ERASER

20:03 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. Aku skang ni tengah tengok pesanan penaja di televisyen. Captain Cash namanya. Iklan yang dipertontonkan, mengenai captain cash menegur pelajar bernama Daniel membeli pemadam terlalu banyak dan disifatkan sebagai tidak perlu..

2. Masa aku tengok iklan ni, teringat aku zaman kecik2 dulu.. Pemadam memang jadi kesukaan aku. Asal ada duit lebih mesti aku beli. Tujuannya? Untuk bertarung dengan rakan sebaya.. hahahaha

3. Pemadam ni ada banyak jenis. Pemadam petak dan leper mempunyai daya pertahanan yang tinggi tapi mudah menerima serangan. Pemadam petak bujur mempunyai daya serangan yang tinggi. Pemadam berbentuk bulat leper lebih menarik kerana sifatnya sebagai all-rounder tapi mahal harganya.

4. Jika diingat kembali, aku rasa hampir ratusan ringgit telah dihabiskan untuk membeli pemadam. Tak termasuk guli lagi tuu..

5. Ini jelas menunjukkan kita zaman kanak-kanak mewah berbelanja untuk berseronok berbanding dengan remaja yang menghabiskan masa duduk di rumah sahaja bermain video-game.

6. Baiklah bermain di luar, kalau makin di rumah sahaja alamat rosaklah minda, kemahiran bersosial menjadi teruk.

7. Lebih teruk lagi anda juga menghadapi risiko dijangkiti kayap.. Hahahahahahaha

BUSINESS NEWS

11:22 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Tadi aku pegi makan di salah sebuah kedai makan yang berlambak di sekitar pusat peranginan terkemuka ni.

2. Apa yang aku tengok walaupun pusat pelancongan yang agak menarik, tapi kedai makan kat sini memang sukar dicari. Kalau tahu baik makan kat hotel je tadi..

3. Setelah sekian lama, nampakla sebijik kedai makan. Walau nampak tak seberapa tapi ramai orang makan di situ. Mungkin sebab kedai makam lain tutup, laku agaknya kedai ni, fikirku.

4. Sampai di kedai makan, nasi lemak diorder sebagai sarapan pagi. Kena tunggu pulak dah sebab ramai orang, pelayan tak cukup. Takpelah, aku paham so oder kuih dulu la.. Nak makan bukan senang hari ni sebab kebanyakan kedai makan tutup. Mungkin 'cuti 2 Muharram kot'.. Ataupun waktu urusniaga penduduk sekitar mula tengahari agaknya..

5. Sekian lama tunggu, maka sampailah masi lemak yang ditunggu, baru sesuap dijamah, mentah la pulak nasik tu. Aku tak cerewet sangat bab makan ni, tanya la Sakti. Tapi kalau dah sampai mentah macam ni sah2 la obviously memang tak boleh makan..

6. Aku faham la mungkin kelam-kabut agaknya, tak pernah ada customer ramai macam ni. Mungkin la kan..

7. Yang aku tak fahamnya komplen pun tak dilayan. Memang bikin panas la kan. Susah sangat ke ganti nasi lemak yang mentah ni?

8. Selepas diperlakukan sedemikian rupa, aku pun nak blah a dari situ.. Gile pe nak makan nasik mentah, berbayar plak tu. Baik makan nasik kenduri kawin..

9. Bila aku nak membayar air dan kuih yang dimakan, tak berterima-kasih pun. Nak kata sibuk tokey tu, tak jugak.. Ko duduk je di kaunter tu pun..

10. Bagus la berniaga macam ni.. Ini la yang orang panggil berkat.. Baru cepat kaya. Lepas tu pakai kereta besar, bermegah pulak..

11. Kalo dah macam ni baik la makan kat hotel.. Menyesal sungguh memilih makan di luar. Haram jadah btol.. Jubo kauuuuu..

Kalaulah lidah aku setajam Sakti..

BURGER

01:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Lewat malam, aku dah mengantuk gile, lepas tu adik aku pulak ajak jalan2 menikmati keindahan malam di rantau orang. Atas dasar abang yang prihatin, aku turutkan jugak memandangkan kesian pulak kat adik aku ni, biarlah dia nak tengok apa ada lewat malam macam ni..

2. Penat berjalan, kami singgah di kedai burger berdekatan, adik aku nak makan la pulak. Aku pun follow a dia oder sebijik burger ikan..

3. Memandangkan Sakti ada memberikan komen pasal burger, maka aku pun terus menulis kerana bagi aku gerai burger ni sangat menarik ceritanya untuk dikongsi bersama....

4. Dari pengamatan aku, jelas menunjukkan pengusaha burger ni pasangan baru berkahwin. Dari cara yang aku lihat antara keduanya jelas menampakkan kebahagiaan.. Moga berkekalan hendaknya.. Aminn..

5. Yang aku nak puji tentang mereka ni ialah kebersihan. Sebelum dan selepas memasak, tangan dibasuh dan dilap dengan kerap. Tidak lupa dengan kuali leper dan peralatan memasak. Semua disapu dan dilap selepas beberapa burger dimasak. Kalau macam ni caranya lambat pun aku sanggup tunggu.. Siyes beb..

6. Jika dilihat dari kecekapan memasak, jelas yang mereka baru lagi menceburi perniagaan burger ini.. Namun begitu, kesungguhan yang ditunjukkan semasa menyediakan burger sedikit sebanyak mengagumkan aku. Teringat brader sebelah cenderawasih, tapi brader ensem tu memang cekap lagi la.. Hehe

7. Aku pun ada bersembang dengan diorang, rupanya mereka berhajat untuk menceburi bidang perniagaan berbentuk francais seperti 'otai burger' yang masyhur di KL.. Akan tetapi aku merasakan ridak perlu kerana bertitik tolak dari burger biasa sudah cukup untuk menempa kejayaan yang sama, usaha tu yang penting. Lagipun, otai burger tu bukannya lazat manapun, daging dia memangla besar, mahal pulak kalo nak diperatikan dengan harganya.. Serupe aku tibai mcD je, tambah lebih RM sikit.. Tu pendapat aku la, jangan marah aaaa 'otai burger(s)' Huhu

8. Siap burger tu dimasak, terus aku bawak balik. Bila aku dan adik-adik aku tengah melayan burger, abah aku pun tegur ''korang cakap nak kurus.. macam mana la korang nak kurus kalo mcm ni caranya''

9. Amik ko sedas.. Kata aku pada diri sendiri.. Hahahahahahaha

KAPCAI

14:50 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Sekarang ini direct di depan mata aku ada sepasang kekasih berasmara di tepi pantai bersama motor BMW yang ditunggangi mereka..

2. Jejaka itu tak ubah macam Saif Ali Khan, yang aweknya pulak obvious macam india yang Mix..

3. Akan tetapi bila sang jejaka membuka jaket kulitnya, maka terserlahlah body kau yang begitu menakutkan.. Memangla motor ko besar. Perot dia sama dgn tank motor ko beb.

4. Manakala awek dia tetap biasa, cantik dan terbaekkk.. Namun itu bukan yang aku utamakan..

5. Aku masih jeles melihat motor yang ditunggangi mereka. Aku biasa nampak motor BMW di majalah mahupun di jalanraya. Akan tetapi, motor mereka ini sangat unik dan amat sukar dilihat di mana-mana sekitar Malaysia.

6. Melihat motor seperti ini, aku terbayang juga motor kapcai yang ditunggangi oleh mat rempit, dan mereka juga mempunyai awek yang tidak kurang hebatnya, biarpun rupa mamat itu tidak seperti Film Star..

7. Dan aku juga mempunyai impian, iaitu untuk menyambar sebijik FZ150i idamanku. Biarpun orang cakap takde pikap, tapi kalo korang tak nak, jangan beli. Hahahaahaha

8. Kesimpulannya, motor tetap best.. Kalau pasal awek plak, bukan susah pun nak jek, cuma keyakinan tu kena ada. Bak kata kawan aku yang juga merempit hari ini, ''walaupun aku hanya bermodalkan ex5, 3gp aku korang layan jugak kan''.. Hahahahahahaha

BARAI

14:50 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Sekarang ni aku mendapati aku semakin letih untuk kemana-mana. Jalan sehari dah penat.

2. Aku mula merasa rungsing sebab keletihan ni bukan seperti yang aku biasa alami. Keletihan ini pernah aku lalui satu masa dahulu..

3. Jika ditanya masa bila? Masa aku debab la..

4. Aku dah mula mudah untuk menerima sakit kepala. Aku bimbang jika aku mendapat migrain seperti dulu. Aku bimbang jika aku akan menjadi seperti sediakala, seperti bahan lagu dinyanyikan Sakti - Disease..

5. Kini tibalah masa untuk bangun dari kealpaan, dari kelupaan dan juga dari kesenangan makan tak beragak. Aku harus lakukan sesuatu. Aku tak boleh jadi macam ni. Aku perlu kembali ke bentuk yang diterima masyarakat. Bukan bentuk jenaka seperti Femau..

6. Sebelum aku berubah, marilah sental ayam panggang sekor di depan mata aku ni ha.. Aaaaaaaaaa..

GEBU

07:28 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. Aduhai sungguh sedih aku melihat ko di skrin tv masa berita pagi tadi.

2. Ko telah disahkan berkahwin dengan salah seorang ahli politik yang terkemuka.

3. Kenapa ko yang sangat best perlu bersama dengan dia? Yelah aku tak layak, tapi lepas ni kalo aku terbayang ko, sah-sah la aku terbayang muka dia skali.. wakakaka

4. Apapun, ko tetap best, dan aku doakan ko bertambah gebu selepas ko melahirkan anak esok.. hehehehe

5. Mau tau sapa gebu? Kasi tengok paper, lepas tu korang teka sapa? post kat komen aku ye.. tqtq

TAHUN BARU

07:24 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Kalau anda semua perhatikan, apabila masuk tahun baru, mesti semua orang ada menanam azam tahun baru. Bagi aku itu merupakan satu titik permulaan yang baik untuk maju setapak kehadapan.

2. Akan tetapi aku ingin meluahkan pandangan aku mengenai azam tahun baru.. Seringkali aku lihat apabila azam tahun baru, ramai orang kelihatan alpa tanpa menyedari bahawa tahun hijrah yang baru telah tiba.. Kalau tahun baru Masihi, kalah orang kafir menyambutnya..

3. Apabila ditanya, ada yang mengatakan bahawa yelah, dah masuk tahun baru. So, nak buat apa? Itulah yang menghairankan aku.. Apa bezanya tahun baru hijrah? Kena senyap ke?

4. Maksud aku, tak perlu sampai senyap macam tu sekali. Kalau malas baca Yasin, Al-Fatihah pun sudah memadai untuk 'pembukaan' tahun baru dalam hidup anda.

5. Pada hari ini maka secara rasminya telah masuk tahun baru 1431 Hijrah..

6. Aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua, moga2 dengan kehadiran tahun baru ini kita akan berjaya menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun2 yang sudah-sudah.

JUTAWAN

19:39 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (8)

1. Sebagai manusia biasa, hampir semua ada kehendak untuk jadi jutawan. Tak kira siapa, ramai yang memasang kehendak yang sama.

2. Aku juga ada menyimpan angan-angan untuk menjadi jutawan sejak tadika lagi. Tapi apakan daya aku dipelangkung pulak oleh guru tadika dengan mengatakan jutawan bukan satu pekerjaan.. hahahaha

3. Aku ingin mengupas satu isu diantara aku dengan kawan baik aku. Dia juga ada menyimpan angan-angan yang sama, akan tetapi beliau telah menukar kepada matlamat setelah membaca buku AZIZI ALI.

4. Aku ingin mengatakan bahawa AZIZI ALI ialah seorang yang sangat hebat kerana aku juga telah membaca buku tersebut, dan ternyata ia sangat bagus dalam merancang dan mengawal perbelanjaan harian anda.

5. Aku sesungguhnya memuji tindakan kawan aku untuk cuba mengamalkan tip-tip perbelanjaan bijak ini.

6. Tapi yang aku kurang berpuas hati ialah tindakan menafsirkan tindakan orang lain dengan buku yang dibacanya. Pulak yang aku panas, aku pun kena!

7. Aku dikatakan tidak ada harapan dalam menguruskan wang, aku terlalu boros berbelanja. Iyelah, memang ada benarnya jugak..

8. Tapi yang membuat aku panasnye, ko pun boleh tahan palatnye. Isap rokok bukan diajar Azizi Ali. Dunhill pulak yang ko isap. Memang ko tak buat apa-apa pinjaman tapi duit ko tetap surut setiap bulan. Belanja tetap macam haram. Banyak je pembaziran yang aku nampak. Baik ko berkomitmen je ngn duit ko. Cepat sikit stabilnye.

9. Kalau nak tegur orang, buat dulu. Tak payah ngengada menunjuk konon. Kalau Azizi Ali nampak ko perangai macam ni pun die bagi penampor je kat ko.. Huh..

TELCO

10:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (11)


1.      
     Aku masih berbulu dek kerana ditipu sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Mereka mendakwa kononnya aku yang menggunakan kredit tanpa batasan walhal kerana kesilapan mereka (diorang sendiri mengaku akhirnya), aku yang kena membayar lebih.


2.     Pada mulanya aku tak kisah asalkan aku tahu pada akhirnya aku membayar jumlah yang sebenar iaitu jumlah yang aku gunakan. Tapi mereka tetap mendesak agar semua jumlah dibayar kemudian mereka akan membuat pelarasan semula dengan memotong mana-mana jumlah terlebih bayar nanti.


3.     Huh ingat aku nak percaya cakap korang? Aku takkan di kelepet dua kali lagi. Selagi korang tak bagitau aku jumlah sebenar, aku takkan bayar!! Kini aku tak risau lagi. Aku telah kembali kepada prepaid. Lebih jimat, lebih untung, lebih senang.


4.     Harus diingat, aku menggunakan postpaid kerana untuk CALL FREE iaitu bergayut sakan tanpa henti. Akan tetapi, hidup aku sekarang makin sibuk dan call bukan jalan penyelesaian untuk bertanya khabar lagi. Kini aku juga telah menukar cara aku berhubung kepada lebih SMS. Jika sebarang urusan mustahak maka barulah aku membuat panggilan ke mana-mana sekalipun mahupun ke luar Negara.. hohohohhh


5.     SMS juga mempunyai banyak kelebihan berbanding call. Walaupun nampak agak sengkek dengan bermesej, akan tetapi apa yang ingin disampaikan lebih murah dan juga lebih bermakna kerana boleh disimpan dalam inbox dan menjadi peringatan sekiranya kita lupa.


6.     Walaubagaimanapun, call terus tetap menjadi pilihan aku sekiranya urusan itu mustahak dan memerlukan confirm balik kalo ade papehal..


7.     So kalo de pape, mesej saje ye.. kalo mustahak, call pun aku sanggup.. hehehe

BRADER ROZI DAN 'AKU A RIA'

19:39 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. Aku baru sahaja balik dari KLCC. Dah berbulan-bulan aku tak menjejakkan kaki ke KLCC.. Rindu jugak rasanya.

2. Akan tetapi kali ni aku tak pergi ke KLCC semata-mata untuk melepak, makan rotiboy (time tu tak muak lagi), mahupun melihat pemandangan yang terbaik hasil dari keikhlasan gadis melayu, amoi-amoi dan minachi ala2 mix serta gadis arab yang sudi menampakkan 50% tubuh badan mereka kerana terlalu taksub dengan menara berkembar itu.. Aku pergi sebab aku berminat nak melawat AQUARIA yang dikatakan menarik itu..

3. Aku sememangnya berminat untuk mendekati kehidupan makhluk akuarium ni. Aku amat tertarik dengan hidupan akuatik. Aku juga pernah membela kura-kura yang dinamakan Enzo.. Tak salah aku katakan aku juga berkongsi minat yang sama dengan Sakti Arjuna dan Arjun Rampal.

4. Keseluruhannya, lepas aku keluar dari lawatan tu, aku berpuas hati dengan apa yang dipertontonkan. Tidak lupa juga pada servis kakitangan yang sentiasa membantu aku di masa aku nampak sengal seperti orang kampung. Maklumlah, aku bukan orang KL, aku kan orang Terengganu.. Hahaha

5. Aku jugak merasa sangat seronok melihat kehebatan seorang brader bernama Rozi yang bertugas sebagai penyelam profesional di Akuaria. Aku kagum dengan keakraban dia dengan hidupan laut dalam tangki itu. Setiap spesis diberi cara makan mengikut stail masing-masing..

6. Tengok brader rozi tu berpakaian lengkap skuba dan kerjanya 'memberi makan ikan dalam akuarium', dengki pulak aku kat dia.. Dahla kerja best, bela ikan beb, gaji pun mesti masyuk..

7. Lepas tu masa brader Rozi tu dah habis bagi makan kat ikan-ikan tu, ada sesi bergambar di depan akuarium tu.. Aku amik la gambar sebijik. Lepas tu aku amik kesempatan tilik jam tangan dia.. Sungguh unik, rare item, dan bergaya di dalam air. Kan aku dah kata, memang masyuk.. Takkan jam PS nak bawak kerja dalam air kan?

8. Melihat tingkahlaku aku, brader tu pun tilik jam dia dengan hairan. Aku pun menghantar isyarat mengatakan jam dia best. Kemudian dia membalas dengan isyarat seperti ''nak buat mcm mana bro, dah keje aku kene pakai jam mcm ni, adat la tu''. Sungguh humble beliau dalam air tu..

9. Selepas aku sampai ke rumah, aku masih teringat brader tu. Dengki pun ada dengan kerjanya yang sangat best.. Hahaha maka aku pun memasang satu impian..

10. Aku akan cuba mendalami hidupan akuatik. Kemudian aku akan membina Akuarium Ikan yang baru, yang sebesar Ikano Power Centre.. hahahahahahahh

A HAPPY TRIP

12:19 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. Hari ini aku bangun tido di kedah.. Sungguh seronok skali sebab mael ada bersama. Bolehla aku bahan dengan kadar tak ingat punye. Haha

2. Semalam pun seronok sebab aku secara tak langsung melalui 3 negeri iaitu kedah, perak n penang dalam 15 minit je. Memang seronok.

3. Dalam percutian ni barulah aku sedar sebenarnya aku dah lupa yang negara kita sebenarnya merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik.

4. Kalau nak diikutkan 3 hari ni memang tak cukup aku nak singgah di semua tempat yang ada kat utara ni.

5. Selama ni aku merasakan yang bercuti kat luar negara lagi best, silap rasanya. Negara kita silap-silap banyak lagi tempat menarik yang kita boleh pegi.

6. Mulai hari ini aku memasang nekad untuk bercuti dalam negara sepuasnya. Lepas tu barulah berangan ke luar negara.. Hohohohhh

RAKAN MALAS

11:30 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. Baru-baru ni aku ditugaskan untuk mengendalikan sebuah program berprestij yang julung kali diadakan di tempat aku. kalau dah kira mengendalikan tu memanglah aku akan terasa bebannya nanti.

2. Program yang akan dianjurkan merupakan salah sebuah program yang sujar untuk disertai kerana memerlukan komitmen yang tinggi daripada pengendali dan pesertanya.

3. Pada mulanya aku agak yakin dengan kebolehan aku untuk mengurus dan mengendali program tersebut, namun begitu, setiap kebolehan ada batasnya. Sebab itulah dalam kebanyakan organisasi kita digalakkan bekerja sebagai satu pasukan.

4. Ada satu tugas itu sangat penting yang memerlukan aku untuk mengemaskini data peserta dan segala maklumat dalam buku harus diserahkan pada aku untuk disahkan kemudian dibawa ke kementerian untuk semakan lanjut dan laporan penerimaan.

5. Aku pun telah menerima arahan untuk menugaskan seorang gadis ayu yang sedang sibuk untuk berkahwin bagi melengkapkan data peserta untuk aku sahkan dan hantar.

6. Masa makin berlalu. Apa pun tak ada lagi ni. Aku pun mula risau. Hingga sampai satu masa aku ditegur oleh pihak kementerian kenapa tak hantar lagi. Aku pun cakap la dalam proses.

7. Bila aku follow up, nyatalah memang benda ni semua agak last minit katanya. Peserta pun sibuk, tak ada masa untuk melengkapkan butir-butir diri. Gambar passport pun susah nak bagi.

8. Akibatnya aku pulak yang kene sembur disebabkan pelarasan peruntukan untuk pasukan aku perlu dibagi segera tapi tak berbukti. Ye lah, dah aku yang in charge. So aku pun agak panas la..

9. Aku tak kesah ko nak buat ape pun, kalo aku boleh buat dah lama aku buat. Dah kerja tu senang kat ko. Ko la buat, dah ko susah sangat buat, ko jangan join program ni.

10. Pulak tu 21hb ni ada pentauliahan pulak. Sungguh last minute arahannya. Aku memang tak dapat hadir. Tak tahulah aku boleh harap kat dia ni ke tak.

10. Ko memang 'AIMAN'AH.. Mampos kauuu..

HAKIKAT

09:53 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. Dahulu aku selalu tertanya-tanya akan apa akan jadi pada diri aku nanti.. Adakah aku akan menjadi juruterbang yang hebat? Apakah aku akan menjadi loyer, majistret mahupun ahli muzik?

2. Jika dilihat pada keadaan aku hari ini nyata aku dah jauh berbeza dari apa yang aku cita-citakan. Semuanya dah berubah. Aku pun dah bekerja tapi taklah sehebat apa yang aku impikan.

3. Pada mulanya aku agak menyesal sebab aku tak belajar rajin-rajin dulu. Kalau tak aku mesti kat uzbekistan dengan gadis-gadis uzbek yang montok.

4. Akan tetapi aku harus beringat apa yang aku ada sekarang sudah jauh lebih bagus dari apa yang dikejar. Aku mula memahami erti kehidupan. Kehidupan tak semestinya apa yang kita impikan namun begitu kehidupan juga mengajar kita kegembiraan.

5. Aku pernah melihat depan mata kepala aku sendiri betapa susahnya menjadi seorang yang berkarier. Berkereta mewah, balik pada pukul 11 malam masih berbaju ofis dengan muka yang kusut. Ini bukan apa yang aku idamkan. Yang aku idamkan adalah kegembiraan dalam hidup aku.

6. Pokoknya, aku harus belajar dengan lebih dalam tentang apa itu erti BERSYUKUR..

LOVE STORY

08:52 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. ada sorang kawan lama aku kontek aku, rindu katanya.

2. dia pun bercerita mengenai kehidupannya sekarang ni. sedih, sesal dan benci menyelubungi jiwanya. dah macam tak ada harapan lagi dalam hidupnya.

3. dia mula bercinta sejak dari bangku sekolah menengah lagi. awek yang dicintainya pun "cemerlang" paras rupanya. semua cukup, complete set..

4. tapi betul ke cukup? ada satu lagi yang tak cukup, DUIT.

5. jadi memikirkan atas dasar itulah mamat ni terus kerja lepas SPM. bersedia nak berumahtangga katanya. aku sokong atas dasar kesediannya, bukan atas keadaannya pada masa itu.

6. mungkin atas dasar nak kahwin, terlanjur pula di tengah jalan. nak buat macam mana, kahwin sajalah. lagi cepat, tak perlu buat kenduri. lagi murah, senang cerita.

7. lepas kahwin, memang tiada masalah, walau tak mewah tapi nampak kebahagian di air muka masing-masing.

8. lepas tu apa yang berlaku tak lama, maka mulalah si isteri bermain kayu tiga. sedang si suami bekerja mencari rezeki, si isteri keluar dengan jejaka lain. jejaka? duda la beb.. huhu

9. seperti yang sedia maklum, duda tersebut memanglah sunyi. macam cerita melayu, lepas tu kantoi le. lepas itu berlakulah pertengkaran hangat antara suami dan isteri tu.

10. sekarang dah bercerai, semua harapan musnah. apa pun tiada. duda tu pun untunglah dek kerana tebal koceknya, cun pulak bakal bininya.

11. beberapa bulan kemudian, cinta dengan duda tu putus di tengah jalan. menurut orang ramai, duda tu nak nafsu je. bukan nak kahwin pun. kesian awek tu, cinta baru yang dibina pulak hancur. ingin kembali pada jejaka lama, tak ada muka la pulak..

12. moral of the story, jangan letakkan harapan pada PEREMPUAN melainkan keluarga anda sendiri. FAMILY FIRST..

ADAB

08:35 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. ada sorang bapa datang ke sekolah. katanya nak berjumpa dengan cikgu bagi membincangkan masalah anaknya yang semakin barai dek kerana masalah disiplin yang semakin meruncing.

2. kehadiranya menjadi tandatanya memandangkan dia membawa geng bersama-sama, dah lain macam nampaknya. macam power sungguh bapak budak ni.

3. selepas tu dengan tak ada sebab dimarah pulak ustat yang sedang bertungkus lumus buat kerja. nampak jelas yang marah betul dia sebab anak dia akan ditukarkan ke sekolah lain.

