CAYALAWAWAWUHH

13:01 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin /


Siapa yang pernah ingat game ini pasti akan terimbau kembali nostalgia lama di kala sewaktu muda remaja dahulu. Aku juga menggilai game ini. Sungguh teruja dan menggiurkan kualiti grafiknya.

Dahulu aku merupakan penagih permainan video. Masih aku ingat pada tahun sekitar 1999 kafe siber tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai perkhidmatan internet dan permainan komputer disediakan di antara jaringan di dalam kedai tersebut.

Begitu juga kedai Chico, salah seorang cina yang sangat peramah, dan strategi yang agak menarik untuk menarik pelanggan seperti aku ke sana. Pada masa itu aku pergi ke kedai tersebut hanya untuk melihat-lihat, namun begitu setelah aku tahu cara permainannya, aku menjadi ketagihan untuk berada di kafe tersebut.

Ramainya orang tidak terkira. Kedai sentiasa penuh. Siapa cepat dia dapat. Sejam hanya RM3. Amat murah jika dibandingkan dengan permainan video di pusat hiburan yang lain, kecuali permainan aked 20sen sekupang yang dimainkan oleh orang dewasa sahaja. Aku tak berani masuk banyak kali. Takut ditangkap polis.

Kemudian tak lama dari itu Dino pula membuka kedainya di bahagian bawah deretan kedai yang lebih dekat dari rumah aku. Makanya aku semakin asyik ke kafe siber tersebut. Selepas tarawih aku segera ke sana. Aku tahu kerana kebanyakan budak suka pergi semasa tarawih kerana selepas penat bermain (penat ke?) mereka akan pergi ke surau bagi sesi hidangan moreh yang disediakan.

Selepas itu aku ke Thunder.Net dan Excite.Net juga kafe siber yang agak jauh untuk berjalan kaki, kemudiannya motor abah aku dipinjam bagi ke sana.

Kini semuanya tinggal kenangan. Aku sudah tidak ke sana lagi memandangkan aku sudah berkemampuan untuk mempunyai kemudahan hiburan permainan, muziuk dan perkhidmatan 'online' sama seperti kafe siber. Alhamdulillah.

Tapi walaubagaimanapun, Aku masih rindu pada keadaan seperti dahulu. Hanya sekadar rindu. Nostalgia lama, kenangan menggamit rasa.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment