OM NOM NOM

23:10 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin /





Itulah yang dinamakan makan. Baru sahaja duduk di NR Cafe. Lama sudah tak menjejakkan diti kat sini.

Makanannya setakat yang aku tahu tidaklah sesedap mana, namun suasana kampung dan romantik menyebabkan restoran ini menjadi pilihan ramai.

Aku bukannya beriya nak makan, tapi diajak rakan bersama dan dibelanja juga. Syukur rasanya. Murah rezeki mereka harapnya.

Walaupun suasana kampung, namun dilengkapi kemudahan capaian internet wireless terpantas adanya.

Jarak antara meja juga agak jauh jadi sesuai untuk perbincangan romantik dan rahsia.

Itu bukanlah topik utama. Tujuan aku menulis ialah kerana aku teringat kenangan di Gazebo. Hampir sama, walau berlainan negeri.

Selain itu, aku sangat merindui ke Senibong. Akan aku semat cita-cita bersama isteri tercinta melawat semula Johor dirindui suatu hari nanti.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment