BUFFALO OWNER

12:10 / Diutarakan oleh Unknown /


Dahulu aku ada mengulas mengenai kegiatan melepaskan kawanan lembu dan kerbau di tengah jalanraya. Masih ada lagi kegiatan yang sama.

Dan ternyata kegiatan ini menyusahkan orang lain.

Semalam, sebuah proton wira remuk teruk selepas melanggar 3 ekor kerbau yang melintas jalan. Ia berlaku pada waktu malam di mana pemandu tersebut tidak nampak sama sekali kelibat kerbau yang melintas kerana jalan yang terlalu gelap.

Akan tetapi, berlaku beberapa insiden yang berkaitan selepas itu:
  1. Tuan kerbau tidak mengaku kerbau miliknya, supaya tidak perlu mengganti kos kereta yang remuk teruk itu.
  2. Pemandu agak trauma dan tidak keluar dari kereta selepas kemalangan itu.
  3. Kerbau itu disembelih dan dijual 2 ekor dengan harga RM800, namun tiada siapa mahu membelinya.
  4. Insuran kereta terbabit adalah pihak ketiga jadi tidak boleh dituntut.

Inilah kesan yang dikira MENYUSAHKAN orang lain. Nak diikutkan hati, racun saja kawanan kerbaunya kalau dah tak reti jaga sangat. Senang cerita. Tak payah memikir lagi. Dah tak ada sape marah lepas tu.

Harap pihak berkuasa mengambil berat terhadap isu ini. Terima Kasih.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment