MALAS

12:40 / Diutarakan oleh Unknown /





Pagi tadi aku dihubungi seorang bekas pelajar sekolah meminta agar aku baik hati membantunya untuk membaiki laptopnya yang rosak. Perempuan.

Satu ketika dahulu aku biasa membaiki laptopnya yang old skool dan kerap kali buat hal. Tak apalah, aku bantu apa yang mampu.

Kini budaknya besar sudah, selepas STPM, beliau bekerja di kedai elektrik. Adatlah tu ok jugak bekerja dari menghabiskan beras kat rumah.

Kini budak tu datang lagi, mengharapkan servis percuma dari aku. Mulanya tergerak hati jugak nak baiki.

Lepas tu dia nak bawak laptop abah dia pulak nak baiki sekali? CANCEL. PEGI MAMPOS.

Aku cuba berasional dengan budak perempuan tu supaya tidak berlaku salah faham. Aku cuba meminta kadar upah munasabah yang difikirkan boleh dari khidmat aku.

Kemudian, dikatanya aku ni berkira dengan bekas anak muridku. KAU TU BUKANNYA BINI AKU.

Kalau susah nak melabur duit untuk maintenance, tak payah beriya beli laptop tu. Pegi je Kafe Siber yang berdekatan. Senang.

Idup nak free. Kalau macam tu, orang kawin ngn ko cubalah ko cas FREE. Alahai, mana ada benda percuma di dunia ni beb.

Malas aku melayan orang macam ni.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment