TELCO

10:11 / Diutarakan oleh Unknown /


1.      
     Aku masih berbulu dek kerana ditipu sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Mereka mendakwa kononnya aku yang menggunakan kredit tanpa batasan walhal kerana kesilapan mereka (diorang sendiri mengaku akhirnya), aku yang kena membayar lebih.


2.     Pada mulanya aku tak kisah asalkan aku tahu pada akhirnya aku membayar jumlah yang sebenar iaitu jumlah yang aku gunakan. Tapi mereka tetap mendesak agar semua jumlah dibayar kemudian mereka akan membuat pelarasan semula dengan memotong mana-mana jumlah terlebih bayar nanti.


3.     Huh ingat aku nak percaya cakap korang? Aku takkan di kelepet dua kali lagi. Selagi korang tak bagitau aku jumlah sebenar, aku takkan bayar!! Kini aku tak risau lagi. Aku telah kembali kepada prepaid. Lebih jimat, lebih untung, lebih senang.


4.     Harus diingat, aku menggunakan postpaid kerana untuk CALL FREE iaitu bergayut sakan tanpa henti. Akan tetapi, hidup aku sekarang makin sibuk dan call bukan jalan penyelesaian untuk bertanya khabar lagi. Kini aku juga telah menukar cara aku berhubung kepada lebih SMS. Jika sebarang urusan mustahak maka barulah aku membuat panggilan ke mana-mana sekalipun mahupun ke luar Negara.. hohohohhh


5.     SMS juga mempunyai banyak kelebihan berbanding call. Walaupun nampak agak sengkek dengan bermesej, akan tetapi apa yang ingin disampaikan lebih murah dan juga lebih bermakna kerana boleh disimpan dalam inbox dan menjadi peringatan sekiranya kita lupa.


6.     Walaubagaimanapun, call terus tetap menjadi pilihan aku sekiranya urusan itu mustahak dan memerlukan confirm balik kalo ade papehal..


7.     So kalo de pape, mesej saje ye.. kalo mustahak, call pun aku sanggup.. hehehe

11 pemikiran bernas dari masyarakat:

Anonymous on December 13, 2009 at 10:40 AM

Aku dah xleh dengar langsung perkataan telefon bimbit,pascabayar,satu empat kali,ataupun perbualan anda dengan perunding perkhidmatan kami akan dirakamkan..memang aku panas...kau jangan nak buat aku panas..aku terjun swimming pool umah ko kang baru ko tau...

Comment by Jalak Lenteng on December 14, 2009 at 1:13 AM

haha..topup jugak bagus...bleh wat alasan kat org kita msg klu kita malas nk contact..sorila syg...kredit x der..hahaha...

Comment by QaYYum MieJiFans on December 14, 2009 at 1:20 AM

gua pun panas dgr cmni...gua nk amik ini jadikan iktibar....serik dah ni...

Comment by Unknown on December 14, 2009 at 9:23 AM

benar tu sakti arjuna.. aku bertambah panas bila mendengar dendangan gitar yang dialunkan di corong enset aku semasa menunggu giliran untuk dilayan.. nak campak, enset sendiri plak.. huhuhu

hahaha menarik tapi harus diingat jalak, simpanan sekeping topap di dalam dompet untuk digunakan di waktu kecemasan harus ada..

bukan stakat ko serik qayyum, ramai dah orang keliling aku serik, tapi apakah tindakan anda semua.. bertukarlah segera, espcially ke line M ye.. hohoho

Comment by NORJUNILAILA AZHAR on December 15, 2009 at 1:46 AM

M tu ape???????????????

Comment by Unknown on December 15, 2009 at 11:11 PM

maxis lor.. huhu

Comment by NORJUNILAILA AZHAR on December 16, 2009 at 12:35 AM

nape kene tukar maxis???? maxis lagi mahal..pastu kadang2 die jadi bengong..bukan bengong sebentar je..berhari2 plk tu..

Comment by Unknown on December 16, 2009 at 2:24 AM

xde ah.. maxis bagi aku murah kalo kene dengan cara dia.. kalo nak kira bengong, sume telco same je bengongnye..

Comment by Jalak Lenteng on December 16, 2009 at 2:46 AM

aku dah cakap...public jer...beli kat dier...pastu bg kat aku..biar aku wat...tp make sure baki tinggal sposen...x gerak2....

Comment by Unknown on December 16, 2009 at 9:42 AM

hahaha.. menarik tu.. tp bukan ke public sume dah baru? mane bole apply da taktik tu..

Comment by Jalak Lenteng on December 18, 2009 at 1:39 AM

ye ker???suda tukar ka..aiyooo macha..lama tara guna la macha..tara tau...lol

Post a Comment