CLEVEREST

13:32 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Sebentar tadi aku menemui seorang pelahar yang beriye nak ke kolej. Hebat bunyinye kan?

2. Pelajar ini malas ke sekolah, tak berminat untuk ke tingkatan 6. Susah sangat, pakai pun uniform sekolah. Tu andaian aku la.

3. tapi, bile apa yang disuruh pun tak nak buat, dah rasa macam bagus. Itu satu masalah la.

4. Kebodohan pertama ko jelas menunjukkan ko mengutamakan sijil lebih dari tingkatan 6. Ye dak? Sijil kan bunyinya lagi prestij.

5. Lepas tu ko nak kerja apa dengan sijil? Pokok pangkalnya belajar la di mana-mana pun, ko tetap sakai macam ni jugak kalo perangai macam ni. Konon nak keluar form 6, cerita macam budak-budak.

6. Persoalannya bukan EDUCATION, tapi ATTITUDE. Berubahlah sekiranya ingin lebih maju.

Belagak. Pegila mampos.

IBADAT

18:37 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Aku singgah di masjid berdekatan untuk solat zuhur. Ternyata tenang masjid ini. Nama pun masjid kan.

2. Masjid ini agak lama, dengan usianya, nampak jelas menjangkaui 50 tahun. Mungkin aku silap, mungkin aku betul. Anggaran aku bukannya hebat sangat.

3. Selepas solat, aku mengambil masa mengamati keadaan sekeliling. Ramai pelajar sekolah rendah menggunakan netbook di sini. Main game ke?

4. Aku terkejut melihat mereka bermain internet. Page google dibuka, jelas menunjukkan itu carian internet.

5. Aku meninjau kawasan masjid ini. Ternyata ia ada WI-FI. Sungguh menakjubkan. Kebiasaannya masjid baru sahaja yang mempunyai wi-fi.

6. Aku kagum. Tak sangka masjid yang agak berusia menyumbang kepada kemudahan canggih seperti internet. Inilah yang kita mahukan.

7. Syabas aku ucapkan.

MURNI MEETING

18:37 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Program perjumpaan dengan ibu bapa memang menarik. Pulak jika anak mereka menghadapi masalah untuk memberitahu kegagalan mereka akibat terlalu leka berseronok.

2. Pada yang dah mencuba dengan sedaya upaya, jangan putus asa. Cuma masalah untuk memberitahu ibu bapa merupakan agak sukar.

3. Pada minggu sebelumnya, mereka sangat baik dengan guru. Gurulah yang menjadi idola mereka, hero mereka, yang wajib dihormati.

4. Benar, jika guru memberitahu kelakuan mereka di sekolah, makan meja la mereka. Silap haribulan ICU pun boleh.

5. Reaksi ibu bapa terhadap keputusan mereka adalah pelbagai. Antaranya:
- Oh, ok lah ni. Ni kira boleh lagi la kan?
- Mende teruk sangat sampai FAIL ni?
- ............... (tak tahu nak cakap ape)
- Hmm.. Hmm.. Saya balik dulu? Makasih..
- Memang susah bende ni. Saya lagilah tak tahu.
- Saya datang sebab saya kena datang kan?
- Usaha lebih anakku, dengar cakap cikgu tu.
- Anak saya ni memang pelik sikit. Dari dulu lagi.
- Buatlah apa yang patut untuk anak saya. Saya izinkan, asalkan dia pandai.

6. Terkenang pada abah aku dahulu. Abah aku bertanya agak banyak. Terutama kelakuan aku dalam kelas. Sebarang aksi berlaku di rumah selepas itu. Adatla kene marah sebab kuat main.

7. Ibubapa permata kita. Tanpa mereka, siapalah kita..

URUS

18:37 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Inilah yang berlaku apabila pengurusan tidak dijalankan dengan lancar.

2. Salah seorang ahli keluarga aku mendaftar masuk di salah sebuah kolej yang terkemuka. Pendaftaran dan urusan bayaran dijalankan dengan pantas dan efisien.

