LANGGAR CARI

19:14 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Beginilah keadaan kereta aku selepas bumper belakang di baiki semula. Belum cat saja lagi.

2. Ceritanya? Sedang aku memandu di salah satu jalan sibuk di KL, muncul beberapa buah kereta VIP diiringi polis trafik meminta untuk memberi laluan.

3. Apabila semua kereta memberi laluan, maka jalan akan jadi sesak, brek mengejut ditekan untuk mengelak hentaman dihadapan.

4. Akan tetapi apa yang berlaku sebuah motosikal dari belakang melanggar bahagian belakang dengan kuat. Rasa marah? Tidak, penyelesaian boleh dicari.

5. Apa yang berlaku? Motosikal itu bangun semula, dan beredar begitu sahaja. Usaha mengejar gagal kerana jalanraya agak sesak ketika itu.

6. Aku ingat no plat kau, nampak warna moto agak baru, aku mengesyaki motor kau disalin. Bila kau lari, aku pun saspek juga yang motor kau tu motor panas.

7. Apakan daya, kau dah lari. Aku tak repot polis. Aku ''repot'' pada yang lebih berkuasa.

8. Persoalannya, langgar bukan masalah. Tapi kau LARI. Bukan aku nak apa pun, cukuplah maaf sebagai pengganti. Duit yang ada pun oleh diberi setakat yang ada kalau tak mampu. Itu pun kalau kau nak bayar la.

9. Aku juga pernah melakukan kesalahan yang sama. Aku dilihat lari, tidak pun. Aku telefon balik brader tu nak ajak minum, dan ingin membayar kos gantirugi. Itu sahaja.

10. Itu sebab la aku anti mat rempit, cara kau bawak motor menonong tadi pun aku dah tau. Motor lain tak langgar belakang aku pun tadi?

11. Tak apa, aku ingat no plat, motor dan warna kau. Dengan helmet sekali aku ingat. Sekali 'jackpot' di mana-mana, ketahuilah hari kau telahpun tiba.

12. Aku benci manusia langgar LARI.. Sebaiknya, langgar CARI tindakan yang paling terpuji.

4 pemikiran bernas dari masyarakat:

Anonymous on June 16, 2010 at 7:32 PM

adoi..aku bersimpati..aku tahu kau berhemah..aku yakin kau tak bersalah..tu la..kau bukan vip..lain kali tampal sticker vip mekdi

Comment by Unknown on June 17, 2010 at 8:59 AM

VIP mekdi x memberi kesan.. silap-silap dilanggar mat rempit yang bekeje part time sebagai delivery mekdi.. (cynical)

Comment by Jalak Lenteng on June 19, 2010 at 1:56 AM

susah skit la nk trace joseph sebab di bandaraya...ntah dari pelusuk mane dah...tp x per...dlm pemerhatian...msg anda telah sy fowardkan......

Comment by Unknown on June 20, 2010 at 12:35 PM

terima kasih bro.. hehehe

Post a Comment