ROAD COOLIE

15:02 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Inilah salah sebuah kereta yang tak guna pemikirannya.

2. Sedang aku memandu pada kelajuan 70km/j, aku perhatikan kenderaan di hadapan aku agak perlahan, kemudian membrek mengejut tanpa sebab.

3. Melihat pada itu, aku mengambil keputusan memotong dari kiri. Bila aku nak memotong, memecut pulak dah kereta itu. Kenapalah tak bagi aku potong sedangkan tadi ko bawak lagi perlahan?

4. Kejadian berasingan pulak disedari pagi tadi. Sedang aku ingin memasuki simpang, ada pulak kereta yang tidak menyedari aku memberi lampu isyarat membelok. Lalu dia nak jugak keluar dari tepi jalan tu.

5. Dahla ko tak nampak aku bagi signal. Ko hon aku pulak. Nampak macam aku yang salah. Ko tu yang berangan di pagi buta. Mamai tak abis lagi agaknya ko ni.

6. Bangang..

APA SEMUA INI

13:09 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Bila dipanggil untuk taklimat atau peringatan disiplin, semua orang bosan. Termasuk aku pada satu ketika dulu.

2. Sekarang aku tidak merasakan begitu. Generasi muda sekarang lebih gemar beraksi ganas melebihi kesanggupan stuntman bekerja.

3. Kerapkali kita mendengar laporan pelajar mati dipukul di akhbar mahupun media massa. Membunuh ibarat menepuk nyamuk sahaja. Ibarat tiada dosa.

4. Kini, terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi menyedarkan pelajar terhadap kepentingan ilmu di sekolah.

5. Jika tidak mahu menuntut ilmu, buat apa ke sekolah? Golongan inilah yang perlu disedarkan.

6. Kebiasaannya, golongan seperti ini akan sedar satu hari nanti, di mana rakan sebaya mendapat nasib yang lebih baik dari usaha sendiri. Masa itu, menyesal tiada gunanya.

7. Sebagai masyarakat prihatin, adalah tanggungjawab kita bersama ''membasuh otak'' golongan seperti ini supaya mereka akan berterima kasih kepada kita di kemudian hari..

3G

13:08 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Kebelakangan ini hampir semua memiliki telefon bimbit sama ada kaya atau miskin, muda atau tua.

2. Aku ingin mengulas perbuatan golongan muda membawa telefon ke sekolah. Memang tidak dapat dinafikan telefon merupakan satu keperluan. Akan tetapi jika di sekolah, ia tidak perlu dibawa.

3. Keburukan membawa telefon bimbit di sekolah:
- risiko kecurian
- mengganggu sesi P&P
- budaya gangsterisme
- penyalahgunaan bahan lucah
- pencerobohan privasi
- menggugat ketenteraman sekolah

4. Jadi cukuplah membuktikan bahawa ia memberi terlalu banyak keburukan dari kebaikan berhubung.

5. Akan tetapi, aku merasakan jika pelajar tingkatan 6 dapat diberi pengecualian seperti undang-undang di kolej, maka telefon bimbit boleh dijadikan sebagai kemudahan.

6. Memang tidak dapat dinafikan kawasan sekolah merupakan kawasan larangan pelajar membawa telefon, maka aku juga bersetuju dengan hujah rasional aku di atas.

7. Pelajar STPM boleh diberi sedikit keistimewaan dan ia akan memberi lebih kesan positif sekiranya berbuat demikian namun bersyarat seperti:
- telefon dimatikan dan disimpan di meja guru sepanjang waktu P&P
- telefon dirampas secara kekal sekiranya disalahgunakan semasa P&P
- kandungan telefon berhak diperiksa secara mengejut
- telefon hanya boleh digunakan pada waktu lapang, waktu rehat dan waktu luar sekolah

8. Itu hanya pendapat aku, salah seorang penyampai suara-suara kecil sahaja. Bukannya satu isu yang besar. Hanya sebagai bonus tambahan kepada pelajar luar sana yang mengaitkan pelajar kolej dan STPM.

SAMPAH MEWAH

23:14 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

1. Aku baru sahaja pulang dari satu perjalanan yang mendebarkan. Ya, sungguh mendebarkan setelah memikirkannya.

2. Dalam perjalanan pulang sebentar tadi, aku sedang memandu pada kelajuan 80km/j.

3. Sedang aku memandu, aku nampak sebuah kereta mewah berjenama Mercedes sedang memotong, dari arah bertentangan.

4. Yang menakutkan aku, kereta itu tidak masuk ke lorong sepatutnya, masih lagi cuba memotong sehingga aku terpaksa ke tepi jalan bagi mengelak kemalangan.

5. Bila dipandang melalui cermin belakang, aku tak sempat mengambil nombor platnya. Masih lagi cuba memotong walaupun hadapannya selekoh.

6. Ada lesen ke LEMBU ni? Bisik aku di dalam hati.

7. Aku tahu kereta mewah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang terbaik dari kereta yang lain. Itu tidak bermaksud ko boleh bawak sesuka hati.

8. Tambahan pulak, banyak je aku tengok orang mati dalam kereta mewah seperti itu. Menurut cerita yang aku dengar, ciri keselamatan kereta mewah hanya mampu menahan sehingga 110km/j.

9. Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Aku tak pernah pula memiliki kereta seperti itu.

10. Yang penting, bayangkan jika sekeluarga di hadapan anda yang tidak berdosa menaiki kancil, dan kerana kesilapan ko yang macam LEMBU, yang tak berdosa menjadi mangsa.

11. Adakalnya aku berfikir bahawa golongan yang memandu seperti ini harus ditarik balik lesennya. Bagi sahaja lesen B2. Ko rempitlah sampai mampos. Aku boleh tolong tanam.

12. Perangai macam sampah..

PERANGAI

21:27 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Gambar ini dipilih oleh kerana ia berkaitan dengan apa yang aku nak ceritakan kali ini.

2. 3 minggu lepas seorang keluarga kehilangan seorang anak yang dipercayai diculik. Pada pendapat aku ianya sungguh menyayat hati.

3. Aku juga menyimpan niat agar jika aku terserempak dengan mereka yang bersama ini, segera aku akan melaporkannya supaya anak tersebut kembali ke pangkuan ibu bapanya.

4. Itu bukan cerita utama.

5. Yang aku panas bila aku mengetahui ada pihak yang membuat panggilan palsu dan meminta wang ganjaran berkaitan atas maklumat palsu yang akan diberi.

6. Apa masalah kau? Tak ada duit, pergi cari. Jangan menyusahkan orang. Pulak tu ibu bapa anak itu bersedih dan siang malam mencari anaknya, ko pulak sibuk mengambil kesempatan.

7. Jadi aku nak tahu sangat, siapa punya kerja yang sanggup menambah keperitan luka pasangan yang anaknya diculik ini.

8. Kalaulah ianya angkara pelajar sekolah menengah, hantar je ke sekolah Henry Gurney.

9. Tapi kalau dah besar, belasah je sampai lunyai. Hidup tahu menyusahkan orang, nak duit senang..

10. Tu cuma perasaan aku. Terlalu geram dek melihat rintihan ibu bapa di kaca TV sebentar tadi.

Apa nak jadi?

BLOODY

15:57 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Hari ini aku menderma darah buat pertama kalinya di tempat aku bekerja.

2. Sungguh seronok sebelum menderma, sungguh letih selepas menderma. Aku tak takut, cuma agak gerun melihat jarum yang agak besar.

3. Sambil itu, aku berbual bersama kakitangan yang bertugas, katanya, darah yang diambil akan disimpan selama sebulan sebelum ianya tidak boleh digunakan lagi.

4. Akan tetapi belum pernah lagi darah ini dibuang kerana tak sampai seminggu, darah yang ada habis digunakan bagi pembekalan bagi pembedahan, mangsa kemalangan dan sebagainya.

5. Aku bersedih, kerana darah yang ada di negara kita tidak cukup. Sungguh memilukan apabila negara kita yang serba kaya dan canggih, darah juga yang tak cukup.

6. Darah itu kita dapat dengan percuma, apa salahnya jika kita bagi percuma. Ianya lebih berharga dari wang ringgit.

7. Jangan tunggu, jangan beralasan.. Jika layak, dermalah darah anda..

BUMI HIJAU

07:31 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. Aku tak berapa suka sos cili. Akan tetapi aku sangat gemar dengan cili. Makan macam gila. Memang best.

2. Setelah lama bermusafir, (ceh macam berhari-hari) maka aku selamat tiba disini. Pelbagai ranjau ditempuhi, termasuklah menyaksikan 'Mat Rempit' (celakalah anda) kemalangan. Adatlah, memang biasa.

3. Di kedai di Marang, terdapat sebuah kedai makan yang tidak pernah berkira dalam memuaskan hati pelanggan. Sepanjang aku ke kedai ini, nasi goreng cili api yang terbaik.

4. Bukan niat merendahkan kedai lain. Aku mendapati cara masakan kena dengan selera aku. Meskipun aku tidak cerewet (tengok perutlah beb), namun aku sentiasa mengidamkan masakan panas dan pedas melampau.

5. Ternyata kedai ini membuktikannya. Cili api tak kedekut. Aku suka. Semua aku makan sampai licin. Penuh aksi.

6. Bagaimana dengan selera anda?

PERGI

07:30 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. Sedih rasa hatiku bila meninggalkan Kuala Lumpur metropolitan yang memberikan seribu satu warna dalam kehidupanku.

2. Dan akhirnya aku selamat tiba di kampung halaman. Syukur pada yang esa.

3. Waktu aku bertolak pergi, aku memandu perlahan, sayu meninggalkan 'kebahagiaan' yang berada disini.

4. Ini tidak bermaksud bahawa aku tidak menyukai duduk di sana. Akan tetapi aku dibesarkan di sini, dan terbukti bahawa jiwa aku juga disini.

5. Jiwa? Ya, benar kata bapa saudara aku. Jiwa aku jiwa KL. Tidak sesuai untuk duduk di kawasan kampung. Pekan moden mana sekalipun tidak akan sama dengan apa yang jiwa aku harapkan.

6. Namun begitu, aku terima dengan hati terbuka. Aku sedar bahawa perjalanan hidup ini tetap akan diteruskan tidak kira kemana aku berada.

7. Persoalannya, bagaimana aku harus melatih jiwa aku untuk membiasakan diri dengan suasana kampung. Ya, memang tidak dapat dinafikan. Agak sukar.

8. Banyak masalah kecil jika diutarakan, menjadi semakin besar. Cara penyelesaian dengan 'just ignore' ataupun 'let it be' adalah yang terbaik.

9. Pokok pangkalnya, aku tetap suka duduk di Kuala Lumpur. Bukan kerana aku seorang yang manja, akan tetapi tiada apa yang lebih baik melainkan RUMAH SENDIRI.

10. Oh Kuala Lumpur, tunggu kepulangan aku pada cuti akhir tahun nanti..

TOL

00:41 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Memang tidak dapat dinafikan bekerja secara rutin yang sama memang membosankan. Lebih-lebih lagi jika bekerja sedemikian rupa pada lewat malam.

2. Sedang aku melalui salah sebuah plaza tol, aku melihat kereta di depan aku melakukan kesilapan yang melecehkan pekerja tol tersebut.

3. Kemudian tiba giliran aku untuk membayar tol itu, maka aku agak terpesona melihat awek yang boleh tahan rupa parasnya.

4. Aku membayar tol tersebut dengan nilai RM1 = 50sen+20sen+20sen+5sen+5sen.. 5sen? Yaa, plaza tol lah tempat aku membayar 5sen kerana besepah dalam kereta aku. Hahaha

5. Bila mahu membayar, duit syiling diambil dengan kasar, maka terjatuhlah 5sen yang malang itu.

6. Lepas tu aku diperhatikan dengan muka ketat. Aku pun sebut la ''tu, 5sen kat bawah''

7. Boleh plak ko bermuka ketat lagi likat selepas itu? Ape masalah ko? Dahla ko sepahkan syiling aku. Pegi mampos la aku nak bayar dengan apapun. Dah ko dibayar untuk kutip duit. Ambil sajalah.

8. Memang sah, PERIOD kot. Huh, bajet cun. Macam jubo..

LANGGAR CARI

19:14 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Beginilah keadaan kereta aku selepas bumper belakang di baiki semula. Belum cat saja lagi.

2. Ceritanya? Sedang aku memandu di salah satu jalan sibuk di KL, muncul beberapa buah kereta VIP diiringi polis trafik meminta untuk memberi laluan.

3. Apabila semua kereta memberi laluan, maka jalan akan jadi sesak, brek mengejut ditekan untuk mengelak hentaman dihadapan.

4. Akan tetapi apa yang berlaku sebuah motosikal dari belakang melanggar bahagian belakang dengan kuat. Rasa marah? Tidak, penyelesaian boleh dicari.

5. Apa yang berlaku? Motosikal itu bangun semula, dan beredar begitu sahaja. Usaha mengejar gagal kerana jalanraya agak sesak ketika itu.

6. Aku ingat no plat kau, nampak warna moto agak baru, aku mengesyaki motor kau disalin. Bila kau lari, aku pun saspek juga yang motor kau tu motor panas.

7. Apakan daya, kau dah lari. Aku tak repot polis. Aku ''repot'' pada yang lebih berkuasa.

8. Persoalannya, langgar bukan masalah. Tapi kau LARI. Bukan aku nak apa pun, cukuplah maaf sebagai pengganti. Duit yang ada pun oleh diberi setakat yang ada kalau tak mampu. Itu pun kalau kau nak bayar la.

9. Aku juga pernah melakukan kesalahan yang sama. Aku dilihat lari, tidak pun. Aku telefon balik brader tu nak ajak minum, dan ingin membayar kos gantirugi. Itu sahaja.

10. Itu sebab la aku anti mat rempit, cara kau bawak motor menonong tadi pun aku dah tau. Motor lain tak langgar belakang aku pun tadi?

11. Tak apa, aku ingat no plat, motor dan warna kau. Dengan helmet sekali aku ingat. Sekali 'jackpot' di mana-mana, ketahuilah hari kau telahpun tiba.

12. Aku benci manusia langgar LARI.. Sebaiknya, langgar CARI tindakan yang paling terpuji.

DINERS CLUB (BIG SHOW)

01:55 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

Tengok sendiri..

Makanan:
- Nasi Goreng Ketam,
- Arabbiata Meatball Bolognaise
- Anti Pasto

Minuman:
- Ribena Longan
- Honey Peach Mango
- Mango Yogurt

Jumlah Keseluruhan: RM130

1. Aku diminta oleh rakan-rakan sebaya untuk bersama ke salah sebuah gerai makan terkenal di Kelana Jaya.

2. Kedai makan ini dinamakan William Cafe kerana kehebatannya menyajikan masakan yang bertaraf antarabangsa dalam suasana bersahaja dan santai.

3. Pada mulanya, aku agak sangsi dengan ajakan kedua kerana aku masih tidak puas dengan apa yang telah disajikan tengahari tadi. Namun, atas ajakan kawan yang lain maka aku gagahi jua.

4. Perjalanan yang agak jauh juga merupakan satu cabaran kerana lokasi berikut di kelana jaya.

5. Setelah rakan sendiri memanggil untuk pesanan, pulak pelayan itu bersahaja tanpa buku dan pen di tangan, segala menu panjang lebar disebut dengan aku tercengang mendengarnya.

6. Dah macam aku tahu kan? Kawan aku order sajalah. Dinasihatkan bila memesan, 3 hidangan sahaja sudah memadai. 4 pinggan kosong juga perlu disertakan.

7. Bila makanan tersebut sampai, memang gila kuantitinya. Kami berempat tidak mampu menghabiskannya. Semua pulang dalam keadaan SEBU.

8. Aku menyarankan kalian semua WAJIB ke kedai makan ini. Nampak biasa, tapi luar biasa makanannya. William Cafe di Taman Maiyang Jaya. Korang pasti tak menyesal.

9. Akan tetapi suka aku menasihatkan datang bukan pada hari Sabtu dan Ahad. Penuh table, perlu menunggu pengunjung habis makan untuk duduk bersantap. Bukan table tak cukup, jauh mata memandang dah. Permintaan memang tinggi.

10. Jangan lupa, add juga di Facebook sekali, korang akan tahu sendiri.

11. Dah, aku tak larat tulis.. Kekenyangan.. Burkpppp..

KAW KAW

15:52 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Inilah pemandangan di dalam sebuah restoran terkemuka di KL.

2. Restoran ini menawarkan sajian unik ala thai dan vietnam. Sekali dilihat menunya, sungguh teruja melihat nama sajian dan tentunya, harganya.

3. Melihatkan nama yang menarik dan harga yang bombastik, aku memesan salah sebuah sajian berasal dari Vietnam. Bila dihidang, ternyata terlalu ringkas. Seperti mihun kasar sup daging.

4. Melihatkan aku mungkin tidak kekenyangan, segera aku memesan nasi jasmine glutinous rice tanpa melihat harganya. 1 cedok rm4 beb.

5. Selepas itu, aku memesan juga egg special ape ntah namanya, bila dihidang, ternyata ianya telur dadar. Harganya melebihi sekeping not berwarna merah.

6. Aku merumuskan makan tengahari aku bersama rakan aku sebagai satu pengajaran. Aku takkan pergi ke asian cuisine. Ini ternyata sajian unik untuk mat saleh.

7. Mengapa? Pada pendapat aku, mak aku di rumah juga mampu menyediakan 'Asian Cuisine' seperti sajian anda. Keh3

8. Namun begitu, ada juga masakan yang dihidangkan lebih baik dari rumah kerana bahan-bahannya sukar didapati di negara kita.

LAPANG

10:33 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Inilah aktiviti masa cuti.. Minum dan minum. Lepas tu keluar lepak minum. Balik buang air, minum air balik lepas tu. Memang tak ada kerja.

2. Jadi cuti panjang yang disandarkan pada hari persekolahan memang best. Nak buat macam mana, dah memang macam tu.

3. Mari dengar pendapat masyarakat time cuti:

''Best la kau, gaji jalan cuti tak hengat, joli sakan la kau''

''Ko pikir la, mana ada kerja cuti macam ni, mau bengkrap syarikat beb kalo semua kerja ada cuti macam ni''

''Aku cube gak apply, bukan apa, best tgk ko ni ha, cuti panjang cmsial''

4. Bernas, logik dan membanggakan. Tapi apa pendapat selepas cuti?

''Gile la, tahan pulak aku tengok kau buat kerja macam ni''

''Kau tengokla, padan ape dengan bayaran kau, kerja macam nak gile, kalo syarikat ni, dah berbilion untung beb''

''Tu sebab aku taknak kerja macam kau, aku memule nak gak apply tp pikir balik tengok kau kerja macam ni biol pulak aku nanti''

5. Kerja apa yang senang? Multilevel? Buat duit di mana-mana laman web? Dah macam-macam cerita aku dengar..

6. Berniaga? Risiko pulak. Sanggup kau tanggung? Cakap saja boleh je. Yang berjaya berapa ramai? Yang gagal berapa ramai? Ada backup plan?

7. Siapa nak bagi cuti lama? Akan tetapi siapa yang tahan dengan letihnya kerja? Tak tahan kerja, JANGAN KERJA.

8. Nak lebih, usaha lebih.. Jangan tengok dan berkata sahaja..

Cuti pun jadi isu ke? Huh..

KOPI PUTIH

23:58 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Melepak di restoran terkemuka memang best, tidak begitu ramai kerana tak semua mahu berbelanja lebih, termasuk aku yang gembira jika dibelanjai rakan-rakan.