4. aku dah mula berfikir, apa tujuan sebenar dia ni? nak berbincang ke nak marah? kalau nak marah, apa sebabnya? sebab anak anda nak ditukarkan sekolah? mesti ada sebab kan..

5. lepas tu dengan membawa geng datang ke sekolah bukan tindakan yang bijak la. nampak sangat kedangkalan anda membawa geng tapi tak berani nak buat apa pun. kira kesian la tak bawak ke balai polis.

6. kalau setakat nak datang sekolah sebab nak marah cikgu, baik tak payah. ko marah jela anak ko tu. cikgu dah tak larat nak nasihat dah. dah anak ko tu memang tak makan nasihat. tu pun cikgu boleh sabo lagi. dahle cikgu tu tak ada masa tu, ada meeting.

7. lagi satu, apehal nak memarah sebab anak ko nak ditukar? masa anak ko problem, panggil ko datang nak bincang, haram ko tanak datang.

8. lepas ko dapat tau anak ko nak kena buang, ko nak mengamuk la pulak. dengan ustat bole la weh. kalo dengan aku, silap a ko. mmg aku sembur balik punye. susah la ko lepas tu.

9. kita ada adab yang mengajar kita berbudi bahasa. BERBINCANG kan jalan yang baik. kalo anak ko baik, xde sebab anak ko nak kena tukar. kalau anak tau berubah sikap lepas kena nasihat, tak ada sebab anak ko nak kena tukar. kaunseling pun dah beribu kali.

10. betullah pepatah melayu kata, BAPAK borek, ANAK rintik.. anak perempuan pulak tu.. haih

SERONOK

00:22 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. aku dengar pulak cerita baru pasal ko baru-baru ni. pelik pun ada.

2. dulu latest update yg aku tau ko ponteng semua pemantauan.. apa nak jadi?

3. lepas tu ko terpaksa mengulang sem. haih.. buang duit kerajaan betul ko ni.

4. aku ingat ko dah insaf. tak nak jadi hamba game lagi. tapi tidk agaknya..

5. mungkin game dah sebati dalam hidup ko. nak kata true gamer, ko main cheat gak berjam-jam. apa yang puasnye?

6. sekarang ni ko terpakse extend lagi. aku rase ko sengaje la nak extend lama-lama sebab ko nak main game sampai puas.. ko tak rasa bekerja dan mempunyai hidup seperti orang normal ni ok ke?

7. nak kata budak-budak, bulu di badan ko dah menafikan dah..

8. alasan tetap dicari.. memang tak dengar kate ko ni. ko boleh jadikan tangan kebas sebagai alasan? memang ko ni insan sangat kreatif la.. respek beb.

9. nak buat teladan pun tak boleh. buat sempadan jela..

LORI

11:16 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. besar sungguh kau. gah, hebat pun ade aku tengok. teringin jugak aku nak membeli satu, tapi nak buat apa kan? macam bodoh la pulak nanti kalau membeli benda mahal tanpa tujuan..

2. tapi, aku kesian kat kau. banyak komplen aku dengar pasal ko. betul ke yang ko ni kurang ajar di jalan raya?

3. aku tak setuju. ko ni baik, berjasa, banyak barang ko angkut. kalo ko tak ade, susah semua orang. pulak-pulak ko angkut tanah, mane ade yang lain segagah ko?

4. haritu aku dengar lagi orang mengadu kat salah sebuah stesen radio terkemuka pasal ko. cakap ko ni tak berhemah. aku masih tak percaya..

5. hari tu aku dengar pulak cite ada bapak seorang pelajar bersikap agak samseng ketika berjumpa guru. dengar cerita kerja dia pun bawak ko jugak.. orang kata orang yang kerja bawak ko ni tak betul. aku tak percaya.

6. akan tetapi satu hari, masa hujan lebat aku nampak ko memotong lori balak. ko bukan laju manapun. kenape ko potong beriye sangat? aku biarkan jela..

7. lepas tu ko bole bagi BATU atas cermin depan kereta aku? sampai sumbing dan calar balar pulak tu? maka sudi aku katakan ko memang LAHANAT.

8. mulai hari ini, aku akan berdoa agar satu hari nanti orang yang memandu kau mestilah ada syarat kelayakan diploma atau degree.. aku tak sampai hati tengok orang TAK SEKOLAH bawak ko MACAM SIAL setiap hari..

JALANRAYA

11:09 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. aku menggunakan jalan raya setiap hari untuk ke tempat kerja. kurang-kurang sejam sehari aku menggunakannya.

2. banyak kerenah dan gelagat pemandu yang dapat aku tengok. ini termasuklah kerenah dan gelagat aku sendiri. namun begitu, aku tak pernah marah mahupun menyimpan dendam kerana aku sedar jalanraya dicipta bertujuan untuk dikongsi bersama.

3. akan tetapi, sabar aku tak sampai manapun..

4. aku cukup tertekan dengan sikap pemandu disini. kebanyakkannya seringkali memandu di laluan kanan dengan kelajuan 40km/j. tertanya-tanya jugak aku di dalam hati. apa masalahnya dengan sikap yang macam ni.

4. aku tak kisah kalau warga emas yang sedang memandu. ini kebanyakkanya golongan muda dan umur pertengahan. berdosa besarkah menukar ke laluan kiri ketika memandu?

5. aku bukannya nak memandu laju sampai 200km/j pun. bagi aku 90km/j dah cukup memuaskan hati aku. aku inginkan perjalanan yang lancar kerana jarak perjalanan aku ke tempat kerja agak jauh.

6. nak memandu di laluan kanan pun tengok situasi la bro.. kalau kereta tengah banyak tu tak kisah la. ni jalan kosong pun ko tak sedar lagi ke?

7. inila pemandu yang tidak berhemah. lesen kopi agaknye. huh

INTERNET 2

10:51 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. dah lama aku tak menulis. segar rasanya bila aku dapat menulis.

2. maafkan aku jika aku dah lama tidak aktif dalam penulisan ni. faktor internet menyukarkan aku untuk post kat dalam blog ni.

3. banyak perkara yang ingin diluahkan sebenarnya tapi terpaksa disimpan di dalam hati berikutan ketiadaan internet yang pantas dalam kawasan ni.

4. aku pun tak pasrah semata-mata, aku cuba berusaha untuk ke TmPoint berdekatan untuk mendaftar akan tetapi katanya aku seorang sahaja yang cuba memohon perkhidmatan internet laju di kampung aku. akibatnya permohonan aku ditangguhkan.

5. bila ditanya sampai bila? kata mereka sampai cukup orang untuk memohon perkhidmatan ini. tak tahulah aku berapa ramai, 100 orang agaknya.

6. aku faham konsep business is business. tapi apa salahnya kalau adakan dulu perkhidmatan ni. aku boleh la demo kat orang kampung betapa seronoknya mempunyai kemudahan internet ni.

7. kemudian aku test wireless broadband. 6 bulan dahulu tak ada 3g kat sini tapi sekarang dah ada kemudahan 3g. terima kasih maxis. teruskan usaha anda untuk golongan di kawasan terpancil seperti aku ni.

8. pada yang lain, jangan lupa tingkatkan mutu perkhidmatan servis anda. ingat, bajet 2010 yang dikemukakan jangan disia-siakan..

9. kesimpulannya, aku akan mula menulis bermula hari ini. stay tuned..

LIFE

19:58 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. nampaknya kehidupan aku akan bermula di Terengganu. ntah di mana agaknya.

2. aku sebenarnya masih belum bersedia berikutan lokasi sebenar tak dapat dipastikan lagi.

3. kebelakangan ini aku sangat sibuk sehingga aku tak ada masa untuk updae blog ini..

4. aku akan update dengan penulisan jurnal hidupku.. tunggu ye..

INTERNET

21:30 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. sekarang ini aku ada masalah untuk mengakses internet sekerap mungkin. akibatnya, aliff menjadi tarikan sambilan untuk melayari internet dengan kadar murah hanya RM0.50 dan agak pantas.

2. ini berikutan dengan masalah aku tidak membayar bil maxis broadband akibat dari kesilapan sendiri.

3. bapa aku ada mengingatkan supaya aku memeriksa dan membuat bayaran sekiranya perlu. aku pula menjawab dengan selamba "boleh lagi ni bah".

4. tengoklah apa dah jadi. kan dah kena potong. bila abah aku diberitahu katanya "itulah, hari tu suruh check cakap boleh je, nanti-nantilah". padan muka aku..

5. aku belajar sesuatu dari kejadian ini. pengurusan diri bukan sekadar pada diri kita sahaja tetapi melibatkan semua urusan yang BERKAITAN supaya apa yang ada pada diri kita tidak terjejas akibat kealpaan sendiri memandang remeh dengan urusan yang perlu diselesaikan.. au sekarang menghadapi masalah untuk mengemaskini blog ini. aku akan lakukan sekiranya ada kesempatan untuk melayari internet..

6. sekali lagi, padan muka aku.. hahaha

HIBURAN

21:19 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. semua orang ingin berhibur. tidak kira bila-bila masa terluang, adalah saatu perkara membosankan jika masa yang ada tidak diisi dengan hiburan.

2. pada aku, dahulu aku mengelakkan bermain GAME sebagai hiburan kerana takut terjebak. akan tetapi tidak lagi sekarang ini.

3. dalam situasi sekarang, aku melihat diri aku berada dalam keadaan stabil di mana aku boleh berseronok dengan bermain game sebagai satu komitmen sambilan.

4. pelbagai jenis game dicuba untuk tujuan berhibur di tahap maksimum. sungguh seronok berhibur dengan bermain game..

5. akan tetapi aku tidak harus lupa bahawa perjalanan kerjaya aku masih jauh lagi. banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi..

6. aku akan memastikan aku tidak sesat dan lalai dengan hiburan yang aku alami sekarang ini..

CURANG

10:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. aku ingin berkongsi rasa sedih terhadap rakan aku yang bercerai baru-baru ini. kita selalu didedahkan dengan mahkamah tentang kes-kes penceraian dan pertelingkahan suami isteri. tak kiralah siapapun artis ke, ahli perniagaan ke mahupun ahli nujum. penceraian tetap berlaku.

2. jika dilihat majoriti dari masalah ini hanya merupakan kehadiran pihak ketiga dan persengketaan yang berlaku adalah berpunca dari orang lain. lebih memburukkan keadaan lagi orang ketiga ini seolah-olah tidak kisah dengan status perkahwinan orang yang dicintai.

3. cuba tanya mereka apakah ini yang dijanjikan sewaktu hangat bercinta dahulu? sudah tentu tidak. kalau begitu apa masalahnya dengan kehadiran orang ketiga yang didakwa memporak-perandakan rumahtangga yang dibina bertahun-tahun selama ini?

4. aku tak mahu komen mengenai masalah hubungan orang lain. pada aku, orang ketiga tidak wujud. kita sendiri yang memilih untuk ada orang ketiga ataupun tidak. kita yang menentukan kehadiran orang ketiga ini sama ada patut diterima ataupun tidak.

5. ingatlah, baik putus masa bercinta dari bercerai semasa kahwin. bercerai bukan perkara mudah. bayak rentetan peristiwa yang perlu dilalui untuk menyelesaikan segala kesulitan yang ada. kesimpulan pada kaum lelaki seperti aku, jangan mudah terpedaya. nasihat beberapa kali saja, kalau tak nak ikut, tinggal..

WARGA ASING

18:04 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. sekarang ni kita dapat lihat lambakan pekerja asing di negara kita. kita juga sudah biasa melihat mereka di mana-mana.

2. apa jenis kerja pun diorang boleh buat. tidak kiralah di pasar raya, petrol pam, buruh binaan dan promoter di pasar raya.

3. baru-baru ini aku singgah ke salah sebuah pasar borong terkemuka di Kuala Lumpur untuk membeli keperluan harian. seperti biasa, memang ada pekerja asing di sana. aku pun meminta tolong dari pekerja tersebut untuk membantu aku membeli barang keperluan harian aku dengan menyiang ayam yang sudah semestinya kerja dia.

4. apa yang mengecewakan aku, dia seolah-olah terganggu dengan kehadiran aku yang memerlukan perkhidmatannya di situ. dahlah servis pun hampeh, dilanyaknye ayam tu. pulak tu tidak disiang dengan betul. bila aku tegur, ketat pulak mukanya. aku yang berang dengan tindakannya terus berkata 'pehal ko ni potong ayam mcm ni, aku yang makan ayam ni nanti, bukan mak kau yang makan tau tak?' bila dicakap macam tu, barulah takut sedikit mukanya. hmm.. bersalah juga aku..

5. apa masalahnya dengan bekerja? tak ada mood sebab diganggu ketike berbual dengan kawan? kalau nak kerja buatlah cara nak kerja. aku tak harapkan layanan mesra pun. asalkan apa yang nak dibeli dapat, bagi aku dah memadai. dahlah aku regular customer kat situ, yang dia ni pulak orang baru..

