LANGGAR CARI

19:14 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Beginilah keadaan kereta aku selepas bumper belakang di baiki semula. Belum cat saja lagi.

2. Ceritanya? Sedang aku memandu di salah satu jalan sibuk di KL, muncul beberapa buah kereta VIP diiringi polis trafik meminta untuk memberi laluan.

3. Apabila semua kereta memberi laluan, maka jalan akan jadi sesak, brek mengejut ditekan untuk mengelak hentaman dihadapan.

4. Akan tetapi apa yang berlaku sebuah motosikal dari belakang melanggar bahagian belakang dengan kuat. Rasa marah? Tidak, penyelesaian boleh dicari.

5. Apa yang berlaku? Motosikal itu bangun semula, dan beredar begitu sahaja. Usaha mengejar gagal kerana jalanraya agak sesak ketika itu.

6. Aku ingat no plat kau, nampak warna moto agak baru, aku mengesyaki motor kau disalin. Bila kau lari, aku pun saspek juga yang motor kau tu motor panas.

7. Apakan daya, kau dah lari. Aku tak repot polis. Aku ''repot'' pada yang lebih berkuasa.

8. Persoalannya, langgar bukan masalah. Tapi kau LARI. Bukan aku nak apa pun, cukuplah maaf sebagai pengganti. Duit yang ada pun oleh diberi setakat yang ada kalau tak mampu. Itu pun kalau kau nak bayar la.

9. Aku juga pernah melakukan kesalahan yang sama. Aku dilihat lari, tidak pun. Aku telefon balik brader tu nak ajak minum, dan ingin membayar kos gantirugi. Itu sahaja.

10. Itu sebab la aku anti mat rempit, cara kau bawak motor menonong tadi pun aku dah tau. Motor lain tak langgar belakang aku pun tadi?

11. Tak apa, aku ingat no plat, motor dan warna kau. Dengan helmet sekali aku ingat. Sekali 'jackpot' di mana-mana, ketahuilah hari kau telahpun tiba.

12. Aku benci manusia langgar LARI.. Sebaiknya, langgar CARI tindakan yang paling terpuji.

DINERS CLUB (BIG SHOW)

01:55 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

Tengok sendiri..

Makanan:
- Nasi Goreng Ketam,
- Arabbiata Meatball Bolognaise
- Anti Pasto

Minuman:
- Ribena Longan
- Honey Peach Mango
- Mango Yogurt

Jumlah Keseluruhan: RM130

1. Aku diminta oleh rakan-rakan sebaya untuk bersama ke salah sebuah gerai makan terkenal di Kelana Jaya.

2. Kedai makan ini dinamakan William Cafe kerana kehebatannya menyajikan masakan yang bertaraf antarabangsa dalam suasana bersahaja dan santai.

3. Pada mulanya, aku agak sangsi dengan ajakan kedua kerana aku masih tidak puas dengan apa yang telah disajikan tengahari tadi. Namun, atas ajakan kawan yang lain maka aku gagahi jua.

4. Perjalanan yang agak jauh juga merupakan satu cabaran kerana lokasi berikut di kelana jaya.

5. Setelah rakan sendiri memanggil untuk pesanan, pulak pelayan itu bersahaja tanpa buku dan pen di tangan, segala menu panjang lebar disebut dengan aku tercengang mendengarnya.

6. Dah macam aku tahu kan? Kawan aku order sajalah. Dinasihatkan bila memesan, 3 hidangan sahaja sudah memadai. 4 pinggan kosong juga perlu disertakan.

7. Bila makanan tersebut sampai, memang gila kuantitinya. Kami berempat tidak mampu menghabiskannya. Semua pulang dalam keadaan SEBU.

8. Aku menyarankan kalian semua WAJIB ke kedai makan ini. Nampak biasa, tapi luar biasa makanannya. William Cafe di Taman Maiyang Jaya. Korang pasti tak menyesal.

9. Akan tetapi suka aku menasihatkan datang bukan pada hari Sabtu dan Ahad. Penuh table, perlu menunggu pengunjung habis makan untuk duduk bersantap. Bukan table tak cukup, jauh mata memandang dah. Permintaan memang tinggi.

10. Jangan lupa, add juga di Facebook sekali, korang akan tahu sendiri.

11. Dah, aku tak larat tulis.. Kekenyangan.. Burkpppp..

KAW KAW

15:52 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Inilah pemandangan di dalam sebuah restoran terkemuka di KL.

2. Restoran ini menawarkan sajian unik ala thai dan vietnam. Sekali dilihat menunya, sungguh teruja melihat nama sajian dan tentunya, harganya.

3. Melihatkan nama yang menarik dan harga yang bombastik, aku memesan salah sebuah sajian berasal dari Vietnam. Bila dihidang, ternyata terlalu ringkas. Seperti mihun kasar sup daging.

4. Melihatkan aku mungkin tidak kekenyangan, segera aku memesan nasi jasmine glutinous rice tanpa melihat harganya. 1 cedok rm4 beb.

5. Selepas itu, aku memesan juga egg special ape ntah namanya, bila dihidang, ternyata ianya telur dadar. Harganya melebihi sekeping not berwarna merah.

6. Aku merumuskan makan tengahari aku bersama rakan aku sebagai satu pengajaran. Aku takkan pergi ke asian cuisine. Ini ternyata sajian unik untuk mat saleh.

7. Mengapa? Pada pendapat aku, mak aku di rumah juga mampu menyediakan 'Asian Cuisine' seperti sajian anda. Keh3

8. Namun begitu, ada juga masakan yang dihidangkan lebih baik dari rumah kerana bahan-bahannya sukar didapati di negara kita.

LAPANG

10:33 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Inilah aktiviti masa cuti.. Minum dan minum. Lepas tu keluar lepak minum. Balik buang air, minum air balik lepas tu. Memang tak ada kerja.

2. Jadi cuti panjang yang disandarkan pada hari persekolahan memang best. Nak buat macam mana, dah memang macam tu.

3. Mari dengar pendapat masyarakat time cuti:

''Best la kau, gaji jalan cuti tak hengat, joli sakan la kau''

''Ko pikir la, mana ada kerja cuti macam ni, mau bengkrap syarikat beb kalo semua kerja ada cuti macam ni''

''Aku cube gak apply, bukan apa, best tgk ko ni ha, cuti panjang cmsial''

4. Bernas, logik dan membanggakan. Tapi apa pendapat selepas cuti?

''Gile la, tahan pulak aku tengok kau buat kerja macam ni''

''Kau tengokla, padan ape dengan bayaran kau, kerja macam nak gile, kalo syarikat ni, dah berbilion untung beb''

''Tu sebab aku taknak kerja macam kau, aku memule nak gak apply tp pikir balik tengok kau kerja macam ni biol pulak aku nanti''

5. Kerja apa yang senang? Multilevel? Buat duit di mana-mana laman web? Dah macam-macam cerita aku dengar..

6. Berniaga? Risiko pulak. Sanggup kau tanggung? Cakap saja boleh je. Yang berjaya berapa ramai? Yang gagal berapa ramai? Ada backup plan?

7. Siapa nak bagi cuti lama? Akan tetapi siapa yang tahan dengan letihnya kerja? Tak tahan kerja, JANGAN KERJA.

8. Nak lebih, usaha lebih.. Jangan tengok dan berkata sahaja..

Cuti pun jadi isu ke? Huh..

KOPI PUTIH

23:58 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Melepak di restoran terkemuka memang best, tidak begitu ramai kerana tak semua mahu berbelanja lebih, termasuk aku yang gembira jika dibelanjai rakan-rakan.

2. Disamping lama tak jumpa, cerita terkini tentang masing-masing harus dikongsi bersama. Santai dan bersahaja.

3. Mendengar cerita kawan yang berpendapatan ribuan ringgit melebihi sebelah tangan, geram rasanya dengan kemewahan yang dikecapi.

