1. baru-baru ni aku ada berhubung dengan seorang kawan lama. niat aku hanyalah untuk bertanyakan khabar dan megetahui perkembangan seasa seorang kawan. tidak lupa juga tujuan aku untuk meminta maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata.
2. nyatalah tindakan aku ini telah mencetuskan satu isu yang boleh aku katakan kali ini.
3. aku minta maaf secara terbuka jika ada pembaca dalam blog ini sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan penulisan aku dalam blog ini.
4. sebagai langkah keselamatan dan untuk mencapai kepuasan antara kedua-dua belah pihak, blog yang berkenaan telah dipadam dari bacaan umum selepas ini.
5. tapi ingin aku nyatakan di sini, blog yang ditulis tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. waimah apa yang ditulis berkait atau tidak, itu terpulang pada pembaca itu sendiri. (lihat pada post yang pertama, dari kawan kepada kawan..)
6. jika terasa dengan apa yang ditulis, apa lagi yang boleh aku katakan, penulisan aku berasaskan persepsi umum terhadap apa yang berlaku.
7. aku menulis blog hanya sekadar untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkaitan dengan diri aku.
8. sebarang kejadian, insiden, atau perkara yang berlaku yang BERKAIT dengaan diri aku sahaja yang aku akan berkaan komen disini. aku tak ada kebolehan untuk meluahkan perasaan bagi pihak orang lain.
9. sebagai insan yang melakukan kesilapan, sepatutnya kita insaf. dan aku insaf. aku berharap orang lain juga akan insaf. apa yang berlaku tetap berlaku. jangan jadikan insan lain sebagai sasaran untuk melepaskan marah semata-mata insan tersebut mengulas apa yang diperkatakan.
10. aku juga ada hak bersuara, begitu juga dengan hak orang lain untuk bersuara..
11. jika terdapat rasa tidak puas hati, tinggalkan komen. jangan tinggalkan alfatihah kepada pemunya blog hanya kerana mengharapkan baalasan yang setimpal, walhal insan yang disedekahkan alfatihah itu sentiasa memohan kepada ilahi agar dijauhkaan dari malapetaka seperti apa yang telah berlaku.
12. pokok pangkalnya, jika ada apa rasa yang tidak puas hati, tinggalkan komen. jangan hanya sekadar mengatakan yang aku tidak tahu jalan cerita sebanar. itu ayat seorang artis. aku juga ada akal fikiran untuk menyampaikan pendapat peribadi aku.
Renungkan, dengan dalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 pemikiran bernas dari masyarakat:
Sebagai pembaca setia blog Joseph,kawan ingin menyampaikan sepatah dua kata sebagai komentar dan nasihat..
Sebagai penulis,Joseph sentiasa memastikan bahawa intipati blognya itu menyinggung perasaan pihak yang ditujukan..Identiti pihak yang dituju sentiasa dirahsiakan sebagai langkah keselamatan..Bagaimanapun,Joseph tidak dapat menghalang pembaca dan pengikut setia blog tulisannya dari meninggalkan komentar-komentar yang menyinggung perasaan mana-mana pihak..Ini kerana pembaca dan pengikut blog Joseph adalah dari golongan pemikir yang cerdas fikirannya dan tajam lidahnya..Maka,Joseph tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang komentar yang kurang enak dan pedas..
Di sini,kawan ingin menyatakan bahawa Joseph tidak perlu membuat sebarang kenyataan maaf..Sebarang ulasan berhubung ketidakpuashatian bolehla dialamatkan kepada Joseph dan Sakti arjuna..
Post a Comment