6. aku tak paham, kenapa aku patut diberi layanan sebegitu rupa sedangkan aku meminta tolong dengan cara baik dan penuh sopan. apa aku perlu bercakap dengan nada sebaliknya untuk mendapatkan apa yang dihajati?

7. pada hari yang lain aku pergi lagi ke kawasan tersebut untuk membeli keperluan lagi. kali ini aku disambut dengan mesra oleh pekerja tempatan. alangkah bagusnya jika semua pekerja ada sikap begini.

8. aku tak mintak dilayan seperti 'customer is always right', aku cuma ingin mendapatkan barang aku. aku dah dapat, ko punya suka la nak buat apa. jangan sampai aku kecoh kat bos ko, lepas tu aku bagi ko susah, lepas tu aku make sure ko balik kampung nanti tak datang sini dah. karang dikata tak baik aniaya orang. ramai lagi la warga negara ko nak kerja kat sini.

9. aku sabar je. nasibla dilayan seperti warga asing, oleh warga asing, di TEMPAT SENDIRI.. aku dapat skali lagi, memang masak la warga tu aku sound, konpem ko berenti punye.. huh

TERLEPAS

00:27 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. seperti yang dijangka, ex-kayap itu terlepas juga. dengar khabar angin yang mengatakan dia akhirnya lulus juga dalam praktikum walaupun syarat utama telah dipenuhi. satu pujian yang tidak terhingga diberikan kepada pihak yang berusaha untuk menyelamatkan 'beliau' dari terkandas dalam program akhir, akibat dari kesilapan sendiri.

2. aku selaku pendengki mengucapkan tahniah kerana dikau memang bijak dalam merekacipta dan menyelesaikan masalah sendiri. you managed to clean up your own mess. bravo.

3. teruskan bermain, tiadaa halangan selepas ini. bahkan selama ini tiada siapapun menghalang. cuma ada beberapa pihak yang tidak puashati kerana dikau tidak buat kerja. itu saja.

4. namun itu semua hanya perasaan, bukan realiti. perasaan bukan sesuatu yang rasional. ia lebih dikuasai oleh emosi. jadi, itu semua tidak relevan untuk dijadikan sandaran ketika menentukan keputusan untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi.

5. tak perlu menjadi orang berguna, hiburan sangat penting untuk kita supaya tidak tertekan di kemudian hari. teruskan berhibur, game dan manga? kartun? itulah yang sebenarnya patut diambil kira sebagai teladan dalam hidup kita.

6. tak perlu bersosial. teruskan menyendiri. ibubapa dikau sudah tentu kaya dan mampu menanggung dikau sampai bila-bila. aku yakin dari amalan kehidupan seharian dikau, harta yang ada sudah tentu lebih dari tujuh keturunan untuk dihabiskan.

7. tidak perlu bersusah, tidak perlu buat kerja. teruskan berhibur. hiduplah dalam dunia sendiri supaya dikau dapat merasakan hidup ini dikau yang punya.

8. sorry, and good luck..

ILMU

07:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. hari itu aku sampai di rumah. ramai rakan yang menegur perubahan mendadak aku terutamanya pada berat dan postur badan. apa nak dikata.

2. itu bukan perkara menarik. apa yang menariknya ialah ada seorang dari rakan aku di kediaman perumahan aku yang memperlekehkan tindakan kebanyakan belia menyambung pelajaran mereka di peringkat tinggi.

3. keputusan adik aku untuk melanjutkan pelajaran diperlekehkan dengan nasihat agar menghentikan sahaja niat itu kerana ia tidaak mendatangkan faedah tertentu seperti dirinya yang telah mempunyai hanya satu kebab stall.

4. aku bukan berniat untuk memperlekehkan dia kembali, tapi aku amat sedih dengan adanya manusia macam ni yang sentiasa mendabik dada akan kejayaan awal yang dia telah kecapi. sikap membanding nilai aset dengan orang yang masih belajar dan juga masih dalam tanggungan adalah sangat mendukacitakan aku.

5. harus diingat tujuan melanjutkan pelajaran adalah kerana untuk menimba ikmu di peringkat yang lebih tinggi, mencakna pemikiran yang lebih bernas dan menghasilkan refleksi dalaman yang lebih realistik.

6. jika tujuan untuk menyambung belajar adalah untuk mengumpul harta atau menjadikan anda lebih kaya, itu silap kerana belum ada lagi orang yang kaya hanya dengan mendapat skrol sahaja. rezeki ditentukan oleh tuhan bukan kita.

7. jangan mempertikai apa yang orang buat sebaliknya beri sokongan supaya kita saling menghargai satu sama lain.

8. nasib baik aku tak ada malam tu.. kalo x mampos aku bahan ko balik. chow..

BLOG

09:09 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain sebagai imbasan semula terhadap tujuan asal dalam aktiviti yang kita adakan selama ini iaitu penulisan blog.

2. blog adalah satu kemudahan yang meletakkan kita kebebasan dalam menulis untuk disiarkan bagi tatapan umum.

3. blog boleh dikategorikan sebagai penulisan fakta dan juga penulisan jurnal. kebanyakan kita beranggapan bahawa penulisan blog lebih kepada penulisan jurnal sedangkan banyak fakta yang dipaparkan bukan berdasarkan kajian ataupun sorotan dari pihak yang arif dalam bidang tertentu.

4. jika blog ditulis dalam ulasan terhadap fakta, ia harus dikaji sebelum dipaparkan untuk tidak menyebarkan berita yang tidaak lengkap ataupun tidak tepat kepada pembaca blog tersebut. jika fakta yang dipaparkan boleh mengeruhkan keadaan yang sedia ada, itu bermaksud penulisan tersebut boleh dikategorikan sebagai penulisan yang tidak berasas faktanya.

5. jurnal booleh dikatakan sebagai nukilan peribadinya terhadap apa yang ditempuhinya dalam kehidupan seharian. setiap perspektif yang diulas adalah berdasarkan dari pandangan sebelah pihak iaitu dari pihak penulis sendiri.

6. oleh itu, kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) fakta yang dikemukakan (jika ada) adalah tidak kukuh dan tidak boleh dibuat sebarang bentuk kajian keatasnya.

7. itulah tujuan penulisan blog, jika dikira dari perspektif aku yang hanya mengambil pendapat dari 1 pihak yang ada sedkit pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan.

8. tanya diri anda, apakah tujuan anda menulis blog? mari kita letakkkan bersama-sama dalam blog kita.. terima kasih..

TEKANAN

22:42 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. semua orang mempunyai tekanan. tak kira usia dan bangsa semua ada tekanan.

2. setiap orang juga ada cara sendiri untuk melepaskan tekanan. terdapat berbagai cara untuk melepaskan tekanan.

3. aku ingin mengutarakan rasa kesal aku terhadap seorang yang aku kagumi selama beberapa ketika aku belajar menyelami kehidupan ini.

4. aku kenal seorang 'uncle' ini sebagai seorang yang berfikiran luas, berpengalaman tinggi dan dalam ilmu pengetahuannya. aku cukup berbangga dengan apa yang dilakukannya dalam kehidupan sehariannya.

5. akan tetapi, pada satu hari, semuanya telah berubah..

6. nasihat aku pada diri sendiri, jadilah sebagai seorang yang tidak melepaskan tekanannya pada orang lain dengan cara menghamburkan kata-kata yang tidak berasas sebagai satu ketidakpuashatian gara-gara cara orang itu tidak sama dengan cara yang diamalkan anda selama ini.

7. terus-terang aku katakan, dengan aku diperlakukan dengan cara sebegitu, aku cukup malu dan rasa tersinggung dengan perbuatannya itu. aku bukan tidak mampu membezakan gurauan, akan tetapi aku masih ada harga diri untuk dipertahankan walaupun aku ini hanya insan mentah dalam dunia pekerjaan yang diceburi.

8. jangan libatkan pihak yang tidak dikenali dengan masalah yang tidak berkaitan. bila hal remeh boleh menjadi besar, kelak buruk padahnya.

9. aku bukan insan yang cepat mencari penyelesaian dengan cara kasar. aku masih mampu bersabar, kerana aku tahu nilai sebanar kesabaran itu. uncle sendiri pernah berpesan, akan tetapi uncle juga yang naik tangan pada orang yang hanya sekadar mencebik tanda tidak setuju dengan uncle.

10. kalo uncle boleh panas, orang lain pun punya nafsu amarah sama. fikir-fikirkanlah, belajar menghormati cara pemikiran orang lain.

PENTADBIR

17:55 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. aku ada angan-angan ingin menjadi seorang pentadbir. dan ini yang akan aku lakukan jika aku adalah seorang pentadbir yang memegang tanggungjawab besar di dalam sesuatu organisasi.

2. aku akan menjadi seorang pentadbir yang professional yang tidak menuding jari pada mana-mana pihak untuk melepaskan diri. aku akan berhadapan dengan situasi itu dengan tenang dan cuba untuk menyelesaikannya berdasarkan bukti yang ada, bukan pada siapa aku berurusan.

3. aku akan menjadi seorang pentadbir di mana aku akan sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik supaya disegani oleh semua subordinat dan kakitangan di bawah aku. dengan itu semua orang tahu yang aku adalah pentadbir yang baik dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

4. aku akan menjadi seorang pentadbir yang beretika dan tidak selekeh penampilannya ketika menjalankan tanggungjawab di tempat kerjaku aku. dengan itu, aku berhak menegur jika ada orang yang melakukan tindakan yang sama.

5. aku akan menjadi pentadbir yang seimbang diantara subordinat aku dan juga kakitangan bawahan aku supaya aku dikenali sebagai seorang yang adil dan saksama dalam menjalankan tugasnya.

6. aku akan menjadi pentadbir yang amanah supaya aku tidak disoal di kemudian hari.

7. aku akan menjadi pentadbir yang rasional dalam menjalankan tugas supaya aku tidak dituduh untuk sengaja mencari kesalahan orang lain. ini kerana setiap yang berlaku ada puncanya dan aku perlu bijak dalam membezakan punca dan alasan.

8. aku akan menjadi pentadbir yang sentiasa mengingatkan anaknya supaya menjaga nama baik aku kerana kelak aku tidak segan untuk mengaku yang anak aku tidak mempunyai keperibadian yang tinggi seperti aku.

9. aku akan menjadi pentadbir yang ceria, memayungi keceriaan dalam organisasi yang aku naungi supaya mereka tahu yang kehadiran aku memberi seribu makna dalam rutin hariannya.

ini adalah berdasarkan pada apa yang aku pelajari dalam bidang pengurusan dan kepimpinan..
renungkan bersama. tak paham call aku. aku bagi kuliah free.

UTILITI

22:20 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. apa perasaan anda jika anda tidak mendapat kemudahan asas sedangkan anda mambayar untuk itu? sesetengah orang tidak mengapa, masih boleh hidup. akan tetapi sesetengah orang merasa tidak puas hati kerana banyak aktiviti yang telah dirancang pada hari minggu.

2. pada pendapat aku, aku sungguh kecewa kerana tidak mendapat kemudahan sebegitu menyebabkan aktiviti aku yang ingin dilakukan pada hari itu agak terganggu.

3. aku masih berasional terhadap apa yang berlaku kerana adalah satu lumrah jika ada masalah yang berlaku di luar pengetahuan kita, tiada apa yang patut dipersoalkan. bak kata orang, dah nak jadi..

4. persoalan utama di sini bukan aktiviti apa yang aku lakukan. ini merupakan reaksi kepada aduan yang aku kemukakan kepada pihak yang berperanan khusus dalam menangani situasi seperti ini. aku merujuk kepada beberapa pihak yang bertanggungjawab. akan tetapi reaksi yang diterima agak mengecewakan. katanya esok.. kepalehotakko..

6. akan tetapi masalah itu telah selesai. barangkali dia sedar akan tanggungjawabnya..

terima kasih..

BERBULU

07:52 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. semalam akhirnya makhluk berbulu itu mengaku akan segala silapnya dari isu terbaru iaitu memalsukan dokumen kerajaan sehinggalah semua perkara yang disifatkan oleh makhluk ini tidak bersalah pada mulanya.

2. tiada tindakan dilakukan melainkan nasihat dari kawan-kawan yang jujur kepada beliau.

3. aku memikirkan apa yang telak berlaku kerana makhluk ini sekali lagi tidak hadir ke sekolah.. apa pula alasannya kali ini? nak menipu dulu? lepas 2 jam menipu baru nak mengaku lagi?

