PEKAN BUDAYA

00:30 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Hari itu sangat best, ternyata best. Julung kalinya best di Marang.

2. Ya, hari itu Mus May turun bagi mempersembahkan 4 lagu yang sungguh best. 3 lagu biasa dan 1 lagu rock. Sungguh bertenaga.

3. Apa yang aku mahu katakan Kampung Kelulut tidak seperti dahulu, dikata dek orang Kelulut ni kurang maju.

4. Sekarang tidak lagi.

5. Gambar di atas jelas menunjukkan bahawa Kelulut sudah maju. Lebih maju dari dulu.

6. Namun begitu, terdapat satu lagi kemajuan yang harus diambil kira untu pembangunan kampung Kelulut tercinta.

7. STREAMYX.

SOALAN

00:04 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

Apa pendapat kalian dengan perbualan berikut:

B: Ko bilik mana?
A: 1212
B: Samalah.

A: Abang dari mana?
B: Kuantan
A: Jauh gak ye dtg sini?
B: Memanglah jauh.

A: BN menang ye bang? Hebat la.
B: Hmm.. Memang menang.

A: Esok bfast pukul brapa bang?
B: 7 kot, pehal? Tak pernah tido hotel ke?

Aku benci soalan last. Macam pantat. Semua soalan hanya sekadar untuk modal bersembang. Dilayan macam jubo jawabnya. Sabar je lah kan. Pegi mampos aku nak layan ko lepas ni. Bajet power. Huh.

Kesimpulannya, memang susah jika berurusan dengan manusia PsYcHo ni.. Huh..

WANG

23:42 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Baru-baru ini aku berpeluang berjumpa dengan salah seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia dan Singapura.

2. Setelah lama bersembang, akhirnya topik perbualan universal pun terkeluar, semestinya wang.

3. Pendapat beliau, sebagai ahli korporat, beliau tidak takut berbelanja kerana beliau tahu akan kemampuannya.

4. Apa yang beliau sedih ialah terdapat segelintir orang yang berbelanja di luar kemampuan. Apa maksudnya?

5. Berbelanja di luar kemampuan itu bukannya ibarat iklan maybankkard di TV. Tu belanja boros. Ini lebih kepada membeli kereta mewah dengan pendapatan kurang 2k.

6. Memanglah terpakai, maka kualitinya juga terpakai. Akibatnya terpakaila idop ko. Nak beli terpakai, ada caranya. Jangan tanya aku. Tanya pada penjual kereta terpakai. Mereka lebih tahu.

7. Selain itu, yang bekerja bergaji tetap juga tidaklah miskin, tapi senang la sikit hidup tu. Ibarat menunggu duit masuk, kerja banyak atau sikit, itula pendapatannya. Nak lebih? Usaha lagi lebih. Macam mana? Tanyalah ketua sektor penjawat awam. Mereka lebih tepat.

8. Jadi kalau selepas ini ada yang mempertikai aku memiliki apa yang dikatakan 'tak padan' dengan pekerjaan aku, maka sudi aku katakan G MAMPOS.

9. Duit aku, pendapatan aku, aku LEBIH TAHU..

4x4=16

23:34 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Hari itu aku berpeluang ke kedai bagi menemani seorang usahawan bertaraf sederhana ke showroom untuk memiliki kenderaan baru.

2. Kali ini seleranya lain, pacuan empat roda yang dicari. Lebih gah, lebih muatan, dan lebih bayar bulanannya.

3. Ketika ditawar pandu uji, aku berpeluang memandu jentera tersebut. Ternyata gah di jalanraya, akan tetapi aku masih berharap agar jentera seperti ini dapat diganti tayar bigfoot sebagai kepuasan.

4. Akan tetapi itu bukan soalnya. Aku geram melihat lancerGT di sebelahnya. Cukup hebat, cukup mantap. Cukup segala.

5. Cukupkah? Tidak aku rasa.

6. Berdasarkan pada penggemar kereta sukan, apa yang ditawar dengan harga adalah standard. Prestasi yang diberi tidak sehebat yang dibayar.

7. Aku tak tahulah, pada pendapat aku, apa yang kau beli, jika diambil kira pandangan orang lain, sampai bila tak cukup.

8. Macam aku, apa yang aku ada dah cukup. Asal ke mana-mana tak kuyup sudahla, daya pecutan pun tak menghampakan. Aku pun taknak laju sangat. Aku bukan pemandu F1.

9. Kepada di luar sana yang memiliki kereta cekap terutamanya kaki pecut depan rumah aku di waktu malam, ingatlah bahawa kau tu lesen biasa sahaja. Kecekapan kau tu boleh dipertikai lagi.

10. Jangan berdentum kereta kau sudahlah, pulak menyusahkan orang, yang tak berdosa mati, kau pulak hidup sihat je.

11. Inilah namanya out of topic. Tapi jelas kan mesej aku?

MESSAGE BOY

12:19 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Maaf pada diri sendiri kerana lama tak menulis. Bukan apa, sibuk bekerja. Bak kata iklan kit kat, working like a machine..

2. Dari kesempatan ini aku nak mengulas sikit berkenaan dengan kemalangan pada minggu lepas. Kemalangan yang dimaksudkan ialah motosikal melanggar basikal tua dalam masa orang sibuk hendak ke masjid.

3. Difahamkan yang penunggang itu agak parah, moto LC yang ditungganginya pulak tu masuk ke dalam parit berhampiran.. Basikal tua yang dilanggar pula putus dua dan pemiliknya meninggal di tempat kejadian, juga seorang warga emas.

4. Punca kemalangan yang berlaku? SMS.

5. Bila sebut pasal handphone, memang orang takut terutamanya bercakap pasal penggunaan handphone dalam kereta. Akan tetapi, harus diingat bahawa motosikal lebih berisiko tinggi.

6. Jikalau dilihat bersms di dalam kereta juga boleh mengundang padah, apatah lagi motosikal.

7. Akibatnya seorang nyawa terkorban.

8. Nasihat aku pada diri sendiri dan rakan yang lain, berhentilah berSMS di dalam kenderaan sekiranya kita yang mengendalikannya..

9. Bukan nak mintak perkara buruk, takut kita yang akan susah di kemudian hari..

10. Beringatlah selalu...