TEKANAN

22:42 / Diutarakan oleh Unknown /

1. semua orang mempunyai tekanan. tak kira usia dan bangsa semua ada tekanan.

2. setiap orang juga ada cara sendiri untuk melepaskan tekanan. terdapat berbagai cara untuk melepaskan tekanan.

3. aku ingin mengutarakan rasa kesal aku terhadap seorang yang aku kagumi selama beberapa ketika aku belajar menyelami kehidupan ini.

4. aku kenal seorang 'uncle' ini sebagai seorang yang berfikiran luas, berpengalaman tinggi dan dalam ilmu pengetahuannya. aku cukup berbangga dengan apa yang dilakukannya dalam kehidupan sehariannya.

5. akan tetapi, pada satu hari, semuanya telah berubah..

6. nasihat aku pada diri sendiri, jadilah sebagai seorang yang tidak melepaskan tekanannya pada orang lain dengan cara menghamburkan kata-kata yang tidak berasas sebagai satu ketidakpuashatian gara-gara cara orang itu tidak sama dengan cara yang diamalkan anda selama ini.

7. terus-terang aku katakan, dengan aku diperlakukan dengan cara sebegitu, aku cukup malu dan rasa tersinggung dengan perbuatannya itu. aku bukan tidak mampu membezakan gurauan, akan tetapi aku masih ada harga diri untuk dipertahankan walaupun aku ini hanya insan mentah dalam dunia pekerjaan yang diceburi.

8. jangan libatkan pihak yang tidak dikenali dengan masalah yang tidak berkaitan. bila hal remeh boleh menjadi besar, kelak buruk padahnya.

9. aku bukan insan yang cepat mencari penyelesaian dengan cara kasar. aku masih mampu bersabar, kerana aku tahu nilai sebanar kesabaran itu. uncle sendiri pernah berpesan, akan tetapi uncle juga yang naik tangan pada orang yang hanya sekadar mencebik tanda tidak setuju dengan uncle.

10. kalo uncle boleh panas, orang lain pun punya nafsu amarah sama. fikir-fikirkanlah, belajar menghormati cara pemikiran orang lain.

6 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on May 15, 2009 at 11:18 PM

de org..cakap x srupa bikin...cakap len buat len...
de org jenis baran...nk berhadapan..kite nyg kene sabar....api lawannye dgn air...jgn dgn api gak...susah..huhu

Comment by QaYYum MieJiFans on May 16, 2009 at 1:35 AM

mmg pun apa kejadahnya mengutuk cara bekerja orang walaupun xmenyukai cara kerja spt itu...patutnya perlu menghormati org lain dan hormat dgn cara kerja tersebut...xperlu la nk komen byk kalau xboleh beri komitmen cakap je xperlu nak perli org yg kita xkenali pada hal dia xbersalah pun dalam hal ini......

Comment by Unknown on May 16, 2009 at 9:02 AM

aku cuma ambil langkah bersabar dalam hal ini memandangkan aku masih baru dalam bidang yang diceburi. senior patut dihormati, walaupun caranya nyata tidak dipersetujui oleh aku dan senior2 yang lain..

Comment by Jalak Lenteng on May 16, 2009 at 11:40 AM

Joseph...nasihat aku..jgn sesekali ko menidakkan sesuatu yang benar...tu kire zalim...jika pe yg die buat kat ko terlalu melampau...ko just duk diam jer...tadah jer..maknanye..ko menzalimi diri ko sendiri...bersabar biar kene pade tmpat die..papepun..aku mendoakan yg trbaik tuk ko..amin..

Comment by Sean on May 16, 2009 at 6:55 PM

...

Anonymous on June 1, 2009 at 7:05 PM

ajak bertumbuk je..baru tak professional

Post a Comment