3. Tapi apabila tiba ke pengurusan asrama, aku menjadi agak hampa. Bilik yang bakal disediakan telah dihuni oleh pelajar lain.

4. Bilik baru telah ditemui. Kuncinya? Salah seorang pemegang kunci bangunan ini keluar tanpa memberitahu pihak pengurusan.

5. Akibatnya semua ibubapa terpaksa menunggu lama untuk menempatkan anak mereka.

6. Bila bilik sudah ditemui, kena naik lif ke tingkat lain pulak.

7. Inilah kelemahan jika mengarahkan pelajar sendiri menguruskan kemudahan asrama TANPA DIPANTAU.

8. Aku tak banyak masa. Banyak lagi urusan lain. Jangan buang masa aku kalau kau banyak masa.

Perangai..

CHARGER

18:36 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Cerita ni agak lama, dalam 2 minggu lepas. Ketika kawan aku datang untuk melawat aku di sini.

2. Setibanya di terminal bas, beliau bergegas ke masjid untuk berehat seketika. Charger juga dibawa untuk mengecas bateri telefon yang lemah.

3. Apa yang berlaku, beliau ditegur oleh seorang warga masjid disitu yang agak berumur.

4. Rakan aku segera meminta maaf atas sikapnya yang tidak tahu kerana beliau 'dari KL'.

5. Mendengar alasan dari rakan aku, orang tua itu menjadi marah, dan memarahi sikap rakan aku sambil berkata 'aku pun dari KL jugak'. Siap perli lagi. Mendengar dari rakan aku, nampak agak biadap caranya.

6. Lepas tu orang tua itu menyuruh rakan aku pergi ke kedai telefon untuk mengecas dengan RM2 sejam dengan nada yang kasar.

7. Siapa anda pakcik? Masjid tu milik siapa? Kalau tak boleh cas, cukup sekadar menegur. Tak perlu marah sampai begitu sekali. Nak bayar? Boleh pun. RM berapa la sangat.

8. Masjid tu kemudahan semua. Bukan untuk kemudahan pihak tertentu. Kalau tak boleh, letak la notis. Pemikiran aku, takkan kawan aku yang berpangkat tinggi dalam kerajaan tak boleh membaca.

9. Dalam masjid pun boleh buat hal.. Hishh..

A POLICEMEN'S PRAYER

14:55 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. Teach me sixty minutes make an hour, sixteen ounces a pound and one hundred cents a dollar.

2. Help me so to live that I can lie down at night with a clear conscience without a gun under my pillow and unhaunted by the faces of those to whom I have brought pain.

3. Grant that I may earn my meal ticket on the square and in earning it I may do unto others as I would have others do unto me.

4. Deafen me to the jingle of tained money and to the rustle of unholy skirts.

5. Blind me to the faults of other fellow, but reveal to me my own.

6. Guide me so that each night when I look across the dinner table at my wife, who has been a blessing to me, I shall have nothing to conceal.

7. Keep me young enough to laugh with little children and sympathetic enough to be considerate of old age.

8. And when comes the day of darkening shades and smell of flowers, the tread of soft footsteps and the ceremony short and the epitaph simple..

*Petikan ini diambil dari balai polis berdekatan tempat aku. Memang mencabar, tapi inilah realiti kehidupan. Setiap kerja memang ada cabarannya..

KORN

14:55 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Bila lapar, pulak malas memasak, kedai makan yang dituju jika hendak makan megi.

2. Kedai makan masyuk dipilih untuk merasai suasana best di tepian pantai. Pulak tu, nak bersembang pun seronok.

3. Megi diorder, aku nak megi kari. Aku taknak megi sup kononnya 'kreatif' hasil ciptaan masyarakat kedai makan sebagai usha mengalahkan megi. Rasanya memeningkan kepala.

4. Aku nak megi original. Rasa kari original. Cuma tambah lauk. Nak explain pada pelayan tu ada dalam 20 minit. Betul, 20 minit cuma untuk memberitahu TAK NAK SUP KEDAI KAU, AKU NAK PERENCAH PEKET TU.