4. Akan tetapi, jika didengar letihnya mencari rezeki, kesyukuran pula timbul di dalam hati.

5. Aku berkata pada diri sendiri dan juga yang lain, kerja bukan persoalan. Akan tetapi kesanggupan dalam membanting tulang, memerah keringat fizikal mahupun mental itulah yang penting.

6. Aku berbangga dengan rakanku, biarpun letih, tapi tidak putus asa. Nasihat aku pada diri sendiri dan masyarakat di luar sana, janganlah melompat kerja kerana ianya merugikan.

7. Semestinya rezeki itu bergantung pada usaha masing-masing. Tidak lupa juga itu semua kurnia dari Yang Maha Esa.

MASIN

14:29 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Aku baru sahaja lepas makan tengahari bersama bapa saudara aku di salah satu restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

2. Bila aku sampai disitu aku cukup terkejut dengan umat manusia memenuhi kedai makan tersebut. Apa rahsia kemajuan kedai makan ini aku pun tak tahu.

3. Bila aku melihat papan tanda yang disediakan, jelas menunjukkan ayam kampung menjadi tarikan utama sajian disini.

4. Bila aku mahu memesan makanan, aku cukup berbulu kerana perlu bersabar menunggu giliran untuk mengambil lauk yang disediakan. Ianya bukan soal masa, akan tetapi serabut dek kerana ramainya orang berebut untuk mengambil lauk.

5. Dari situ, aku merasakan tiada makna untuk aku memilih, maka aku ambil sahaja apa yang ada di depan mata.

6. Kuahnya masin, lauknya tidak seberapa. Mungkin aku tidak mengambil ayam kampung, sedap aku mengata.

7. Kesimpulannya, aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan padaku. Akan tetapi, soal kedai makan ini perlu diberi perhatian.

8. Kedai makan ini perlu mengupah pekerja lebih ramai untuk melayan kerenah pelanggan termasuk aku.

9. Pokok pangkalnya, sajian ayam kampung juga aku tidak merasakan menarik kerana aku sudah muak. Mungkin juga sekarang ini aku menetap di kampung, maka sajian ini dilihat istimewa untuk golongan bandar.

10. Melihat dari ini, aku berpendapat kedai makan di serdang lebih baik. Namun tiada yang lebih baik dari menikmati sajian mak di rumah..

PUISI FANTASI(AL)

12:31 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

Perjalanan itu
Memberi satu makna
Liku kehidupan palsu

Apa maknanya kepimpinan
Jika disandari penipuan
Jika diselubungi kemungkaran
Jika jauh dari.. Keberkatan

Apa maknanya
Jika mewah dan kaya
Tapi itu dunia semata
Kelak menghadap juga
Yang Maha Esa

Apa maknanya
Mempunyai seribu belaan
Ibarat si bomoh sesat
bertuhankan..
Pemujaan

Sampai bila
Terusnya permainan
Dengan janji kemenangan
Hanya satu kenangan

Ingatlah
Masa berlalu hanya
Bukan sekadar pergi
Akan tiba suatu hari
Aku akan sendiri
BERAKSI..

PANODRAMA

23:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Sekarang ini aku sedang menghayati pemandangan KL bersama adik tercinta. Syahdu rasanya.

2. Aku lihat di Bukit Ampang ni dah tak macam dulu, banyak gerai makanan dibuka, sungguh mudah untuk membeli makanan dan minuman ringan yang lain.

3. Di samping menikmati makanan ringan, segala isu syahdu, perancangan masa depan, kenangan lampau mula menggamit perasaan. Sentimental jugak la duduk sini.

4. Pulak tu ade kedai mendendangkan rock kapak - ''bunga cinta yang dulu mekar mewangi..'' Pergh syahdu sungguh.

5. Akan tetapi jauh di sudut hati aku mengenangkan Bukit Ampang dahulu - gelap gelita cahaya neon jauh dari KL menyegarkan mata. Lebih syahdu..

