Aku seringkali mendengar komentar dan perbualan dari orang ramai berkenaan dengan ketidakpuasan hati mereka terhadap pelbagai isu.. Dari isu harian kepada isu dunia semuanya dibawa ke kedai kopi berdekatan..
Namun begitu jika ianya hanya sekadar perbualan di kedai makan tiada siapa peduli. Namun begitu jangan ingat tiada yang memerhati. Fitnah jangan dicari.
Baiklah, secara terus terang aku ingin mengulas berkenaan isu politik. Ya, walaupun aku bukannya penganalisis politik namun akh masih yakin yang aku boleh memberikan pandangan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang merdeka.
Negara kita merupakan negara yang harmoni dan berbilang kaum. Walau ada yang mengatakan tidak, itu semua hampeh belaka. Setakat ini, jika ada isu yang kalau dibandingkan dengan negara luar, sudah tentu keharmonian yang ada pada negara kita adalah jauh lebih baik. Jadi sila kekalkan keamanan yang sedia ada.
Jika kita lihat dan baca mana-mana sumber yang menyentuh soal politik, sudah tentu ianya memihak kepada parti mana yang disokong. Ada jugak yang neutral, tapi kebanyakannya one side. Adatlah politik.
Apa yang menjadi isu disini ialah jika kita tidakpuashati dengan sesuatu isu, jangan kaitkan dengan soal politik. Siapa rasuah, siapa jahat, siapa fitnah siapa, bukan urusan kita melainkan kita yang terlibat.
Soal parti, tidak perlu terlalu taksub. Pilihanraya merupakan saluran utama dalam menentukan kewibawaan pemimpin negara kita. Kita diberi hak yang adil dalam menentukan masa depan negara kita. Sudah pilih, maka hormatilah mereka.
Jadi ada hadnya kita tak perlu masuk campur terlalu banyak. Cukup sekadar mengambil tahu dan bertanya terhadap pendirian sendiri yang akan dipangkah di kertas undian nanti.
Jika anda merupakan seorang penjawat awam, anda telahpun diberi taklimat akan keselamatan dan etika pekerjaan anda dalam berkhidmat. Sebarang rasa tidakpuashati boleh disalurkan pada tempat tertentu. Begitu juga swasta mahupun bekerja sendiri.
Itu komen aku secara umum. Blog tatapan umum dan laman sosial bukanlah cara terbaik untuk mendedahkan isu berbangkit tanpa bukti yang sah keranya nyatalah ia bakal menjadi satu fitnah semata-mata.
Jika anda ingin mengulas berkenaan isu semasa, lakukan dengan pendapat dan reaksi kerana bersandarkan pada diri sendiri. Jangan mengulas sebarang kenyataan yang boleh mengancam keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ingatlah, setiap manusia ada kepentingan sendiri dalam melakukan sesuatu. Anda akan makan jika anda lapar, tidur jika mengantuk. Begitulah misalannya.
Janganlah kita terperangkap dan terjerumus ke laluan yang salah dek kerana kepentingan orang lain dalam mencapai impian yang sedang dikejar oleh mereka.