2. Disamping lama tak jumpa, cerita terkini tentang masing-masing harus dikongsi bersama. Santai dan bersahaja.

3. Mendengar cerita kawan yang berpendapatan ribuan ringgit melebihi sebelah tangan, geram rasanya dengan kemewahan yang dikecapi.

4. Akan tetapi, jika didengar letihnya mencari rezeki, kesyukuran pula timbul di dalam hati.

5. Aku berkata pada diri sendiri dan juga yang lain, kerja bukan persoalan. Akan tetapi kesanggupan dalam membanting tulang, memerah keringat fizikal mahupun mental itulah yang penting.

6. Aku berbangga dengan rakanku, biarpun letih, tapi tidak putus asa. Nasihat aku pada diri sendiri dan masyarakat di luar sana, janganlah melompat kerja kerana ianya merugikan.

7. Semestinya rezeki itu bergantung pada usaha masing-masing. Tidak lupa juga itu semua kurnia dari Yang Maha Esa.

MASIN

14:29 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Aku baru sahaja lepas makan tengahari bersama bapa saudara aku di salah satu restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

2. Bila aku sampai disitu aku cukup terkejut dengan umat manusia memenuhi kedai makan tersebut. Apa rahsia kemajuan kedai makan ini aku pun tak tahu.

3. Bila aku melihat papan tanda yang disediakan, jelas menunjukkan ayam kampung menjadi tarikan utama sajian disini.

4. Bila aku mahu memesan makanan, aku cukup berbulu kerana perlu bersabar menunggu giliran untuk mengambil lauk yang disediakan. Ianya bukan soal masa, akan tetapi serabut dek kerana ramainya orang berebut untuk mengambil lauk.

5. Dari situ, aku merasakan tiada makna untuk aku memilih, maka aku ambil sahaja apa yang ada di depan mata.

6. Kuahnya masin, lauknya tidak seberapa. Mungkin aku tidak mengambil ayam kampung, sedap aku mengata.

7. Kesimpulannya, aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan padaku. Akan tetapi, soal kedai makan ini perlu diberi perhatian.

8. Kedai makan ini perlu mengupah pekerja lebih ramai untuk melayan kerenah pelanggan termasuk aku.

9. Pokok pangkalnya, sajian ayam kampung juga aku tidak merasakan menarik kerana aku sudah muak. Mungkin juga sekarang ini aku menetap di kampung, maka sajian ini dilihat istimewa untuk golongan bandar.

10. Melihat dari ini, aku berpendapat kedai makan di serdang lebih baik. Namun tiada yang lebih baik dari menikmati sajian mak di rumah..

PUISI FANTASI(AL)

12:31 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

Perjalanan itu
Memberi satu makna
Liku kehidupan palsu

Apa maknanya kepimpinan
Jika disandari penipuan
Jika diselubungi kemungkaran
Jika jauh dari.. Keberkatan

Apa maknanya
Jika mewah dan kaya
Tapi itu dunia semata
Kelak menghadap juga
Yang Maha Esa

Apa maknanya
Mempunyai seribu belaan
Ibarat si bomoh sesat
bertuhankan..
Pemujaan

Sampai bila
Terusnya permainan
Dengan janji kemenangan
Hanya satu kenangan

Ingatlah
Masa berlalu hanya
Bukan sekadar pergi
Akan tiba suatu hari
Aku akan sendiri
BERAKSI..

PANODRAMA

23:54 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Sekarang ini aku sedang menghayati pemandangan KL bersama adik tercinta. Syahdu rasanya.

2. Aku lihat di Bukit Ampang ni dah tak macam dulu, banyak gerai makanan dibuka, sungguh mudah untuk membeli makanan dan minuman ringan yang lain.

3. Di samping menikmati makanan ringan, segala isu syahdu, perancangan masa depan, kenangan lampau mula menggamit perasaan. Sentimental jugak la duduk sini.

4. Pulak tu ade kedai mendendangkan rock kapak - ''bunga cinta yang dulu mekar mewangi..'' Pergh syahdu sungguh.

5. Akan tetapi jauh di sudut hati aku mengenangkan Bukit Ampang dahulu - gelap gelita cahaya neon jauh dari KL menyegarkan mata. Lebih syahdu..

6. Tidak kurang juga, kurang sampah, di depan aku saja, berlambak sampah dan tikus mencari sisa makanan yang tertinggal.

7. Aku berharap pihak berkenaan dapat mengusahakan cara untuk memastikan kawasan ni bersih. Kawasan ni pun merupakan tarikan pelancong jugak selain dari Bukit Permai.

8. Ada masa, jangan lupa bawak awek dan rakan taulan ke sini. Tak tipu cakap lu.. Memang syahdu.. View terbaekk..

RIM BENGKOK

15:07 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Hari itu aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar perempuan yang terkenal dengan keayuan dan kesopanannya.

2. Punca kematian? Kemalangan motosikal.

3. Macammana boleh berlaku? Dilanggar dengan motosikal lain yang melalui jalan bertentangan. Kejadian berlaku semasa mangsa memberhentikan motosikalnya di simpang berdekatan.

4. Siapa langgar? Budak muda yang disyaki mat rempit, menunggang motosikal dengan sesuka hati.

5. Moral? Ikut peraturan, jangan terikut sangat, dahlah time tu tengah sibuk, nak jadi hero lagi. Yang tidak berdosa juga menjadi mangsa.

6. Apa nak jadi, cakap banyak susah, tak cakap banyak pun susah.

7. Nasihat untuk aku, beringatlah.. Jalan raya membawa seribu kemungkinan yang tidak pasti. Aku berdoa dicegah dari sebarang keburukan..

SOTONG

15:02 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Aku nak kongsikan bersama apa yang berlaku akhir-akhir ini.

2. Sebagai seorang yang sporting, aku mementingkan hubungan di luar waktu kerja, pada masa ini hubungan profesionak diketepikan dan segala isu-isu yang tisak penting boleh dikongsi bersama.

3. Dalam ertikata lain, mengumpat ,mengata atau mendapatkan informasi yang sulit bolehlah diperbincangkan pada masa ini. Paling tidak, lawak bodoh dan cerita kedai kopi diutamakan.

4. Semasa aku melepak sambil makan sotong goreng tepung bersama 'afiliate' aku, mereka melahirkan keinginan untuk menjadi seorang guru.

5. Akan tetapi ianya disampuk oleh seorang mamat kurang ajar yang agak berumur di meja sebelah..

''Mintak maaf la, jadi cikgu ni tak payah la. Buang masa je pun. Ko nak buat apa jadi cikgu? Amik master? Ko nak pegi mana? Buang masa..''

6. Jadi aku pun bertanyalah siapa beliau, maka beliau memperkenalkan diri sebagai salah seorang guru di sekolah rendah yang agak jauh dari situ.

7. Maka aku pun 'dinasihatkan' yang sama untuk tidak menceburi bidang yang sama kerana kesusahan yang dihadapi, dan beban tugas yang banyak.

8. Aku jujur ingin bertanya, apa beban yang dimaksudkan? Aku juga merasai apa yang diperkatakan sebagai beban, namun aku tetap bersyukur kerana diberi satu pekerjaan yang tidak semua mampu untuk memikulnya.

9. Beliau tidak mengulas lanjut, menandakan tidak tahu langsung beban kerja yang ada. Lepas tu ditegur juga, ''Korang nak pakai kereta besar? Rumah besar? Hutang je pun semua tu, keliling pinggang.''

10. Apa bezanya dengan kerja lain? Boleh beli rumah dan kereta cash ke? Kalo boleh, nak ke ko beli cash? Cakap apa ni?

11. Point aku, jangan halang orang nak jadi apa kalau tahu sekadar bercakap. Aku tahu ko cikgu, babi ape sampai beriye halang orang nak jadi cikgu? Dah ko pencen esok? Sape yang nak pikul kerja ko? Anak ko? Mak sedara ko? Adik ko?

12. Dahla tak bagi salam. Melayu apa macam ni. Dah tu bukan nak bawak berbincang, tau pangkah topik orang.

13. Inilah yang dikatakan oleh En. Osman - tak bersyukur jadi cikgu..