POSER

01:56 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Aku kagum dengan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah berprofail biasa di Johor Bahru.

Kesungguhannya dalam bidang ict tidak boleh dipertikaikan lagi, sehinggakan ramai menjadikannya sebagai pakar rujuk jika ada sebarang masalah melibatkan dunia perkomputeran.

Aku juga tidak terkecuali menimba ilmu bersama pelajar ini. Kerendahan budinya menyebabkan aku kagum dengan diri beliau.

Tadi semasa aku membaca dan mengulas status post terbaru beiau akan rancangan seterusnya di Facebook, ada salah seorang pelajar Tingkatan 3 sekolah di luar Johor menyampuk dan menegur dengan cara yang kurang sopan.

Katanya beliau tahu segala, hebat belaka. Bila ditanya, jawapan bodoh yang keluar. Habis google dijadikan bahan bukti. Semua nak google. Nampak pandai la kononnya?

Bagi aku jika budak ni tak berubah, ini merupakan satu lagi petanda rakyat Malaysia yang kekurangan pengetahuan yang ada tetapi bercakap seolah tahu pelbagai benda.

Kononnya berlagak tahu programming, perkara simple pun ko tak tahu. WTF pun ko tak tahu.

Kerana budak inilah aku akan mengantuk keesokannya. Sibuk komen dia sangat. Rasakan.. LOL

P/s: jangan sibuk hal orang, tak tahu diam. Menyampuk tak pasal2 bukanlah cara bermesra sesama kita.

MAZMUMAH

20:29 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (0)



Ketika aku sedang bersarapan pagi di warung kamung yang berdekatan, aku menonton satu rancangan pagi yang menonjolkan seorang yang bakal menempa nama di dunia ini.

Ketika itu, aku memerhati tindak tanduk dan gelagat manusia yang diwawancara ini. Pada mulanya aku rasa biasa sahaja.

Selepas itu, baru aku menyedari tindakannya adalah sedikit pelik.

Kemudian barulah aku sedar keangkuhannya bercakap tentang kebolehannya melakukan sesuatu itu yang terbukti lebih hebat dari orang lain.

Ya, memang kau tak gentar dengan apa yang orang kata pada diri kau. Kau kata “saya sentiasa menjadikan kata-kata negative dari orang sekeliling itu sebagai satu semangat dalam diri saya.” Memanglah begitu.

Kemudiannya mendabik dada sebelum Berjaya melakukan sesuatu bukanlah satu perkara yang baik. Ini kerana belum tentu anda dapat membuktikannya. 1001 perkara dan cabaran menanti dan tidak semestinya anda akan dapat menguasai sesuatu perkara TANPA IZIN DARI YANG MAHA PENCIPTA.

Jadi, tolonglah jangan riak sangat. Aku tahu kau hebat, tapi dengan bercakap besar yang kau akan Berjaya bukanlah satu perkara yang baik. Siap penemuramah pun kau tempelak.

Hadui apalah nasib manusia. Dah hebat, mendabik dada. Bila gagal, senyap bukan kepalang. Angkat muka pun tak mahu.