4. semalam bukan main insafnya. hari ini buat lagi. dah memang malas, orang lan pun malas. geram jugak aku dengar. celake lu..

5. xpe, aku tak kesah, aku tak heran, janji aku buat apa yang patut aku buat. aku dah malas nak sibuk dengan hal ko dah. mak bapak ko yang hebat tu kalo call aku lepas ni tobat aku tak nak layan lagi. mampos..

6. aku menyeru pada rakan-rakan biarkan jela makhluk ni. just let go, tgk apa yang nak jadi pulak. go with the flow..

aku berdoa tak nak ada adik macam ni, taknak ada anak macam ni (insyaallah)

KEMERDEKAAN

11:07 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. seperti tajuk diatas, kemerdekaan membawa maksud yang penting dalam hidup aku hari ini.

2. aku tidak bermaksud melepaskan diri dari jajahan, akan tetapi menikmati kebebasan sepenuhnya dalam semester ini dengan habisnya semua pemantauan, bahkan inilah yang aku nantikan selama ini.

3. pada yang sudah habis sebelum aku, ternyata semua sudah menkmati keseronokan seperti yang aku rasa sekarang ini.

4. pada yang masih belum habis dipantau, sabar itu separuh dari iman, dan aku dapat merasai kepahitannya menghitung hari bagi dipantau secepat mungkin. pokok pangkalnya, tiada perbezaan pun antara sebelum atau selepasnya. sama sahaja.

5. akan tetapi aku masih sedar ada juga manusia lain yang tak ambil endah semua ini.

6. aku pasti bahawa ada seorang manusia yang sudah tak endah lagi dengan apa yang berlaku. tidak hadir ke sekolah menjadi kebiasaan dengan pelbagai alasan kesihatan yang diberikan dihadapan doktor.

7. selepas itu apalagi? game dan kartun menjadi peneman untuk menghilangkan segala "penyakit" yang dialami, dan penyakit dang didakwa dihidapi adalah sangat kronik seperti "MIGWAIN" sehingga boleh menyebabkan pecah kepala dan terjatuh motor akibat hilang keseimbangan badan yang dipenuhi gula berkarbonat.

8. itulah bagi si bangkai ini kemerdekaan yang total. dulu masa sebelum dipantau kerja tak buat, dah dipantau tak hadir pulak.

9. ternyata berbau......... hancing sungguh taktikmu.. huh

TRAVIAN 2

11:25 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. dahulu aku ada menyatakan hasrat untuk berhenti bermain, akan tetapi tidak lagi.

2. ini kerana salah seorang pemain yang handal iaitu ibatul menyedari yang aku adalah jenis yang ingin mendapatkan jalan mudah untuk berhibur.

3. ibatul telah mengambil jalan penyelesaian untuk aku supaya memudahkaan aku berinteraksi dengan permainan ini hanya beberapa minit sahaja setiap sesi, daripada berpuluh-puluh minit dihabiskaan sekali sesi sebelum ini.

4. itu hanya sebagai penerangan. but its not the point.

5. dalam mendapatkan hiburan, aku sentiasa ingin mencari jalan mudah supaya aku akan rasa terhibur, terutamanya dalam bermain game. aku akan mula berfikir akan natijahnya jika aku bermain terlalu lama sehingga menganggu komitmen aku dalam seharian aku meneruskan kehidupan ini.

6. aku tidak merasa hairan jika ada orang lain yang menghabiskan masa lebih banyak dari aku, itu adalah minat dan kehendak masing-masing.

7. apa yang menarik perhatian aku ialah manusia yang bermain game tak tentu hala dan tidak terurus hidupnya kerana game. aoa yang lebih memalukan lagi adalah karektor yang ada di dalam game diadaptasi dalam kehidupaan sebenar.

8. berpijaklah di bumi yang nyata. tidak perlu bergelak ketawa dan berkeperibadian seperti watak di dalam game. itu aadalah fantasi benda tidak hidup..

renungkanlah.. nnnyyyiiuuuunnnggg....

PENYAKIT

08:56 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. pagi tadi aku memerhatikan si bangkai itu tidak ke sekolah lagi.

2. apabila ditanya, dengan selamba si bangkai mengatakan migrain adalah punca utama sejak dari semalam. jika dikira sudah 5 hari si bangkai ini tidak hadir ke sekolah.

3. akan tetapi adalah bijak si barai ni sebabnya dia pandai mencari alasan di hadapan doktor supaya dia boleh mempunyai kebenaran bertulis supaya dia boleh berseronok ketika orang lain sibuk bekerja.

4. jika diteliti sikap yang ditunjukkan, ini sungguh mengecewakan aku kerana aku tidak berasa dengki atau irihati dengan penyakit yang dihidapi beliau. akan tetapi kesahihan dan fakta bahawa dia mempunyai migrain dan juga sakit perut sebelum ini.

5, aku sungguh berang apabila mendapati selepas habis waktu sekolah, dia boleh keluar seperti biasa membeli air berkarbinat untuk dijadikaan santapan perutnya dan otaknya yang sudah bermasalah dek kerana dirasuk hantu yang juga "berkarbonat" seperti dakwaan bomoh yang berjaya menipu bapanya yang dikatakan hebat itu.

6. adalah malang sekali kita semua kerana memiliki insan seperti ini tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kelebihan bapanya yang sentiasa mencari alasan untuk mempertahanpan anaknya.

7. betullah pepatah melayu, bapa borek, anak rintik..

HUJAN

12:21 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. pada pagi tadi hujan yang agak lebat turun menyebabkan aku merasa kedinginan yang amat pasti.

2. aku mula merasa gigil yang amat ketika mandi akan tetapi kugagahi jua kerana hari ini merupakan hari pemantauan oleh pensyarah aku.

3. aku merasaa sungguh bersemangat kerana pensyarah aku akan memantau secara menyeluruh mulai hari ini. jadi aku ingin menghabiskan semua pemantauan dengaan keputusan yang memuaskan.

4. untuk mencapai keputusan yang memuaskan, aku perlu menunjukkan prestasi yang memuaskan di mata pensyarah aku.

5. aku tahu bahawa pensyarah aku merupakan seorang yang profesional. dengan bimbingan dari mentor aku, aku yakin abawa aku akan dapat menempuhi semua pemantauan dengan jayanya.

6. pada yang telah merdeka, berbangalah pada diri anda dan jangan lupa doakan aku supaya lepas semua pemantauan dengan jayanya.

7. sekarang ini segalanya telah disiapkan dan aku hanya menanti pensyarah aku untuk hadir bagi menilai sejauh mana kelayakan aku untuk menjadi insan yang berguna pada massa akan datang.

P/S : blog ini ditulis sepuluh minit sebelum pemantauan bermula..

SEMANGAT

15:20 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (8)

1. aku sekarang ni macam dah mula rasa lemah nak siapkan bahan pengajaran untuk pemantauan berikutnya.

2. ini kerana aku dah mula hilang semangat dek kawan-kawan kebanyakannya telah habi semua pemantauan tersebut..

3. aku dah mula berniat dengki melihat mereka yang mula berehat dan bersenang-lenang dengan kerja yang berjaya disiapkan. aku mula merasa marah pada diri sendiri apa masalah yang berlaku pada diri aku?

4. akan tetapi, setelah berasional beberapa ketika, aku mula insaf. ini bukan dirancang, bahkan ini merupakan apa yang telah berlaku.. aku patut menerima dan bersikap profesional disini..

5. aku sepatutnya tahu apa punca sebenar kelewatan observe aku.. berani aku katakan aku ialah insan yang paling lewat dipantau.. dan ini berpunca dari masalah yang tak dapat dielakkan..

6. walau apapun puncanya, aku berharap agar aku diberikan semangat untuk menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan..

7. dan sesungguhnya aku juga berharap agar aku diberi markah yang memuaskan nanti.. amin..

RUGI (BUKAN AKU TAK SUDI)

17:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (7)

1. hari ini merupakan hari jadi salah seorang rakan baik aku di Cheras..

2. aku merasa agak sedih kerana tidak dpat bersama meraikan harijadi bersama rakanku di sana. aku menjanjikan selepas 16hb aku akan turun untuk meraikan belated birthday bersamanya.

3. aku serba salah diantara pulang kerumah hanya untuk menyambut harijadi seorng kawan dengan menghabiskan ratusan ringgit termsuk tambang sedangkan aku tidak mampu untuk menyediakan semua itu?

4. aku tahu jika aku memohon bantuan wang dari ibubapaku sudah tentu reaksi negatif yang bakal aku terima.. corak hidup kita berbeza, rakan-rakan sudah mula maju jauh kehadapan sedangkan aku baru sahaja mengorak langkah menuju satu kehidupan yang baru..

5. rakan-rakanku, aku tahu sekarang ini aku sudah berubah kerana tidak dapat bersama seperti dulu. gelak ketawa malahan bergembira bersama.

6. akan tetapi aku tetap akan cuba berada di sisi rakan semua jika rakan bersedih dan bermuram durja. jika aku tiada disaat gembira, maafkan aku kerana bukan aku tak sudi, tetapi memang hasrat dihati tidak kesampaian dek kekangan yang wujud..

7. pegang kata-kataku, aku akan kembali kepada rakan semua satu hari nanti, dan aku bersedih memikirkannya sama ada adakah rakan-rakanku akan berada disana untuk menyambut kepulanganku..

HARI PEKERJA

15:12 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. selamat hari pekerja diucapkan untuk semua. aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada yang telah menyiapkan kerjanya dengan baik.

2. doakan aku juga berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. sedangkan si barai pun boleh, manakan aku tidak boleh kan?

3. pada hari pekerja ini aku masih berazam untuk menyiapkan kerja yang diberi. walaupun begitu, aku juga ingin berseronok seperti yang lain seperti ke pawagam, bermalas-malasan di bilik atau menikmati makanan yang menyelerakan bersama teman dan sahabat handai.

4. pendek kata, cuti yang diberikan akan aku manfaatkan. akan tetapi, kerja yang ada tetap takkan aku biarkan begitu sahaja. setakat 1 jam untuk kerja aku pada hari ini cukup memadai.

5. masa itu emas. jangan sia-siakan ia begitu sahaja..

KERJA

09:01 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. kebelakangan ini aku mula membiasakan diri dengan timbunan kerja yang banyak. pada mulanya ia satu kejutan. lama-kelamaan aku dah mula membiasakan diri dan dapat menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan.

2. dalam menyiapkan tugasan yang diberi, aku sempat juga berkongsi pengalaman dengan senior jauh lebih berpengalaman dalam menyelesaikan segala tugasan yang diberi.

3. aku mula sedar bahawa tugasan yang diberikan sekarang adalah dikira sedikit dengan apa yang aku bakal terima di kemudian hari.

4. pengurusan diri dan juga masa adalah sangat penting dalam memastikan semuanya berjalan dengan baik. aku akui sehingga hari ini aku masih mencari kaedah penyelesaian yang berkesan untuk itu.

5. segala komitmen untuk hiburan sedikit demi sedikit telah dilupakan. game yang satu masa dahulu menjadi ikutan telah ditinggalkan demi kesedaran diri untuk menjadi salah seorang pekerja yang produktif.

6. aku lebih memfokuskan kepada produktiviti daripada yang lain, ini kerana aku faham kerja yang diberikan sebenarnya berkait dengan orang lain. jika kerja aku tidak siap, orang lain juga akan terasa akibatnya.

7. aku perlu lakukan sesuatu untuk mencapai kepuasan kerja ini.

8. bantulah aku, berikan aku sokongan dan terima kasih atas semua nasihat yang diberikan.

ciao

MY INSPIRATIONAL POSTERS

13:34 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)






TRAVIAN

13:24 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. aku dah lama main travian. cuma kebelakangan ni aku sangat sibuk dengan karier aku sebagai pegawai khidmat dalam kerajaan jadi aku tak dapat luangkan masa untuk menikmati game tersebut.

2. apa akibatnya? aku dah mula kehilangan kawan online dalam game itu. aku tahu ini adalah kesan akibat kurangnya komitmen dalam game tersebut.

3. selain itu, aku merasakan aku sudah mula merasai komitmen sebenar dalam blog dan aku dah mula mendapati minat aku dalam game tersebut kian berkurangan.

4. justeru itu, aku mengumumkan akan memberikan akaun aku pada sesiapa yang berminat untuk meneruskan perjuangan dalam dunia maya tersebut.

5. ingin aku tegaskan disini, peranan aku dalam game tersebut mulanya adalah seorang pemimpin. akan tetapi lama-kelamaan aku rasa terbeban dengan tugas yang diambil menyebabkan aku membuat keputusn seperti ini.

