1. aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain sebagai imbasan semula terhadap tujuan asal dalam aktiviti yang kita adakan selama ini iaitu penulisan blog.
2. blog adalah satu kemudahan yang meletakkan kita kebebasan dalam menulis untuk disiarkan bagi tatapan umum.
3. blog boleh dikategorikan sebagai penulisan fakta dan juga penulisan jurnal. kebanyakan kita beranggapan bahawa penulisan blog lebih kepada penulisan jurnal sedangkan banyak fakta yang dipaparkan bukan berdasarkan kajian ataupun sorotan dari pihak yang arif dalam bidang tertentu.
4. jika blog ditulis dalam ulasan terhadap fakta, ia harus dikaji sebelum dipaparkan untuk tidak menyebarkan berita yang tidaak lengkap ataupun tidak tepat kepada pembaca blog tersebut. jika fakta yang dipaparkan boleh mengeruhkan keadaan yang sedia ada, itu bermaksud penulisan tersebut boleh dikategorikan sebagai penulisan yang tidak berasas faktanya.
5. jurnal booleh dikatakan sebagai nukilan peribadinya terhadap apa yang ditempuhinya dalam kehidupan seharian. setiap perspektif yang diulas adalah berdasarkan dari pandangan sebelah pihak iaitu dari pihak penulis sendiri.
6. oleh itu, kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) fakta yang dikemukakan (jika ada) adalah tidak kukuh dan tidak boleh dibuat sebarang bentuk kajian keatasnya.
7. itulah tujuan penulisan blog, jika dikira dari perspektif aku yang hanya mengambil pendapat dari 1 pihak yang ada sedkit pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan.
8. tanya diri anda, apakah tujuan anda menulis blog? mari kita letakkkan bersama-sama dalam blog kita.. terima kasih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 pemikiran bernas dari masyarakat:
aku lebih prefer menggunakan pengalaman idop..kire cm journal la...dan aku akan selitkan beberapa nilai yg bleh dikongsi agar berguna kepada rakan2 dan juga aku....inilah bentuk penulisan aku skang..aku rase la.....
kalau tak nak komen, kenapa komen? utarakan sajalah..
Mende la sean ni..jangan la bawak perangai kebudak-budakan awak dalam penulisan komentar..dah besar panjang dah..ntahpape..
Post a Comment