MASIN

14:29 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Aku baru sahaja lepas makan tengahari bersama bapa saudara aku di salah satu restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

2. Bila aku sampai disitu aku cukup terkejut dengan umat manusia memenuhi kedai makan tersebut. Apa rahsia kemajuan kedai makan ini aku pun tak tahu.

3. Bila aku melihat papan tanda yang disediakan, jelas menunjukkan ayam kampung menjadi tarikan utama sajian disini.

4. Bila aku mahu memesan makanan, aku cukup berbulu kerana perlu bersabar menunggu giliran untuk mengambil lauk yang disediakan. Ianya bukan soal masa, akan tetapi serabut dek kerana ramainya orang berebut untuk mengambil lauk.

5. Dari situ, aku merasakan tiada makna untuk aku memilih, maka aku ambil sahaja apa yang ada di depan mata.

6. Kuahnya masin, lauknya tidak seberapa. Mungkin aku tidak mengambil ayam kampung, sedap aku mengata.

7. Kesimpulannya, aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan padaku. Akan tetapi, soal kedai makan ini perlu diberi perhatian.

8. Kedai makan ini perlu mengupah pekerja lebih ramai untuk melayan kerenah pelanggan termasuk aku.

9. Pokok pangkalnya, sajian ayam kampung juga aku tidak merasakan menarik kerana aku sudah muak. Mungkin juga sekarang ini aku menetap di kampung, maka sajian ini dilihat istimewa untuk golongan bandar.

10. Melihat dari ini, aku berpendapat kedai makan di serdang lebih baik. Namun tiada yang lebih baik dari menikmati sajian mak di rumah..

2 pemikiran bernas dari masyarakat:

Anonymous on June 14, 2010 at 9:07 PM

aku dah cakap..kedai makan sekarang ni cuma nak mengaut keuntungan je..orang ramai pon belasah je makan sambil menunjukkan tanda bagus..padahal, ntah pape masakannya..datangla rumah kalau ingin menikmati masi goreng atau mi kari..haha...seperti dulu..tapi bukan skarang la...hakhakhak..nanti raya...

Comment by Unknown on June 15, 2010 at 10:20 AM

nasi goreng aksi tetap dinantikan ketika raya nanti.. memang aku tunggu.. hehehe

Post a Comment