6. selain itu aku agak hairan dengan sikap segelintir pihak yang masih mendambakan game sebagai aktiviti hariannya. dah tak ada kerja lain nak buat? tak tahulah, mungkin minat agaknya sehingga semuanya menjadi kucar-kacir.

7. sekalung penghargaan kepada e-bard kerana bertungkus-lumus untuk mengajar aku cara bermain sehinggakan minat aku terpupuk dengan sendirinya. tahniah.

thanks to everybody.. god bless you all..

BAHASA MELAYU

12:47 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. baru-baru ini aku dipanggil oleh bos untuk menyelesaikan masalah diantara subordinatnya dan pekerja bawahan.

2. ini berikutan salah faham yang berlaku diantara pekerjanya berikutan dengan bidang di bawah tanggungjawab subordinatnya.

3. apa yang menjadi masalah utama disini ialah salah faham yang berpunca dari penjelasan yang aku berikan.

4. masalah itu telahpun selesai. untuk keterangan lanjut tanya aku sendiri. aku enggan menjelaskan dalam blog ini.

5. pada pendapat aku yang telah mempelajari kepimpinan pendidikan, seorang pemimpin harus bersikap profesional dalam menangani masalah yang berlaku di bawah tanggungjawabnya.

6. selain itu, jangan hanya menyalahkan pihak yang tidak bersalah seperti aku yang hanya menjalankan tugas dengan jujur dan prihatin. tiba-tiba sahaja aku dah dapat kes. apa masalahnya?

7. selain itu, BAHASA MELAYU yang merupakan bahasa rasmi perlu diajar dengan teliti secara semantik supaya maksud sebenar dalam percakapan dapat difahami dengan sepenuhnya. jadi sebarang masalah remeh tidak diperbesarkan di kemudian hari.

8. kalau dah tak faham bahasa, memang susah nak berurusan di mana-mana. tidak kiralah di mana jua anda berada. ini kerana bahasa adalah alat yang kita gunakan untuk berkomunikasi, dan bahasa melayu adalah bahasa rasmi untuk berkomunikasi di negara ini.

9. bak kata dalam bahasa melayu, "Memang Tak Reti Bahasa".

10. kecoh je lebih.... huh

ILMU (PENGHARGAAN KEPADA SEORANG KAWAN)

09:15 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. aku nak berkongsi dengan korang tentang seorang kawan yang bagi aku sungguh pintar..

2. secara jujur, kehebatannya menyerlah dari akal yang dikurniakan kepada kita semua.

3. aku sungguh kagum dengan kawan ini sehinggakan sebarang pendapat diajukan terus kepada beliau.

4. pengetahuan am yang ada pada dirinya menyebabkan aku rasa kagum dan ingin menjadi sepertinya satu hari nanti, walaupun agak mustahil.

5. sebagai seorang manusia, ilmu pengetahuan tidak terbatas hanya dari buku. pengetahuan juga boleh dikira dari pengalaman atau perasaan ingin tahu terhadap sesuatu. inilah yang dkatakan bijaksana.

6. aku ada menyimpan hasrat untuk meningkatkan general knowledge aku suatu hari nanti. rugilah jika ilmu pengetahuan seperti ini disia-siakan begitu sahaja tanpa dipelajari.

7. satu hari nanti? tak salah jika bermula dari sekarang. sungguh kagum aku dengan beliau. dari undang-undang, insuran, polis, JPJ, kereta, pendidikan, nasional dan sebagainya semuanya terkandung di dalam benaknya.

8. harus aku nyatakan disini untuk mengelakkan salah faham bahawa ini bukan tohmahan atau perli. ini adalah komen secara jujur dan apresiasi diri terhadap kawan yang bagiku sungguh bermakna.

9. pada diriku dan semua, jadilah insan yang berilmu seperti beliau..

TAHNIAH

14:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. sekarang ni aku tahu yang kita semua ada lagi 3 minggu lagi untuk menghabiskan praktikum.

2. tahinah pada semua yaang masih berusaha hingga ke hari ini.

3. untuk pengetahuan semua, kita dari awal hingga ke akhir masih berusaha tanpa henti untuk memastikan kita layak untuk berkhidmat nanti.

4. ada yang juga yang masih berusaha berseronok sepuasnya dengan bermain game dengan harapan satu ketika dia akan berhenti selepass posting nanti.

5. selain itu, menikmati kartun sambil meneguk 2 botol air berkarbonat juga bukan satu masalah. tabiat itu akan ditinggalkan di kemudian hari.

6. bapanya juga tak perlu risau akan tingkahlaku anaknya itu. ini kerana mungkin terdapat makhluk halus yang mempengaruhinya supaya menikmati keseronokan yang ada tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenar.

7. jika itu masalahnya, jangan telefon bomoh. telefon mana-mana yang berkenaan supaya boleh mengambil tindakan untuk mempertahankan anaknya supaya terlepas dari hukuman yang bakal dikenakan, sama seperti sebelum ini.

8. pada si barai, jangan risau. semua telah dijangka. jangan diingat kami tidak tahu. kami telah meramal segalanya. terpulanglah pada diri anda sendiri untuk mengikut ramalan yang telah dibaca ataupun membuat satu lagi kejutan pada kami yang semestinya mengetahuia kejutan apakah yang anda akan buat.

9. lari dari asrama? lari dari rumah? larilah dari segalanya. larilah dari kehidupan ini.

10. hiduplah anda seperti seorang yang tidak tahu apa maksudnya kehidupan ini melainkan bermegah dengan apa yang ada, kartun, game dan juga wang yang tak berhenti mengalir.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

23:01 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. sekarang ini negara kita sudah maju. pelbagai kemudahan telah disediakan untuk kita nikmati.

2. taraf hidup juga semakin naik dan kuasa pembeli semakin besar.

3. semakin ramai yang memiliki kereta sekarang ini.

4. berdasarkan pemerhatian aku, masalah lalulintas merupakan salah satu masalah di metropolitan JB ini.

5. masalah yang selalu menarik perhatian aku ialah memandu kereta di laluan paling kanan tanpa rasa bersalah dan mengerti undang-undang jalanraya yang sepatutnya anda ketahui.

6. apa masalahnya memandu di laluan paling kanan dengan kelajuan 50km/j?

7. bila dah jadi macam ni, terpaksalah memotong di laluan kiri. itu kan tak selamat namanya. kalau tak memotong, alamat sampai bilalah kita nak sampai. bukan nak bawa laju manapun, tapi orang lain pun banyak urusan jugak.

8. lebih membahayakan lagi kadang-kadang ada juga aku nampak sampai bas dan treler terpaksa memotong kenderaan yang dipandu seperti ini dari laluan kiri.

9. inilah dia masalah kalau jalan diperbesarkan. masalah lalulintas tetap ada, melainkan jika pemandu seperti ini ditapis atau dihalang untuk menggunakan jalanraya, supaya timbul kesedaran untuk memandu secara berhemah.

10. selain itu, harap JPJ menyediakan peperiksaan pemanduan berhemah untuk pelatih institut latihan memandu untuk menjamin pemandu yang celik pengetahuan dalam sikap bertimbangrasa ketika memandu di jalanraya.

KARAOKE DAN LAGU

09:19 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. aku selalu menghabiskan masa dengan bertenang dan merehatkan diri di bilik.

2. kebelakangan ini aku mendapati diri aku semakin terganggu dengan bunyi bising yang diwujudkan oleh masyarakat setempat.

3. ada pihak yang tidak bertanggugjawab dengan selamba memasang lagu bahasa ibundanya sekuat hati.

4. apa yang lebih menyakitkan hati ialah menyanyi tak tentu hala.

5. apa DIVA di giant tu terlalu mahal untuk dibayar?

6. nak menyanyi ke, nak berlagu ke, ada hadnya. janganlah sesuka hati memasang lagu di waktu maghrib. masa azan maghrib, hormatlah sikit. bukan masalah pun nak diam dalam 5 minit.

7. orang lain pun ada speaker, malah jauh lebih berkuasa tinggi dari anda.

8. hiduplah dengan menghormati hak orang lain. bukan susah pun. agama adalah satu perkara yang wajib dihormati, tidak kiralah walau agama apa yang dianuti.

9. jangan lebih-lebih. aku feng tau depan berhala korang baru tau sakit hati.. huh

HAJAT

09:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. setiap pagi aku akan bangun tidur dan terus ke tandas untuk membersihkan diri.

2. ini termasuklah untuk melepaskan hajat supaya aku takkan ada masalah di kemudian nanti.

3. apa yang menjadi masalah ialah ada leng chai yang berperangai jijik dengan tidak menghormati kehendak orang lain.

4. apa masalahnya sehingga perlu bercakap sendirian di dalam tempat untuk melepaskan hajat?

5. nak bercakap tidak salah, tetapi dengan orang lain yang nak melepaskan hajat ni ada rasa nak terajang je.

6. kalau hidup dah kurang siuman, dapatkan rawatan segera di tampoi. tak jauh manapun kalau nak pergi.

7. kalau muda-muda dah gila, macam manalah bila dah mula mengajar nanti.

8. aku bukannya bagus sangat. tapi sekurang-kurangnya aku takkan bercakap dalam tandas di subuh hari.

AMBUSH

11:25 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. dalam 15 minit lepas aku dikejutkan dengan satu berita tergempar dalam sejarah perkhidmatan aku.

2. si barai itu telah berjaya diserbu oleh pihak pemantau yang ingin tahu punca segala alasan yang dikemukakan selama ini.

3. kenapa 'berjaya diserbu'? selama ini si barai ni hanya meloloskan diri dengan berbagai alasan.. tapi tidak lagi pada hari ini..

4. bila diserbu tanpa persiapan, namanya KANTOI..

5. sudaahla tu. anggaplah semua ini satu pengajaran pada diri sendiri..

6. pada semua, kerjalah.. la la la.. kerjalah..

MESRA ALAM

10:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. aku nak kongsikan satu cerita semasa aku pergi ke sesi maklumbalas hari itu..

2. terlebih dahulu aku nak cakap yang memang aku tak puas hati dengan si bangkai ini..

3. aku tak berkenan dengan caranya yang suka mencari jaalan senang untuk menyelesaikan tugasan yang patut disiapkan. pulak tu orang lain jua bersusah payah untuk membuat benda yang sama..

4. sekarang ini aku merasa amat bengang akibat dengan perbuatannya yang selambaa tanpa mengerti yaang orang memang bengang dengan tindakannya yang bermasalah ni..

5. pada waktu makan, bangkai ini pun datang bersama-sama bulunya untuk makan.. selepas habis makan, bangkai berbulu ini pergi bertanya pada pensyarah yang ada mana nak letakkan sisa makanannya?

"hehe.. uihh, mane nak letak pinggan ni puan eh? uihh.. uiks.." (ditambah dengan muka mintak penerajang)

6. tak sedarkah anda wahai si bangkai cara anda untuk mengambil hati itu lebih memburukkan keadaaan yang sedia ada.. kalau bukan pensyarah tu dah lama aku sendiri masukkan ko dalam baldi tu kerana ko lebih bersisa dari makanan yang nak ko buang tu..

7. nasihat aku, jangan bagi orang panas.. buruk padahnya nanti..

SAKIT PERUT

10:12 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. dengar khabar semalam ada seorang makhluk menderita kerana sakit perut.

2. sungguh teruk sakit perut tu sampaikan tak perlu datang sekolah..

3. persoalan utama adalah, pada hari yang sama terdapat pemantauan bersama dari pensyarah dan guru pembimbing.

4. pada pendapat aku, sakit perut itu adalah satu helah yang terbaik untuk melepaskan diri dari melakukan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini..

5. aku ada hujah yang kukuh untuk mempertikaikan kesakitan perut yang dialami.. pada petang hari yang sama makhluk tersebut keluar untuk membeli makanan beserta air berkarbonat 2 botol dan 1 plastik air batu..

6. ini ke tindakan orang yang sakit perut?

7. nyatalah ini sebagai alasan semata-mata untuk mengaburi mata pihak atasan..

KEMAAFAN

12:14 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. baru-baru ni aku ada berhubung dengan seorang kawan lama. niat aku hanyalah untuk bertanyakan khabar dan megetahui perkembangan seasa seorang kawan. tidak lupa juga tujuan aku untuk meminta maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata.

2. nyatalah tindakan aku ini telah mencetuskan satu isu yang boleh aku katakan kali ini.

3. aku minta maaf secara terbuka jika ada pembaca dalam blog ini sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan penulisan aku dalam blog ini.

4. sebagai langkah keselamatan dan untuk mencapai kepuasan antara kedua-dua belah pihak, blog yang berkenaan telah dipadam dari bacaan umum selepas ini.