6. Tidak kurang juga, kurang sampah, di depan aku saja, berlambak sampah dan tikus mencari sisa makanan yang tertinggal.

7. Aku berharap pihak berkenaan dapat mengusahakan cara untuk memastikan kawasan ni bersih. Kawasan ni pun merupakan tarikan pelancong jugak selain dari Bukit Permai.

8. Ada masa, jangan lupa bawak awek dan rakan taulan ke sini. Tak tipu cakap lu.. Memang syahdu.. View terbaekk..

RIM BENGKOK

15:07 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Hari itu aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar perempuan yang terkenal dengan keayuan dan kesopanannya.

2. Punca kematian? Kemalangan motosikal.

3. Macammana boleh berlaku? Dilanggar dengan motosikal lain yang melalui jalan bertentangan. Kejadian berlaku semasa mangsa memberhentikan motosikalnya di simpang berdekatan.

4. Siapa langgar? Budak muda yang disyaki mat rempit, menunggang motosikal dengan sesuka hati.

5. Moral? Ikut peraturan, jangan terikut sangat, dahlah time tu tengah sibuk, nak jadi hero lagi. Yang tidak berdosa juga menjadi mangsa.

6. Apa nak jadi, cakap banyak susah, tak cakap banyak pun susah.

7. Nasihat untuk aku, beringatlah.. Jalan raya membawa seribu kemungkinan yang tidak pasti. Aku berdoa dicegah dari sebarang keburukan..

SOTONG

15:02 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Aku nak kongsikan bersama apa yang berlaku akhir-akhir ini.

2. Sebagai seorang yang sporting, aku mementingkan hubungan di luar waktu kerja, pada masa ini hubungan profesionak diketepikan dan segala isu-isu yang tisak penting boleh dikongsi bersama.

3. Dalam ertikata lain, mengumpat ,mengata atau mendapatkan informasi yang sulit bolehlah diperbincangkan pada masa ini. Paling tidak, lawak bodoh dan cerita kedai kopi diutamakan.

4. Semasa aku melepak sambil makan sotong goreng tepung bersama 'afiliate' aku, mereka melahirkan keinginan untuk menjadi seorang guru.

5. Akan tetapi ianya disampuk oleh seorang mamat kurang ajar yang agak berumur di meja sebelah..

''Mintak maaf la, jadi cikgu ni tak payah la. Buang masa je pun. Ko nak buat apa jadi cikgu? Amik master? Ko nak pegi mana? Buang masa..''

6. Jadi aku pun bertanyalah siapa beliau, maka beliau memperkenalkan diri sebagai salah seorang guru di sekolah rendah yang agak jauh dari situ.

7. Maka aku pun 'dinasihatkan' yang sama untuk tidak menceburi bidang yang sama kerana kesusahan yang dihadapi, dan beban tugas yang banyak.

8. Aku jujur ingin bertanya, apa beban yang dimaksudkan? Aku juga merasai apa yang diperkatakan sebagai beban, namun aku tetap bersyukur kerana diberi satu pekerjaan yang tidak semua mampu untuk memikulnya.

9. Beliau tidak mengulas lanjut, menandakan tidak tahu langsung beban kerja yang ada. Lepas tu ditegur juga, ''Korang nak pakai kereta besar? Rumah besar? Hutang je pun semua tu, keliling pinggang.''

10. Apa bezanya dengan kerja lain? Boleh beli rumah dan kereta cash ke? Kalo boleh, nak ke ko beli cash? Cakap apa ni?

11. Point aku, jangan halang orang nak jadi apa kalau tahu sekadar bercakap. Aku tahu ko cikgu, babi ape sampai beriye halang orang nak jadi cikgu? Dah ko pencen esok? Sape yang nak pikul kerja ko? Anak ko? Mak sedara ko? Adik ko?

12. Dahla tak bagi salam. Melayu apa macam ni. Dah tu bukan nak bawak berbincang, tau pangkah topik orang.

13. Inilah yang dikatakan oleh En. Osman - tak bersyukur jadi cikgu..