1. Baru-baru ini aku berpeluang berjumpa dengan salah seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia dan Singapura.
2. Setelah lama bersembang, akhirnya topik perbualan universal pun terkeluar, semestinya wang.
3. Pendapat beliau, sebagai ahli korporat, beliau tidak takut berbelanja kerana beliau tahu akan kemampuannya.
4. Apa yang beliau sedih ialah terdapat segelintir orang yang berbelanja di luar kemampuan. Apa maksudnya?
5. Berbelanja di luar kemampuan itu bukannya ibarat iklan maybankkard di TV. Tu belanja boros. Ini lebih kepada membeli kereta mewah dengan pendapatan kurang 2k.
6. Memanglah terpakai, maka kualitinya juga terpakai. Akibatnya terpakaila idop ko. Nak beli terpakai, ada caranya. Jangan tanya aku. Tanya pada penjual kereta terpakai. Mereka lebih tahu.
7. Selain itu, yang bekerja bergaji tetap juga tidaklah miskin, tapi senang la sikit hidup tu. Ibarat menunggu duit masuk, kerja banyak atau sikit, itula pendapatannya. Nak lebih? Usaha lagi lebih. Macam mana? Tanyalah ketua sektor penjawat awam. Mereka lebih tepat.
8. Jadi kalau selepas ini ada yang mempertikai aku memiliki apa yang dikatakan 'tak padan' dengan pekerjaan aku, maka sudi aku katakan G MAMPOS.
9. Duit aku, pendapatan aku, aku LEBIH TAHU..
3 pemikiran bernas dari masyarakat:
agree.....kita tau cmner susah nk dapatkan duit...
wei..kawan x faham...tak padan tu maksudnye ape?melebihi gaji ke ape??
jalak: ye tepat sekali..
sakti: tak setaraf la.. cikgu BI patutnya pakai CIVIC di mata mereka..
Post a Comment