PENTADBIR

17:55 / Diutarakan oleh Unknown /

1. aku ada angan-angan ingin menjadi seorang pentadbir. dan ini yang akan aku lakukan jika aku adalah seorang pentadbir yang memegang tanggungjawab besar di dalam sesuatu organisasi.

2. aku akan menjadi seorang pentadbir yang professional yang tidak menuding jari pada mana-mana pihak untuk melepaskan diri. aku akan berhadapan dengan situasi itu dengan tenang dan cuba untuk menyelesaikannya berdasarkan bukti yang ada, bukan pada siapa aku berurusan.

3. aku akan menjadi seorang pentadbir di mana aku akan sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik supaya disegani oleh semua subordinat dan kakitangan di bawah aku. dengan itu semua orang tahu yang aku adalah pentadbir yang baik dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

4. aku akan menjadi seorang pentadbir yang beretika dan tidak selekeh penampilannya ketika menjalankan tanggungjawab di tempat kerjaku aku. dengan itu, aku berhak menegur jika ada orang yang melakukan tindakan yang sama.

5. aku akan menjadi pentadbir yang seimbang diantara subordinat aku dan juga kakitangan bawahan aku supaya aku dikenali sebagai seorang yang adil dan saksama dalam menjalankan tugasnya.

6. aku akan menjadi pentadbir yang amanah supaya aku tidak disoal di kemudian hari.

7. aku akan menjadi pentadbir yang rasional dalam menjalankan tugas supaya aku tidak dituduh untuk sengaja mencari kesalahan orang lain. ini kerana setiap yang berlaku ada puncanya dan aku perlu bijak dalam membezakan punca dan alasan.

8. aku akan menjadi pentadbir yang sentiasa mengingatkan anaknya supaya menjaga nama baik aku kerana kelak aku tidak segan untuk mengaku yang anak aku tidak mempunyai keperibadian yang tinggi seperti aku.

9. aku akan menjadi pentadbir yang ceria, memayungi keceriaan dalam organisasi yang aku naungi supaya mereka tahu yang kehadiran aku memberi seribu makna dalam rutin hariannya.

ini adalah berdasarkan pada apa yang aku pelajari dalam bidang pengurusan dan kepimpinan..
renungkan bersama. tak paham call aku. aku bagi kuliah free.

4 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on May 12, 2009 at 8:12 PM

aku tertarik dengan no 6 ni...yg amanah...penting ni joseph....smoga anda dapat menjadi pentadbir yng di impikan...

Anonymous on May 13, 2009 at 7:34 AM

Sunggug tinggi cita-citamu..Amin..tapi bagaimana pula kalau awak ditakdirkan menjadi seorang pengaghah?? Susah tu..

Comment by Unknown on May 13, 2009 at 1:19 PM

hahahaha sakti, pengaghah buat hape.. makan duit hagham ke ape? huhu

terima kasih jalak..

Comment by LittLe PeLaNgi on May 14, 2009 at 4:12 PM

aminnnnn...

i know u can b such a 'tiptop' pentadbir 1 day..coz i think i know u well.

*neway bro. naper mst JOSEPH?cam xmanisla.

Post a Comment