1. Aku baru sahaja balik dari KLCC. Dah berbulan-bulan aku tak menjejakkan kaki ke KLCC.. Rindu jugak rasanya.
2. Akan tetapi kali ni aku tak pergi ke KLCC semata-mata untuk melepak, makan rotiboy (time tu tak muak lagi), mahupun melihat pemandangan yang terbaik hasil dari keikhlasan gadis melayu, amoi-amoi dan minachi ala2 mix serta gadis arab yang sudi menampakkan 50% tubuh badan mereka kerana terlalu taksub dengan menara berkembar itu.. Aku pergi sebab aku berminat nak melawat AQUARIA yang dikatakan menarik itu..
3. Aku sememangnya berminat untuk mendekati kehidupan makhluk akuarium ni. Aku amat tertarik dengan hidupan akuatik. Aku juga pernah membela kura-kura yang dinamakan Enzo.. Tak salah aku katakan aku juga berkongsi minat yang sama dengan Sakti Arjuna dan Arjun Rampal.
4. Keseluruhannya, lepas aku keluar dari lawatan tu, aku berpuas hati dengan apa yang dipertontonkan. Tidak lupa juga pada servis kakitangan yang sentiasa membantu aku di masa aku nampak sengal seperti orang kampung. Maklumlah, aku bukan orang KL, aku kan orang Terengganu.. Hahaha
5. Aku jugak merasa sangat seronok melihat kehebatan seorang brader bernama Rozi yang bertugas sebagai penyelam profesional di Akuaria. Aku kagum dengan keakraban dia dengan hidupan laut dalam tangki itu. Setiap spesis diberi cara makan mengikut stail masing-masing..
6. Tengok brader rozi tu berpakaian lengkap skuba dan kerjanya 'memberi makan ikan dalam akuarium', dengki pulak aku kat dia.. Dahla kerja best, bela ikan beb, gaji pun mesti masyuk..
7. Lepas tu masa brader Rozi tu dah habis bagi makan kat ikan-ikan tu, ada sesi bergambar di depan akuarium tu.. Aku amik la gambar sebijik. Lepas tu aku amik kesempatan tilik jam tangan dia.. Sungguh unik, rare item, dan bergaya di dalam air. Kan aku dah kata, memang masyuk.. Takkan jam PS nak bawak kerja dalam air kan?
8. Melihat tingkahlaku aku, brader tu pun tilik jam dia dengan hairan. Aku pun menghantar isyarat mengatakan jam dia best. Kemudian dia membalas dengan isyarat seperti ''nak buat mcm mana bro, dah keje aku kene pakai jam mcm ni, adat la tu''. Sungguh humble beliau dalam air tu..
9. Selepas aku sampai ke rumah, aku masih teringat brader tu. Dengki pun ada dengan kerjanya yang sangat best.. Hahaha maka aku pun memasang satu impian..
10. Aku akan cuba mendalami hidupan akuatik. Kemudian aku akan membina Akuarium Ikan yang baru, yang sebesar Ikano Power Centre.. hahahahahahahh
5 pemikiran bernas dari masyarakat:
terpikir bagaimana agaknya sedara joseph berpakaian renang...wow...menarikkkk...kalah gadis2 di klcc...hahaha
hahahaha..kompem nampak cm perenang amerika yang pegang rekod dunia tu..ape nama die? Michael Phelps??Entahla..tapi yang penting memang nampak bergaya dan mengharukan orang yang melihat..kehkeh
Aku pun berkenan akan sebuah jam tangan diving berjenama Suunto..Mantap beb..rasa macam kitalah Ashton Kutcher di dalam The Guardian..kehkeh..
hahaha hampeh korang.. ye la selulit aku menarik.. hohohohohohhh
Suunto memang best tapi harganya tentulah rasenye kite perlu menyontot barulah mampu.. hahahaha
bukan menyontot..disontot bru mampu,...mujur aku x baper berkenan g nk pkai jam..lol
Post a Comment