1. seringkali aku tengok ada kumpulan yang selalu berjalan kaki untuk keluar makan di medan selera cenderawasih.
2. teringat juga satu ketika dahulu bila aku berjalan keluar bagai nak rak semata-mata untuk mengisi perut yang kosong.
3. akan tetapi pada hari ini aku sungguh bersyukur kerana dikurniakan kemudahan yang sangat membantu..
4. ada juga aku perasan ada segelintir golongan yang pada mulanya hidup dengan berjalan kaki.. aku sungguh berbangga dengan golongan ini pada mulanya..
5. akan tetapi selepas itu aku rasa golongan ini tidak perlu dihormati lagi..
6. pada mulanya hiduplah dengan meminjam motor.. akan tetapi selepas dapat motor sendiri, mulalah rasa nak beraksi.. naik motor 3 orang sekali mungkin masih boleh diterima lagi.. kalau 3 motor beriringan sekali macam mana pulak?
7. rasa diri seperti rempit sejati.. mula beraksi di litar kampus IPGM.. walhal x sedar diri itu bakal guru satu hari nanti..
8. kemana-mana laju dengan motor.. laju sudah mesti.. STUNT mesti diselitkan dalam setiap penunggangan kemana-mana.. walaupun di depan blok asrama..
9. parking motor pun biadab, langsung tak menghormati golongan berkenderaan yang lain, tak kiralah ada ke tak ada stiker pun..
10. percayalah, kalau aku tak doakan eksiden, pasti aku akan buat cubaan langgar satu hari nanti..
11. ingatlah ini INSTITUT, bukan ESTET..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 pemikiran bernas dari masyarakat:
masalah parking moto memang selalu dibicarakan dalam mesyuarat blok....penduduk makin ramai tp x de usaha dijalankan...pe salahnye klu die tarik ckit tepi kantin ni wat tempat parking....memang keluar modal ckit tp sistem lalu lintas mungkin lebih teratur dan tampak lebih bersistematik...mengenai guru2 rempit ni....ape bleh buat...pikir mak bapak dieorg je bayar cukai...tu selambe hanjing je dieorg bukak track dalam maktab....heran..yang pelik...even x de awek maktab mintak autograph ke pe....but still dieorg wat juga...complet B....bodoh,bengap,bahlul...
Kawan bukan mau bersikap prejudis atau melakukan sebarang pakatan,tetapi kumpulan2 rempit yang gemar beriringan dan menunggang secara estet ini mengukuhkan lagi stereotaip negatif yang dari dahulu lagi telah diketahui umum..
Kawan rasa golongan ini belum pernah ditegur dengan keras oleh kita semua..kawan juga hampir bertembung dengan golongan ini yang gemar melakukan aksi beriringan dan menyongsang arus..kawan memberi amaran keras kepada golongan ini..andaikata kalian bertembung dengan kawan dan akibatnya kawan bersepah,nescaya muka kalian yang berkilat itu akan pecah dan berdarah jadinya makan penumbuk kawan..
Uhhh, terase insaf plak aku!! =p!
hehehe...
hamba bersetuju sangat dengan luahan perasaan tuan hamba.....
hamba pun turut mengalami perasaan yang sama seperti tuan hamba.....
bak kata seorang pengacara rancangan televisyen, ape kejadahnya jika diteruskan perkara ini berlaku.....
adakah salah orang yang membuat litar di dalam kampus ini???
lagi satu, bukan setakat mat motor2 ni je....yang jalan beriringan sampai penuh satu jalan pun ada.....xkirala warna kulit ape sekalipun.....tapi sudah semestinya satu jantina....
adakah punggung diorang sudah terlapik dengan besi keras? atau kenderaan kita yang terlalu lembut untuk melanggar punggung diorang???
renung2 kan dan selamat beramal...
selamat beramal.. i like da word.. hahaha
Post a Comment