MESSAGE BOY

12:19 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Maaf pada diri sendiri kerana lama tak menulis. Bukan apa, sibuk bekerja. Bak kata iklan kit kat, working like a machine..

2. Dari kesempatan ini aku nak mengulas sikit berkenaan dengan kemalangan pada minggu lepas. Kemalangan yang dimaksudkan ialah motosikal melanggar basikal tua dalam masa orang sibuk hendak ke masjid.

3. Difahamkan yang penunggang itu agak parah, moto LC yang ditungganginya pulak tu masuk ke dalam parit berhampiran.. Basikal tua yang dilanggar pula putus dua dan pemiliknya meninggal di tempat kejadian, juga seorang warga emas.

4. Punca kemalangan yang berlaku? SMS.

5. Bila sebut pasal handphone, memang orang takut terutamanya bercakap pasal penggunaan handphone dalam kereta. Akan tetapi, harus diingat bahawa motosikal lebih berisiko tinggi.

6. Jikalau dilihat bersms di dalam kereta juga boleh mengundang padah, apatah lagi motosikal.

7. Akibatnya seorang nyawa terkorban.

8. Nasihat aku pada diri sendiri dan rakan yang lain, berhentilah berSMS di dalam kenderaan sekiranya kita yang mengendalikannya..

9. Bukan nak mintak perkara buruk, takut kita yang akan susah di kemudian hari..

10. Beringatlah selalu...

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on April 29, 2010 at 1:41 PM

aku setuju....nak2 pompuan kalau msg smbil drive...hangin tol aku.....follow2 blakang tetiba slow pastu bawak cm org mabuk..ketengah ketepi...bile aku potong tgk2 tgh sibuk melayan msg....hangin la aku...

Anonymous on May 29, 2010 at 12:11 AM

wei..aku pon sms sambil bawak kete..hahaha...jangan la marah aku..

Comment by Unknown on June 2, 2010 at 12:31 PM

jalak: roket saja mereka..haha
sakti: ceh, memandu saja patuh, yang lain tak patuh.. apa nak jadi? hahaha

Post a Comment