5. tapi ingin aku nyatakan di sini, blog yang ditulis tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. waimah apa yang ditulis berkait atau tidak, itu terpulang pada pembaca itu sendiri. (lihat pada post yang pertama, dari kawan kepada kawan..)

6. jika terasa dengan apa yang ditulis, apa lagi yang boleh aku katakan, penulisan aku berasaskan persepsi umum terhadap apa yang berlaku.

7. aku menulis blog hanya sekadar untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkaitan dengan diri aku.

8. sebarang kejadian, insiden, atau perkara yang berlaku yang BERKAIT dengaan diri aku sahaja yang aku akan berkaan komen disini. aku tak ada kebolehan untuk meluahkan perasaan bagi pihak orang lain.

9. sebagai insan yang melakukan kesilapan, sepatutnya kita insaf. dan aku insaf. aku berharap orang lain juga akan insaf. apa yang berlaku tetap berlaku. jangan jadikan insan lain sebagai sasaran untuk melepaskan marah semata-mata insan tersebut mengulas apa yang diperkatakan.

10. aku juga ada hak bersuara, begitu juga dengan hak orang lain untuk bersuara..

11. jika terdapat rasa tidak puas hati, tinggalkan komen. jangan tinggalkan alfatihah kepada pemunya blog hanya kerana mengharapkan baalasan yang setimpal, walhal insan yang disedekahkan alfatihah itu sentiasa memohan kepada ilahi agar dijauhkaan dari malapetaka seperti apa yang telah berlaku.

12. pokok pangkalnya, jika ada apa rasa yang tidak puas hati, tinggalkan komen. jangan hanya sekadar mengatakan yang aku tidak tahu jalan cerita sebanar. itu ayat seorang artis. aku juga ada akal fikiran untuk menyampaikan pendapat peribadi aku.

Renungkan, dengan dalam..

MOTOSIKAL

13:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. seringkali aku tengok ada kumpulan yang selalu berjalan kaki untuk keluar makan di medan selera cenderawasih.

2. teringat juga satu ketika dahulu bila aku berjalan keluar bagai nak rak semata-mata untuk mengisi perut yang kosong.

3. akan tetapi pada hari ini aku sungguh bersyukur kerana dikurniakan kemudahan yang sangat membantu..

4. ada juga aku perasan ada segelintir golongan yang pada mulanya hidup dengan berjalan kaki.. aku sungguh berbangga dengan golongan ini pada mulanya..

5. akan tetapi selepas itu aku rasa golongan ini tidak perlu dihormati lagi..

6. pada mulanya hiduplah dengan meminjam motor.. akan tetapi selepas dapat motor sendiri, mulalah rasa nak beraksi.. naik motor 3 orang sekali mungkin masih boleh diterima lagi.. kalau 3 motor beriringan sekali macam mana pulak?

7. rasa diri seperti rempit sejati.. mula beraksi di litar kampus IPGM.. walhal x sedar diri itu bakal guru satu hari nanti..

8. kemana-mana laju dengan motor.. laju sudah mesti.. STUNT mesti diselitkan dalam setiap penunggangan kemana-mana.. walaupun di depan blok asrama..

9. parking motor pun biadab, langsung tak menghormati golongan berkenderaan yang lain, tak kiralah ada ke tak ada stiker pun..

10. percayalah, kalau aku tak doakan eksiden, pasti aku akan buat cubaan langgar satu hari nanti..

11. ingatlah ini INSTITUT, bukan ESTET..

PEPSI dan KICKAPOO

13:26 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. jika disebut minuman enak ni, pasti semua akan tiba-tiba dahaga untuk merasainya..

2. jika ditanya semua orang suka minuman ini.. ada juga yang membenci..

3. baguslah jika membenci, kerana minuman ini tidaklah bagus seperti yang disangkakan..

4. sebagai seorang yang pernah merasai minuman ini, aku juga pernah TERJEBAK dalam gejala minum minuman ini sebagai amalan harian..

5, itu satu ketika dahulu, itu pun ada masanya aku minum air kosong sahaja..

6. lihatlah apa yang berlaku pada aku hari ini.. sesal tak sudah tidak berguna lagi..

7. aku bukan nak memperkatakan pada diri aku yang sudah menyesal ni.. aku ingin mengutarakan pandangan terhadap seorang insan yang ketagihan PEPSI sehinggakan mencecah 2 botol sehari..

8. apa kebaikan PEPSI? mengapa minuman itu yang sentiasa berada di minda ketika membaca komik kegemarannya? apa natijah dari minum sehingga 3 LITER sehari minuman ini?

9. rajin pula keluar membeli 2 botol ya. bila keluar untuk makan, tak mahu la pulak. boleh diharap air ini darpada makan sebagai satu keperluan.. memang mewah..

10. pendapat aku, kalau nak minum tu berpada-padalah.. jangan sampai sesal dikemudiaan hari.. apa yang bangang sangat dengan si barai ni tak tahulah..

11. jangankan fizikal sudah menjadi sembab, malah penyakit turut datang menimpa..

12. pada diri aku, kehidupan berasaskan kesedaran menjadi landasan.. harap aku sentiasa sedar atas apa yang aku lakukan..

KEWARTAWANAN

09:07 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. terkejut juga mendengar dengan apa yang berlaku semalam.

2. lawatan dari KJ dijangka bermula hari ini, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

3. bila dikatakan lawatan mengejut, sudahnya tak bersedia, maka bangkailaah jadinya.

4. nak dikata bangkai pun tak layak. tak tahulah apa taraf yang patut diberikan pada 'bigfoot' ini.

5. bila ditanya alasa, memang indah alasan itu. nampak profesional, tapi haram jadah semata.

6. hati berbelah bagi dipilih sebagai alasan kukuh kali ini. dulu nak drop course, pulak tu nak kerja kilang dan bukak cybercafe.

7. hari ini, bukan itu yang diperkatakan. kewartawanan menjadi pilihan untuk kali ini.

8. bagi aku, ini adalah satu alasan belaka. apa lagi yang boleh dikata dengan makhluk yang berbau hancing macam ni?

9. wartawan tu bukan ke satu kerjaya yang mencabar? kerja tak tentu masa, dan yang paling pening minat untuk jadi wartawan tu perlu disemai dahulu.

10. apa jadi wartawan boleh main game lama-lama?

11. pikirkanlah.. aku baru cakap pasal perubahan. lain perubahan yang diseru, nak jadi wartawan pulak kali ni..

12. kepada pihak wartawan disana.. korang tak malu ke si bangkai ni nak bekerja dengan korang? insan pemalas yang suka bercerita berdegar-degar tapi tak masuk akal ni?

13. apa berita yang nak diselit? media manakah yang nak terima makhluk ni?

14. entah2 jumpa VIP nanti pun korang jugak yang akan malu dengan bau pelik si makhluk ni nanti..

15. kepada makhluk tersebut.. dahla oi.. cakap jela yang ko nak main game. bukan malas belajar, serba serbi ko malas..

16. aku pun bodo, buat kotor blog aku je kutuk makhluk ni.. haishhh!!

KERAJINAN

13:11 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. aku dikhabarkan yang kita semua akan dilawati oleh KJ bermula esok..

2. memang banyak kerja yang nak disiapkan.. tapi aku tak kisah sangat..

3. yang lebih menghairankan, ada pihak yang betul-betul tak kisah..

4. aku dengar cerita dalam 52 orang batch aku, ada sorang yang paling rajin diantara semua..

5. memang rajin.. tapi dari ceritanyalah..

6. kalau nak cerita kat orang, biarlah logik sikit.. ada ke sampai 3 lesson plan berasingan nak bagi kat penilai yang berlainan? memang tak logik..

7. pendapat aku, junior tetap junior.. tapi diorang dah cukup dewasa untuk menilai hancingnya ceritamu itu..

8. lain kali nak cerita apa-apa jangan bagi orang panas.. kalau tak bukak mulut pun tak apa.. nikmatilah game dan kartun tu dan jangan akui diri tu hebat sangat.. apa pulak kata masyarakat yang 4.0 tu esok?

9. kalau nak menipu pun ada batasnya.. biar bertempat.. jangan menipu nak menutup malu diri sendiri.. kalau malu mesti kerja dah siap.. dasar tak tahu malu..

10. dahla memalukan diri sendiri.. buat malu aku je..

RASIONAL, PERBUATAN DAN REAKSI

13:24 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. setiap perbuatan pasti ada rasionalnya..

2. kalau perbuatan tu tak rasional, pastinya perbuatan itu dianggap sebagai sia-sia..

3. itulah apa yang berlaku.

4. sebagai seorang manusa biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

5. adakalanya kesilapan yang dilakukan itu sengaja dilakukan kerana peraturan itu dianggap tidak rasional sama sekali..

6. bila dilakukan juga kesalahan itu, mulalah yang kecil diperbesar-besarkan..

7. sebagai seorang yang professional, kita perlu mengkaji tindakbalas atau reaksi klien kita terhadap apa yang dilakukan..

8. cuba fikirkan, adalah sekadar marah daan ugutan boleh menyelesaikan masalah? anak di rumah tak pernah dimarahi, anak orang diherdik-herdik..

9. pada aku, sikap itu adalah sangat tak rasional.. dan reaksi yang tidak professional..

10. moral of the story, jadilah seorang manusia yang disegani.. bukan dicemuh kembali..

PERUBAHAN

13:18 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. hari ni aku rasa semua dah tahu yang kita ada PM yang baru.

2. tahniah diatas kejayaan yang dikecapi..

3. pada semua, jangan sekadar mengharapkan perubahan sahaja..

4. ini kerana perubahan itu datang dari diri kita sendiri..

5. mulai hari ini, aku jugak nak buat perubahan..

6. aku berharap semua masyarakat akan berubah juga..

7. pada yang uih, malashh, dush aiyak, kartun, game, komik dan sebagainya.. inilah masa untuk berubah..

8. manalah tahu, sekali berubah akan terus berjaya..

9. dah berjaya jangan lupa diri.. hidup ini ibarat roda..

PERSEDIAAN

13:12 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. dulu sering aku dengar orang kata kalau tak bersedia, kelam kabut jadinya..

2. aku rasa pendapat itu betul.

3. sekarang ni kerja aku hampir siap.. aku dah mula berehat2 sekarang ni.

4. itu bergantung pada keadaan. peranan lain pun bukan mudah untuk diambil kira.

5. yang aku rasa tak adil sekarang ni, ada juga insan yang sentiasa BEREHAT tak kira masa.

6. bersedia atau tidak bukan soalnya.. nak kata siap kerja? tak pun.

7. apa yang dia tahu hanya hiburan.. bullshitting.. dan sebagainya..

8. aku suka jugak ada manusia macam ni.. rilek memanjang.. kita sibuk menyelesaikan masalah.. dia pulak tak pernah takut dengan masalah..

9. mungkin masalah pun takut dengan dia agaknya..

10. kita pulak yang ada masalah tengok dia macam tu..

SELAMAT BERCUTI

09:47 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. seperti tajuk di atas, itulah dia..

2. diharap percutian masing-masing membawa seribu makna pada diri kita.

3. pada yang selalu alpa dan leka, inilah masanya untuk melipatgandakan kealpaan itu.. double up your ignorance.. jangan takut.. alasan tetap ada jika dicari..

4. pada yang merasa berdosa pada keluarga, masa inilah yang paling sesuai untuk berbincang bersama, mengaku salah dan silap kita pada mereka..

5. jika ditanya keluarga kita betapa sayangnya mereka pada kita, sudah tentu tidak berbelah bagi..

6. jadi, luangkan masa sepenuhnya bersama mereka.. sayangilah mereka.. jagalah mereka apabila kita sudah mampu di kemudian hari..

7. janganlah kemampuan itu dilihat sebagai kemewahan yang bakal menjerumuskan diri kita dari menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak yang soleh..

8. ingatlah bin atau binti kita.. jangan sekadar tahu tapi tidak ambil peduli.. mereka masih menunggu.. pulanglah..

bawaku pulang.. bawaku pulang.. bawaku pulanggggggg....!!!! oh.. oh..

PEPERIKSAAN

07:40 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. hari ini bermulalah peperiksaan bagi sekolah aku..

2. peperiksaan ini 3 hari, sehingga hari jumaat.. macam x ada kerja kan?

3. jangan silap.. sebenarnya ia tidak seperti yang disangka..

4. relief menunggu untuk diisi, kebosanan menguasai diri.. akibat dari itu, aku mesti nak buat apa-apa aktiviti..

5. tapi aku bukan soalnya, aku membayangkan apa yang akan berlaku pada si barai dan si bangkai kerana peperiksaan juga berlangsung dalam hari yang sama..