5. Bila megi itu sampai, aku lihat kuahnya tawar. Masak betul ke megi ni? Ke pakai air panas je?

6. Pelayan dipanggil, kemudian tukang masak datang bertanya selera aku. Aku menjelaskan sekali lagi, TAK NAK SUP BUATAN KAU, AKU NAK PERENCAH DALAM PEKET TU.

7. Kemudian dia membidas mengatakan ia ada di dalam megi. Kacaulah sendiri katanya. Aku cakap dah kacau tapi tak pekat. Katanya ''Nak pekat macam mana? Nak bubuh tepung jagung ke?''

8. Aku ingin membalas dengan kata-kata ''bukanlah, pakai bedak sejuk tok kau pun boleh'' tapi tak kesampaian kerana tokey kedai itu ada untuk meredakan keadaan. Megi baru dihidang. Kali ni aku puas hati.

8. Patutlah ko keje tukang masak kedai makan. Tak sekolah rupanya. BANGANG..

TANGKI

17:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. Tiba masa untuk mengisi minyak.

2. Aku berhenti di salah sebuah stesen minyak terkemuka. Jauh berjalan letih juga rasanya.

3. Setelah mendapatkan amaun minyak yang diisi, segera aku lihat pekerja yang bertugas membuka penutup minyak dan bersedia untuk mengepam minyak.

4. Selepas itu, aku ditegur oleh pekerja itu untuk mematikan enjin sebelum beliau mengisi minyak.

5. Untuk menutup malu cara bodoh, aku meminta RM2 sebagai upah, pekerja itu membalas ini atas dasar keselamatan. Sungguh jujur pekerja ini.

6. Aku mendoakan pekerja ini dimurahkan rezeki, dipermudahkan kerjanya. Diberkati hidupnya. Jujur caranya, memang membuat aku terharu.

7. Aku malu, pada teman, pada semua..

BABY WIPES

17:44 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Jauh berjalan rasa nak berhenti juga bila nak melepas hajat kecil.

2. Sedang aku berurusan dengan mangkuk tandas, aku terkejut bila melihat notis sedemikian rupa. Bukan tak pernah tengok, tapi aku memang berbulu la bila tengok macam ni.

3. Jika dikira, jelas menunjukkan bahawa tisu dan sabun pun bukan mahal sangat. Tak perlu berjenama. Cukup untuk kegunaan.

4. Ini benda kritikal. Aku perlukan tisu untuk mengelap tangan yang basah. Jika pada masa aku memerlukan, perlukah aku ke kaunter? Takkan aku nak keluar balik kot?

5. Gile ah, aku tak datang dah tempat macam ni. Ape kes?

6. Grrr..

MALINDO

15:22 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Tengahari tadi aku menerima panggilan telefon dari 'private number'.

2. Merasa pelik, aku mengangkat telefon aku. Seorang perempuan berbangsa indonesia memperkenalkan dirinya untuk berkawan dengan aku.

3. Perempuan tersebut berasal dari Jawa Tengah, bekerja di nursing di Hong Kong. Kemudian perempuan itu kesunyian dan jujur meneka nombor aku dan menyukai kejujuran aku.

4. Aku turut ditanya sama ada aku pernah dicium atau tidak. Aku mengatakan tidak kerana aku belum berkahwin. Dia SMS aku nombor telefonnya, dan ternyata selepas itu dia menghubungi aku menggunakan telefon tersebut, dan ianya benar dari Hong Kong.

5. Dia turut menawarkan gambar untuk ditukar sebagai pengenalan dan sesi chatting bersama di internet 25hb nanti kerana dia akan pulang ke Indonesia. Bukan gaji ke time tu?

6. Namanya Kangan Indah Ratnasari. Kelakar kan? Ya aku tahu ini semua plot untuk mendapatkan duit aku. Banyak manalah yang aku ada dalam bank itu.

