1. Aku skang ni tengah tengok pesanan penaja di televisyen. Captain Cash namanya. Iklan yang dipertontonkan, mengenai captain cash menegur pelajar bernama Daniel membeli pemadam terlalu banyak dan disifatkan sebagai tidak perlu..
2. Masa aku tengok iklan ni, teringat aku zaman kecik2 dulu.. Pemadam memang jadi kesukaan aku. Asal ada duit lebih mesti aku beli. Tujuannya? Untuk bertarung dengan rakan sebaya.. hahahaha
3. Pemadam ni ada banyak jenis. Pemadam petak dan leper mempunyai daya pertahanan yang tinggi tapi mudah menerima serangan. Pemadam petak bujur mempunyai daya serangan yang tinggi. Pemadam berbentuk bulat leper lebih menarik kerana sifatnya sebagai all-rounder tapi mahal harganya.
4. Jika diingat kembali, aku rasa hampir ratusan ringgit telah dihabiskan untuk membeli pemadam. Tak termasuk guli lagi tuu..
5. Ini jelas menunjukkan kita zaman kanak-kanak mewah berbelanja untuk berseronok berbanding dengan remaja yang menghabiskan masa duduk di rumah sahaja bermain video-game.
6. Baiklah bermain di luar, kalau makin di rumah sahaja alamat rosaklah minda, kemahiran bersosial menjadi teruk.
7. Lebih teruk lagi anda juga menghadapi risiko dijangkiti kayap.. Hahahahahahaha
6 pemikiran bernas dari masyarakat:
haha..aku ingat..main tindih...betul2...dalam bekal pensel aku dulu penuh ngan pemadam...atas ijau bawah putih...de huruf2 kat pemadam..lol...
kawan juga champion pemadam semasa kecil dahulu..pemadam yang dimenangi berjumlah ratusan kalau tak ribuan..sehinggakan adik perempuan kawan yang di tingkatan satu masih menggunakan pemadam-pemadam yang kawan menangi..ketika ibu kawan berjaya menjumpai tempat kawan menyorokkan pemadam yang dimenangi,kawan dibelasah teruk ketika itu..dan setelah pemadam itu dirampas dan diaudit oleh ibu kawan,semuanya berjumlah empat beg plastik merah yang boleh memuatkan dua bekas tapau..kawan masih berbangga pemadam-pemadam tersebut masih boleh digunakan..
wahahaha jom a lawan lagi.. aku nak tapau sume pemadam ko lak sakti.. ahahahahaha
apadahal????haha..men dulu joseph...t aku langgar sumer..hahaha.aku turun bawak 2 bijik pemadam ja...haha..pemadam keramat sakti....lol
haha ko simpan lagi ke jalak? raspek a.. pemadam aku tah kemane pegi agaknye.. huhu
x simpan la dah....ntah ilang kemaner2 ntah...ala...modal 20 sen je kot...bawak 2 pemadam..lol
Post a Comment