6. apakah GAME menjadi sandaran ketika bosan? ataupun kerja yang tertangguh mula disiapkan? atau sekadar tidak ambil peduli?

lagi-lagi GAME.. kerumun mangsa rosak..

HUKUMAN

12:35 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

1. im still referring to the previous event..

2. kejadian yang lalu sebenarnya, walaupun aku ni dikira suke bercakap tentang events yang menarik seperti dalam post-post yang lalu, sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.

3. yang penting, kita semua sedar akan diri masing-masing dan jangan cuba lakukan kesilapan yang sama.

4. yang penting dalam diri kita ini sebenarnya jangan sesuka hati menghukum seseorang itu atas kesilapannya yang lalu..

5. kita boleh lihat dengan jelas hari ini sama ada depan mata, dalam TV, suratkhabar ataupun internet..

6. gosip liar pulak bertambah memburukkan lagi keadaan..

7. pendapat jujur aku la, kita seharusnya bersikap positif dengan menerima sebagai pengajaran.. bukan dengan menokok tambah cerita yang ada bertujuan untuk menjatuhkan air muka sesiapapun..

8. jangan bertindak menghukum sesiapa yang kita tak suka caranya, kalau tak suka, tak perlu berkawan dengan orang itu.. ramai lagi kawan yang "sebulu" dengan kita yang boleh dicari..

9. tapi, kalau kita bersikap positif dengan mengakui yang dia itu masih rakan kita, terimalah sebagai rakan kita, sokongan dan dorongan positif perlu diberikan untuk meneruskan hidup selepas itu yang dikira pahit sementara untuk diterima..

10. itulah SIKAP TERBUKA.. sikap yang paling bagus untuk dijadikan contoh buat semua..

11. aku doakan supaya hidup kita sentiasa dipermudahkan atas segala urusan yang kita lakukan..

sebarang pendapat sedia diterima.. terima kasih..

KOMITMEN

12:01 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. apa komitmen sebenar seorang guru?

2. bila ditanya soalan itu, aku rase ramai yang tak tahu.. aku pun tak tahu secara spesifik..

3. tapi berdasarkan common sense, memang ramai tahu yang ia satu kerjaya yang memerlukan sedikit usaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti..

4. ye lah, kita menhasilkan produk berbentuk manusia, perkara yang diajar pun berasaskan ilmu..

5. aku bukan bercakap soal kelayakan, tapi apa yang harus ada pada diri kita.. salah satu yang penting.. itu sahaja..

6. tapi jika kita lihat ada manusia yang bertindak tidak mengendahkan alam sekeliling.. kehidupan yang berteraskan GAME dan KOMIK mula jadi panduan..

7. harus diingat, GAME itu hobi, KOMIK itu pun hobi.. apa masalah sampai sanggup tak tidur malam, hidup terkontang-kanting kerana hobi?

8. itulah komitmen yang diingat dalam kepala manusia tersebut..

9. selamat menjadi guru yang berwibawa..

lu pikirla sendiri..

PPSMI

10:04 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. aku tahu ini isu yang tak patut dipersoalkan sekarang ni.. aku ni dikira berani bukan?

2. akan tetapi, komen yang aku akan utarakan jauh berbeza dengan apa yang dibincangkan orang ramai sekarang ini..

3. ramai tahu PPSMI adalah satu komponen yang dikira mencabar ataupun kompleks untuk diajar..

4. itu salah satu pendapat umum yang aku ambil.. tapi cuba korang kira, kalau PRODUK yang dihasilkan untuk PPSMI ini mempunyai masalah untuk menyiapkan RPH dan main GAME?

5. bukan setakat PPSMI, bahasa apapun tak akan boleh..

6. tapi itulah, PRODUK sesat inilah yang aakan terlepas nanti dek kerana oleh kuasa bapanya yang sangat terkenal itu..

7. ada masalah? telefon sahaja.. settle problem..

8. kan ke best kalau bapak aku pun ada kebolehan mcm tu sekali..

PENDIDIK

09:50 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. aku tahu kebelakangan ni ade yang sedang menghadapi masalah besar.

2. pulak masalah tu berpotensi untuk menjejaskan masa depan dia sendiri..

3. tapi itulah, apa yaang kita lihat seperti tiada masalah berlaku, samada dia tak sedar ataupun sengaja untuk tak nak ambil tahu.

4. sebenarnya, jikalau dikaji punca masalah tu, masalah tu telahpun berlaku seminggu sebelumnya.. tapi berjaya ditangkap di luar.. bagi aku, at least berani jugak la sebab sanggup ambil effort sampai ke luar..

5. ni yang dekat dalam kampus ni pulak apa kes? duit xde nak buat kat luar? apa yang dah dibuat denga duit biasiswa kerajaan tu? naik kerete? beli baju mahal? beli mekap canggih2? ada pihak mendakwa perkara sebegini berlaku berkali-kali.. hmm, bagi aku kalo dah berkali-kali memang x hormat pada persekitaran sekeliling la..

apa komen rakan-rakan?

PLANNING

08:42 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. hari tu time aku ngah rilek2 aku dikejutkan dengan berita sedih..

2. ada sorang kawan ni rasa sedih gile sebab dia gagal nak bagi instructor dia cakap dia bagus..

3. yang peliknya kegagalan tu berpunca dari diri sendiri..

4. banyak la dia, sebelum observe main game kuat, tak pun sebok memanjan bende yang tak berkait. apa masalahnya?

5. bila dah sampai masa, alasan juga yang dicari..

6. terlepas pandang beberapa perkara dikira tidak logik untuk dijadikan alasan sekiranya perkara itu penting..

7. itulah dia apa yang nak jadi.. so lepas ni amik iktibar la semua termasuk aku sekali.. alasan bukan punca kejayaan..

8. so, mcm mane dengan partner dia? aku pun tak tahu..

jadikanlah dia sebagai misteri..

INTERNET

10:47 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. korang rasa internet mana lagi laju?

2. aku rasa streamx kot..

3. sekarang ni aku pakai maxis. far better la dari yang aku expect pakai celcom.. masa aku pinjam celcom si pemalas buat RPH tu, mmg lembab celcom dia..

4. pakai maxis ni ok pulak.. lokasi sama, tempat sama, masa sama..

5. bila ditanya kawan aku yang pakai celcom, diorang cakap ok jek..

6. setakat ni aku dah dapat rumuskan internet yang aku pinjam tu memang bodo, bengap, lembab, lahanat, suka menipu dan pemalas macam tuannya!

7. apa komen rakan-rakan?

TRAVIAN

10:42 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. aku rasa ramai orang dah tau travian ni apa.. iklan dia kat internet pun selalu kita nampak - "binakan kampung anda sekarang!"

2. aku ada dijemput untuk main. mula-mula memang aku tolak. lepas tu aku try jugak main. lepas tu terus sangkut ngan game ni.

3. yang peliknya game ni komitmen dia tak anyak. hanya 10-15 minit je setiap login. tapi travian ni memang pandai. walaupun kita login ni kejap je, tapi kita tentu akan login lebih dari sekali sehari.

4. memula tu aku x kisah sangat. tapi ada satu lagi kelebihan game ni, orang yang main pakai DUIT memang bole maju betul dalam game ni.. asalnya gaame ni percuma. untuk dapat keistimewaan tertentu, kene la keluar duit..

5. tulah dia.. memang x adil.. dasar game lahanat..

6. lepas ni aku nak main bodo-bodo je.. mampos a.. malas aku nak komited.. nak main cheat code x bole, apa pun x bole.. mmg haram la game ni..

7. korang tengok la sendiri.. apa yang game buat pada kita.. mmg game ni bole dikatakan merosakkan kalau melampau.. silap-silap kehidupaan pun macam watak dalam game..

renungkanlah....

PENILAIAN

08:04 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. bila kita nak menilai sesuatu, kita kenalah tengok dulu apa yang nak dinilai..

2. bila penilaian kita diperkatakan silap, akan ada pihak yang mempertikai nanti..

3. bila nak dirujuk semula, mulalah timbul isu-isu lain yang tak berkait langsung dengan apa yang sedang dibincangkan..

4. sungguh pelik, mengapa penilaian yang dikatakan bagus, akan tetapi hanya sekadar lisan? mengapa tidak dibuktikan di atas kertas?

5. bila difikirkan perkara ini, aku rasa lebih baik untuk tunggu dan lihat je..

6. tapi aku ada satu persoalan, kalau hilang RPH, bagaimana penialain itu hendak dijalankan?

kita tunggu dan lihat sajalah..

ALASAN

07:58 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

1. aku cukup terkilan dengan apa yang berlaku pada manusia yang tak bertanggungjawab ni..

2. mula-mula RPH hilang, lepas tu mulalah nak cakap yang penat menyalin RPH yang baru..

3. yang lebih melucukan, benarkah dia ini ada menyiapkan rekod didalam RPH yang dulu? berdasarkan rakan-rakan lain, cuma ruang kosong saja dalam RPH itu..

4. sekarang rasanya semua orang sudah tau yang mentornya mula naik angin..

5. kita lihat drama seterusnya.. apakah "budak" ini tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah yang berlaku dengan isu dan alasan yang baru..

6. oh ya, jangan bagitahu bapa dia, nanti dah "confirm" bapa dia nak no tel mentor dia saja.. bukan nak marah anak sendiri..

wait and see..

Johor Bahru

22:08 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. tadi aku baru lepas pegi makan.. ade la satu nama kedai tu..

2. aku order x la berape banyak, tapi aku rase harga die mmg mahal la..

3. aku dah bosan dah makan kat JB ni.. slalu mahal je.. gile ke ape.. ingat aku ni anak menteri ke ape? poket pun bukannye berisi sangat..

4. ni mungkin sebab orang singapore la ni lebih2 datang sini belanje macam2.. mmg la currency diorang lagi tinggi..

5. bile harga dah jadi mahal ni mulalah aku jadi x rasional.. aku harap orang singapore ni shopping je la kat negara korang.. gi la rancakkan ekonomi kt negara sendiri.. x perlu pandang rendah dengan mengatakan negara ni sangat murah serba-serbi..

6. lepas ni jangan la pulak ade pihak yang sesuka hati mengatekan aku ni bersikap berat sebelah.. ni pandangan aku selepas aku mendapati belanje aku kat sini jauh lebih mahal dari KL..

7. apa komen rakan-rakan?

GAME

16:26 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

1. ramai yang bertanya kepada saya apakah itu game..

2. terus terang saya berkata "game itu satu permainan".

3. tapi bagaimanakah dengan orang yang menyifatkan game itu adalah satu kehidupan?

4. apakah dengan tidak bermain game maka tiada makna untuk hidup lagi?

5. namun begitu, saya tetap berbangga dengan makhluk tersebut kerana sentiasa bermain game..

6. mungkin pada pendapatnya game itu adalah satu sukan..

7. tetapi tiada maknanya jika sukan itu hanyalah dimainkan di depan monitor komputer sahaja..

8. maka dengan insan begini, adakah kita akan berjaya membangunkan modal insan seperti yang telah dirancang oleh pemimpin kita?

9. habislah segalanya.. kerana game, masyarakat bangun lewat, kemudian tengok kartun, kemudian ponteng kuliah, kemudian ulang peperiksaan (nampak macam x ulang), kemudian x buat RPH, kemudian hilang RPH, dan seterusnya..

10. itulah sikap yang ada pada diri seorang yang sentiasa bermewah dengan apa yang ada.. renungkanlah..

Pengalaman Menyeronokkan

16:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

pengalaman mendewasakan kita.. bagaimana pula dengan pengalaman yang memperbudakkan kita? apakah sebenarnya pengalaman yang ditempuhi?
- hari ini katanya SIBUK
- hari esok katanya MALASHH
- hari lusa katanya HILANG
- hari tulat katanya PENING KEPALA

apakah hari berikutnya katanya MAUT?

apa pula alasan berikutnya ya.. kita lihat sama-sama..

Dari Kawan kepada Kawan (Pengenalan)

15:40 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

Inilah blog pertama aku. Kepada kawan mahupun lawan aku, silalah komen apa2 yang korang rasakan patut.. Blog aku ni hanya bermakna untuk orang yang tahu sedikit sebanyak tentang diri aku dan rakan2 aku.. Blog ini juga turut bermakna untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kebolehan mencari maksud tersirat yang telah dipelajari di sekolah menengah..

harus diingatkan segala apa yang ditulis dalam blog ini tiada kaitan langsung dengan yang hidup mahupu yang telah menginggal dunia.. blog ini ditulis dengan tujuan untuk memberi galakkan kepada rakan sebaya supaya memperbanyakkan lagi penulisan mahupun karut-marut hanya sekadar hiburan untuk bacaan bersama..