7. Tapi tak apa. Mari kita lihat jauh manalah yang minah ni boleh pergi. Aku berdoa dari ditimpa musibah dan kecelakaan. Aku bukan bermain api. Aku sedang memadam api.

8. Game on!!

SESAT

12:10 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)


1. Memiliki telefon bimbit mahal memang best. Pulak dah beribu ringgit, memang nyata keseronokannya.

2. Akan tetapi jika dilihat tak ramai yang tahu menggunakannya. Pulak jika diletakkan aplikasi yang memberi manfaat pada kita.

3. Pada yang menggunakan Nokia berserta GPS, abaikanlah nokia maps. Walaupun dikata percuma, korang punye kredit tetap kene telan sebab mendapatkan maps menggunakan internet. Padan muka.

4. Gunakanlah Garmin Mobile XT. Mungkin ramai yang tahu. Kalau dah tahu tutup mulut. Jangan berperangai seperti budak-budak.

5. Ini kerana bersepah orang keliling aku yang tidak tahu menahu mengenai mobile GPS. Risiko juga agak rendah, kos juga menjimatkan.

6. Nak ke satu tempat menggunakan panduan GPS pun bukan selalu. Korang bukannya otak udang sehingga nak ke mana-mana pun pakai GPS.

7. Navigasi Garmin lebih terperinci, lebih mudah ke mana-mana, tapi ada juga masa yang die akan jadi bengong, seperti:

- carian satelit yang gila lama. Adatlah pakai handphone.
- jalan belum siap pun die sapu.
- tak semua jalan dalam dia tahu. Contohnya, jalan kampung.
- lagging sikit. Dah bayar murah. Biasalah.
- makan bateri. So belilah mobile charger with IC Protector. Baru RM20 baik punye. Kalau kaya, beli nokia original.

8. Belilah di kedai, RM30-50 lifetime warranty install. Kalau ada kawan baik yang tahu, RM20 ke, belanje makan ke. Terpulang..

9. Pakailah, ternyata ianya seronok. Pandulah dengan cermat, Garmin tidak akan menyelamatkan nyawa anda.

10. Macam aku, dah 2 tahun pakai. Memang sangat berguna apabila diperlukan.

BRIGHT LIGHT

11:53 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. New setting, new light. Bilik yang diset baru oleh adik aku..

2. Masuk ke bilik , memang rileks. Tak pening kepala. Seronok berehat, santai memanjang.

3. Lampu macam ni memang aku suka, akan aku pasang di kediaman aku satu hari nanti.

4. Tapi aku ada dengar yang lampu macam ni memberi kesan negatif. Walaupun menjimatkan elektrik, namun perlu sentiasa ditukar. Betul ke?

5. Apa pendapat kalian? Aku memang mengimpikan pencahayaan seperti ini..

SOAP OPERA

11:03 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Bila memiliki kereta, mencuci merupakan satu masalah apabila kereka menjadi kotor dan tidak bermaya.

2. Adakalanya membasuh sendiri menjimatkan. Akan tetapi, bila tak cukup masa, car wash menjadi pilihan.

3. Jika anda mencuci kereta di Terengganu, harganya RM10 tetapi di KL, ia hanya RM8.

4. Perbezaan harga yang agak ketara berikutan warga Terengganu gemar membasuh sendiri kereta mereka. Maka harga naik untuk menanggung segala kos yang ada.

5. Pelik juga, agak berlawanan dengan konsep perniagaan. Permintaan kurang, harga pulak naik.

6. Akan tetapi aku suka melihat kenderaan dibasuh oleh mereka. Sungguh tekun, rajin dan teliti.

7. Oh ya sebut pasal teliti, aku pernah berjumpa dengan seorang warga kampung aku yang gemar mencuci kereta iswara beliau sehingga rim dan tayar habis dicabut.

8. Bila hujan, sayang pula kereta itu. Maka anak bini dibawa kuyup menaiki motor. Memang bodoh.

9. Baru pakai iswara, dah hidup susah nak jaga kereta. Nasib baik tak pakai caldina..

SHOW

00:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Entertainment on the move.

