BODOH MACAM LEMBU

16:45 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin /

1. Dalam penulisan aku yang lepas aku ada melahirkan rasa tak puas hati dengan kebanyakan pengguna jalanraya terutma di tempat aku. Nampaknya masih ada isu yang belum aku sampaikan sepenuhnya lagi.

2. Dalam bulan lepas, seorang belia cedera teruk dalam satu kemalangan jalanraya. Depan mata aku jelas kelihatan dia berlanggar dan jatuh terseret dengan begitu teruk sekali. Sekali lihat dalam kegelapan seperti menunggang motosikal dengan cuai. Aku pun bergegas la melihat apa yang berlaku.

3. Alangkah terkejutnya perasaan aku apabila melihat hanya dia sorang je kemalangan teruk. Motor? Jangan cakapla, sure berderai punye. Dah laju katakan. Mujur mangsa terbabit tidak bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Kereta tu pun sempat mengelak. Sungguh berhemat pemandu tu.

4. Sedang aku sibuk memikirkan punca kemalangan terbabit, aku ternampk seekor anak kerbau tak jauh dari tempat tu. Nampak macam patah tulang je rasanya. Tapi anak kerbau tu pun tak boleh bangun. Jadi sah la tuannya tak bertanggungjawab sesuka hati membiarkan ternakannya melintas jalanraya sesuka hati. Mana tuannya? Mampos la kalau dia ada. Sah-sah la kene tanggung semua perbelanjaan perubatan mamat tu.

5. Jadi keesokan paginya barulah tuan tu datang melihat anak kerbaunya tersadai. Geram je aku tengok, mujur pakcik aku berpesan jangan masuk campur hal orang yang tak berkaitan. Kita bukan hero jalanan, kita hidup nak cari makan. Betul jugak katanya.

6. Bukan pertama kali kes macam ni, kadangkala lembu pun turut serta dalam adegan yang menyayat hati ni. Pihak majlis perbandaran ada buat tindakan dengan menahan semua ternakan kemudian meletakkan denda sebanyak RM500 seekor untuk mendapatkan kembali ternakan mereka. Masa tu barulah nak pikir terpaksa jual seekor untuk melepaskan sekawanan ternakan korang.

7. Tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan beberapa kereta di depan terpaksa brek mengejut kerana seekor kerbau yang besar gile melintas dengan rileknya di depan kitorang. Celakak betol.

8. Aku berharap la, tuan-tuan ternakan ni jangan la mempunyai pemikiran macam ternakan kau. Kalau kau bayar cukai jalan untuk ternakan kau aku tak kisah. Kau pun tak ada kat situ. Ini bukan cara mengembala dengan betul. Ini macam sial namanya.

9. Bangang..

5 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on January 7, 2010 at 3:50 AM

slamat dtg ke felda..huhuhu

Comment by Joseph on January 8, 2010 at 12:12 AM

bukan stakat felda.. banyak tempat ade org2 mcm ni..

Comment by Sakti Arjuna on January 9, 2010 at 12:27 AM

hurm...x puas ati ngn kerbau ke??

Comment by Joseph on January 9, 2010 at 2:25 AM

bukan kerbau.. dengan tuan kerbau..

Comment by Jalak Lenteng on January 9, 2010 at 5:16 AM

huhu...ko sembelih jer kat tepi jalan...pastu lari...huhu

Post a Comment