DI TEPIAN

10:16 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Hari ini maka dengan rasminya berakhirlah pesta jualan bagi pantai kampung kelulut selama 2 minggu. Sedih sungguh rasanya.

2. Aku ada pergi ke sana untuk melihat-lihat barang apa yang diniagakan. Akan tetapi agak hampa sebenarnya melihatkan harganya yang mahal, tak berbaloi dengan apa yang dijual.

3. Memang tak dapat dinafikan buatannya bermutu tinggi. Akan tetapi ia masih disifatkan sebagai buatan tiruan, yang harganya hampir sama dengan yang dijual di butik terkemuka.

4. Aku pada mulanya agak tak berpuas hati, tapi setelah mendengar penjelasan dari orang kampung, maka aku pun faham mengapa.

5. Dari apa yang aku dengar, sewa khemah bagi setiap gerai adalah sangat mahal, tak berbaloi dengan lokasi perniagaan yang ditawarkan. Akibatnya, harga pun naik, hanya sekadar untuk menutup 'lubang' sahaja.

6. Itu pun tak balik modal. Apa nak jadi..

4 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on January 22, 2010 at 2:16 AM

bila kapitalis cmpur tgn...itu la jdnya..mangsa yg teraniaya akan mengikut jejak langkah dn menjadi kapitalist...ish2

Comment by QaYYum MieJiFans on January 23, 2010 at 2:14 PM

aduss baru nak tolong org kg tp cmni plak jdnya

Comment by Unknown on January 24, 2010 at 9:15 AM

tula.. aku pun tatau nak cakap pe.. sume mcm ada sebab tersendiri..

Anonymous on February 13, 2010 at 2:16 AM

hurm..jangan pecaya sangat cakap pekedai tuh..penjual/pekedai memang pandai bercakap..xde untungla,sewa mahal la..cheitttt...boleh blahla..kalau x untung xkan ko berniaga..ko dah tau sewa mahal,macam ko xleh jual kt tmpat len..tipu kuat jek...

Post a Comment