2. Ini yang aku katakan kebebasan penuh di atas bas. Seperti di rumah rasanya.

3. Korang mungkin nampak bas ni macam bas bapak aku. Tapi dengan menduduki seat ini, maka korang boleh menjadikan bas ni macam bas bapak korang yang punya. Hahaha

4. Caranya mudah, pergi ke kaunter tiket, minta ''single seat, tingkat atas, depan sekali'' maka memang anda pengguna yang bijak.

5. Selamat mencuba.

BAS SIAPA

00:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. Ini Bas Sani. Teknologi tinggi. Rebutan ramai. Sungguh selesa.

2. Aku berjaya menempah tiket bagi perjalanan jauh yang meletihkan jika memandu. Bas lebih jimat, tambahan pula tidak letih. Bila tiba di KL disambut bagai VIP oleh adik-adik.

3. Aku tidak berpuashati dengan apa yang dikatakan BERAT NANANG oleh orang Terengganu dek perangai penumpang yang langsung tidak memikirkan keselesaan orang lain.

4. Bila aku menaiki bas ini, aku lihat sudah ada penumpang di seat aku. Aku lantas tersenyum dan menghulurkan tiket sambil berkata di dalam hati, ''tepilah si bodoh, tu seat aku''.

5. Lalu kau pun ketepi. Good dog.

6. Aku tengok seat aku hadapannya habis bersepah dengan makanan yang kau makan. Aku tak tahulah ayam gantung ke, babi goreng kunyit ke. Aku tak mahu ambil tahu.

7. Lepas itu kau boleh melantak dengan senang hati bersama amoi ko di dalam bas dengan sajian yang kurang enak baunya. Masih bukan masalah besar bagi aku.

8. Pulak lepas tu bila aku bukak earphone, ko usha panas. Apahal? Kau tak pernah tengok earphone ke? Atau ini mungkin earphone mendiang kau dahulu dan aku disyaki mencurinya di jirat itu? Maka itu masalah bagi aku.

9. Sungguh aku katakan, memang bangang. Ada lagi insan yang langsung tak tahu budaya 1Malaysia.

10. Harap bas sahaja berteknologi tinggi. Perangai penumpang macam binatang peliharaan mughallazah. Erghh..

FISHES

10:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Inilah pertama kali aku pergi kelaut untuk mengail.

2. Kali pertama aku memperoleh ikan sebesar peha. Kemudiannya diikuti dengan ikan yang lain.

3. Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan membuatkan aku sangat bersyukur.

4. Aku juga menyedari rupanya penat lelah seorang nelayan mencari rezeki mudan mudah.

5. Aku juga sempat mabuk laut, akan tetapi mabuk itu hilang sejurus ikan mula merenggut umpan yang diberi.

6. Aku nekad, memancing merupakan hobi utama aku selepas ini. Patutlah orang gila memancing.

THE POWER OF DREAM

10:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Aku tau korang mesti paham kan. Itulah fenomena sekarang. Tak habis dengan skim cepat kaya.

2. Itu bukan isu utama kali ini. Isu aku ialah sindiket sms. Semakin lama, semakin berleluasa. Tak paham aku bagaimana terjadi begini.

3. Bila dilihat golongan yang 'terkena' di Buletin Utama TV3, ada juga guru yang terlibat. Aku makin hairan. Mengapa guru pun boleh terkena?

4. Pendapat diminta dari laman sosial. Ramai mengatakan guru juga manusia biasa. Jawapan yang telah dijangka.

5. Guru ialah manusia BERPENGETAHUAN. Selain itu, guru juga mempunyai kelebihan berfikiran LOGIK lebih dari orang lain kerana kebolehan MERASIONAL yang tinggi.

6. Tu pendapat aku la. Mustahil boleh kena. Kalau aku terkena aku memang malu. Dengan sebijik sms menawarkan puluhan ribu ringgit pun anda sudah kelabu mata?

