TERLEPAS

00:27 / Diutarakan oleh Unknown /

1. seperti yang dijangka, ex-kayap itu terlepas juga. dengar khabar angin yang mengatakan dia akhirnya lulus juga dalam praktikum walaupun syarat utama telah dipenuhi. satu pujian yang tidak terhingga diberikan kepada pihak yang berusaha untuk menyelamatkan 'beliau' dari terkandas dalam program akhir, akibat dari kesilapan sendiri.

2. aku selaku pendengki mengucapkan tahniah kerana dikau memang bijak dalam merekacipta dan menyelesaikan masalah sendiri. you managed to clean up your own mess. bravo.

3. teruskan bermain, tiadaa halangan selepas ini. bahkan selama ini tiada siapapun menghalang. cuma ada beberapa pihak yang tidak puashati kerana dikau tidak buat kerja. itu saja.

4. namun itu semua hanya perasaan, bukan realiti. perasaan bukan sesuatu yang rasional. ia lebih dikuasai oleh emosi. jadi, itu semua tidak relevan untuk dijadikan sandaran ketika menentukan keputusan untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi.

5. tak perlu menjadi orang berguna, hiburan sangat penting untuk kita supaya tidak tertekan di kemudian hari. teruskan berhibur, game dan manga? kartun? itulah yang sebenarnya patut diambil kira sebagai teladan dalam hidup kita.

6. tak perlu bersosial. teruskan menyendiri. ibubapa dikau sudah tentu kaya dan mampu menanggung dikau sampai bila-bila. aku yakin dari amalan kehidupan seharian dikau, harta yang ada sudah tentu lebih dari tujuh keturunan untuk dihabiskan.

7. tidak perlu bersusah, tidak perlu buat kerja. teruskan berhibur. hiduplah dalam dunia sendiri supaya dikau dapat merasakan hidup ini dikau yang punya.

8. sorry, and good luck..

4 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on May 21, 2009 at 1:43 AM

rosak anak bangsa aku....

Comment by QaYYum MieJiFans on May 25, 2009 at 4:20 PM

adosss memalukan..aku tidak berpuas hati...biar dia selamat disini mungkin dia akan mencari nahas di tempat lain...wait n see.

Anonymous on June 1, 2009 at 7:11 PM

kawan dah lama berbulu dengan makhluk ni..kawan juga terkilan dengan sikap tidak professional pihak berkenaan dalam menangani kemelut ini..

Comment by Unknown on June 10, 2009 at 9:37 PM

itulah.. tiada apa yang boleh dilakukan lagi.. anggap sajalah itu hari dia..

Post a Comment