidak merasa hairan jika ada orang lain yang menghabiskan masa lebih banyak dari aku, itu adalah minat dan kehendak masing-masing.

7. apa yang menarik perhatian aku ialah manusia yang bermain game tak tentu hala dan tidak terurus hidupnya kerana game. aoa yang lebih memalukan lagi adalah karektor yang ada di dalam game diadaptasi dalam kehidupaan sebenar.

8. berpijaklah di bumi yang nyata. tidak perlu bergelak ketawa dan berkeperibadian seperti watak di dalam game. itu aadalah fantasi benda tidak hidup..

renungkanlah.. nnnyyyiiuuuunnnggg....

PENYAKIT

08:56 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. pagi tadi aku memerhatikan si bangkai itu tidak ke sekolah lagi.

2. apabila ditanya, dengan selamba si bangkai mengatakan migrain adalah punca utama sejak dari semalam. jika dikira sudah 5 hari si bangkai ini tidak hadir ke sekolah.

3. akan tetapi adalah bijak si barai ni sebabnya dia pandai mencari alasan di hadapan doktor supaya dia boleh mempunyai kebenaran bertulis supaya dia boleh berseronok ketika orang lain sibuk bekerja.

4. jika diteliti sikap yang ditunjukkan, ini sungguh mengecewakan aku kerana aku tidak berasa dengki atau irihati dengan penyakit yang dihidapi beliau. akan tetapi kesahihan dan fakta bahawa dia mempunyai migrain dan juga sakit perut sebelum ini.

5, aku sungguh berang apabila mendapati selepas habis waktu sekolah, dia boleh keluar seperti biasa membeli air berkarbinat untuk dijadikaan santapan perutnya dan otaknya yang sudah bermasalah dek kerana dirasuk hantu yang juga "berkarbonat" seperti dakwaan bomoh yang berjaya menipu bapanya yang dikatakan hebat itu.

6. adalah malang sekali kita semua kerana memiliki insan seperti ini tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kelebihan bapanya yang sentiasa mencari alasan untuk mempertahanpan anaknya.

7. betullah pepatah melayu, bapa borek, anak rintik..

HUJAN

12:21 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. pada pagi tadi hujan yang agak lebat turun menyebabkan aku merasa kedinginan yang amat pasti.

2. aku mula merasa gigil yang amat ketika mandi akan tetapi kugagahi jua kerana hari ini merupakan hari pemantauan oleh pensyarah aku.

3. aku merasaa sungguh bersemangat kerana pensyarah aku akan memantau secara menyeluruh mulai hari ini. jadi aku ingin menghabiskan semua pemantauan dengaan keputusan yang memuaskan.

4. untuk mencapai keputusan yang memuaskan, aku perlu menunjukkan prestasi yang memuaskan di mata pensyarah aku.

5. aku tahu bahawa pensyarah aku merupakan seorang yang profesional. dengan bimbingan dari mentor aku, aku yakin abawa aku akan dapat menempuhi semua pemantauan dengan jayanya.

6. pada yang telah merdeka, berbangalah pada diri anda dan jangan lupa doakan aku supaya lepas semua pemantauan dengan jayanya.

7. sekarang ini segalanya telah disiapkan dan aku hanya menanti pensyarah aku untuk hadir bagi menilai sejauh mana kelayakan aku untuk menjadi insan yang berguna pada massa akan datang.

P/S : blog ini ditulis sepuluh minit sebelum pemantauan bermula..

SEMANGAT

15:20 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (8)

1. aku sekarang ni macam dah mula rasa lemah nak siapkan bahan pengajaran untuk pemantauan berikutnya.

2. ini kerana aku dah mula hilang semangat dek kawan-kawan kebanyakannya telah habi semua pemantauan tersebut..

3. aku dah mula berniat dengki melihat mereka yang mula berehat dan bersenang-lenang dengan kerja yang berjaya disiapkan. aku mula merasa marah pada diri sendiri apa masalah yang berlaku pada diri aku?

4. akan tetapi, setelah berasional beberapa ketika, aku mula insaf. ini bukan dirancang, bahkan ini merupakan apa yang telah berlaku.. aku patut menerima dan bersikap profesional disini..

5. aku sepatutnya tahu apa punca sebenar kelewatan observe aku.. berani aku katakan aku ialah insan yang paling lewat dipantau.. dan ini berpunca dari masalah yang tak dapat dielakkan..

6. walau apapun puncanya, aku berharap agar aku diberikan semangat untuk menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan..

7. dan sesungguhnya aku juga berharap agar aku diberi markah yang memuaskan nanti.. amin..

RUGI (BUKAN AKU TAK SUDI)

17:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (7)

1. hari ini merupakan hari jadi salah seorang rakan baik aku di Cheras..

2. aku merasa agak sedih kerana tidak dpat bersama meraikan harijadi bersama rakanku di sana. aku menjanjikan selepas 16hb aku akan turun untuk meraikan belated birthday bersamanya.

3. aku serba salah diantara pulang kerumah hanya untuk menyambut harijadi seorng kawan dengan menghabiskan ratusan ringgit termsuk tambang sedangkan aku tidak mampu untuk menyediakan semua itu?

4. aku tahu jika aku memohon bantuan wang dari ibubapaku sudah tentu reaksi negatif yang bakal aku terima.. corak hidup kita berbeza, rakan-rakan sudah mula maju jauh kehadapan sedangkan aku baru sahaja mengorak langkah menuju satu kehidupan yang baru..

5. rakan-rakanku, aku tahu sekarang ini aku sudah berubah kerana tidak dapat bersama seperti dulu. gelak ketawa malahan bergembira bersama.

6. akan tetapi aku tetap akan cuba berada di sisi rakan semua jika rakan bersedih dan bermuram durja. jika aku tiada disaat gembira, maafkan aku kerana bukan aku tak sudi, tetapi memang hasrat dihati tidak kesampaian dek kekangan yang wujud..

7. pegang kata-kataku, aku akan kembali kepada rakan semua satu hari nanti, dan aku bersedih memikirkannya sama ada adakah rakan-rakanku akan berada disana untuk menyambut kepulanganku..

HARI PEKERJA

15:12 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. selamat hari pekerja diucapkan untuk semua. aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada yang telah menyiapkan kerjanya dengan baik.

2. doakan aku juga berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. sedangkan si barai pun boleh, manakan aku tidak boleh kan?

3. pada hari pekerja ini aku masih berazam untuk menyiapkan kerja yang diberi. walaupun begitu, aku juga ingin berseronok seperti yang lain seperti ke pawagam, bermalas-malasan di bilik atau menikmati makanan yang menyelerakan bersama teman dan sahabat handai.

4. pendek kata, cuti yang diberikan akan aku manfaatkan. akan tetapi, kerja yang ada tetap takkan aku biarkan begitu sahaja. setakat 1 jam untuk kerja aku pada hari ini cukup memadai.

5. masa itu emas. jangan sia-siakan ia begitu sahaja..