7. Aku selalu kena sms dan panggilan menawarkan pelbagai ganjaran lumayan. Akan tetapi setakat ini aku berjaya mem'bahan' kembali sehingga berbulu operator tersebut.

8. Jika dipukau, aku faham. Perbuatan ilmu hitam memang sukar dikesan.

9. Pada yang terkena, sabarlah.. Pada diri sendiri dan orang lain, beringatlah sama. Minta dijauhkan.

GANYUT

10:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Sedang aku hendak ke tempat kerja ada sebuah kereta milik syarikat memecut laju dari kiri seterusnya mencilok di hadapan aku.

2. Aku panas. Kau bawak macam sampah. Bontot kete ko hampir melanggar depan kete aku. Aku terpaksa brek mengejut.

3. Aku membunyikan hon 1 saat sebagai peringatan. Lepas itu aku tengok ko ke kiri. Aik? Slow pulak?

4. Bila dilihat, ko sumpah seranah aku? Apa hal ni? Bangsat nye perangai..

5. Kenapa ko bangsat? Ko dahlah bawak kereta syarikat yang dah uzur. Lepas tu ko bawak macam sial. Lepas aku hon ko menyumpah aku?

6. Aku tak kira tua atau muda. Kalau tua tak tahu respek, layak je ko dipukul sampai mati.

7. Lepas aku cuba kejar ko, ko lari pehal? Ingin aku bertanya mengapa pakcik? Bini tak bagi servis ke semalam?

8. Habis rosak mood aku bekerja di pagi hari. Mamposla ko cepat. Perangai macam fuck..

MEDIC

10:43 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Beberapa hari yang lepas aku dijangkiti penyakit gatal yang berbintik di lengan.

2. Semakin lama, penyakit gatal tersebut merebak ke atas. Melihatkan dari itu, tiba masa aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

3. Setelah diperiksa, aku didapati mengidap alergi atau digigit serangga. Mana2 satu la. Aku pun tak paham mengapa jawapannya begitu. Itu bukan satu masalah.

4. Setelah ubat diambil, aku segera menggunakannya di rumah. Yang menakjubkan aku, dalam masa 3 hari penyakit aku hilang.

5. Lengan aku beransur pulih. Sungguh hebat. Teruja aku..

6. Terima kasih kepada KKM kerana menyediakan ubat yang berkualiti yang pada aku lebih baik dari dulu.

7. Mengapa? Sebab dahulu aku pernah juga dijangkiti seperti ini. Akan tetapi ia mengambil masa berbulan untuk sembuh sebelum aku dibawa ke klinik swasta.

8. Aku bersetuju bahawa Menteri Kesihatan kita telah menjalankan tugas yang sangat baik. Terima Kasih diucapkan.

9. Teruskan menabur bakti kepada Rakyat Malaysia..

CAMP

19:35 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

Peraturan penting ketika menyertai perkhemahan:

1. Jangan celupar. Jaga mulut anda. Jangan mencabar kewibawaan penduduk di sana yang menghuni lebih lama dari anda.

2. Jaga adab di tempat orang. Jangan berkelahi. Jalani program dengan gembira dan harmoni.

3. Jaga keselamatan anda. Sebarang aktiviti di luar program mestilah dimaklumkan terlebih dahulu untuk kelulusannya.

4. Jangan keluar dari kawasan perkhemahan. Laporkan kepada pegawai bertugas terlebih dahulu untuk kelulusan.

5. Tidur awal. Tenaga anda lebih banyak diperlukan melebihi jangkaan anda.

6. Jika ada masalah kesihatan, laporkan kepada pegawai bertugas untuk makluman.

7. Dilarang membawa sebarang peralatan berharga. Serahkan kepada pegawai yang bertugas untuk disimpan. Urusetia tidak bertanggungjawab jika ia dirampas dan tertakluk kepada budi bicara urusetia program.

8. Ini nasihat untuk diri sendiri. Selamat berekreasi!