KERBAU

00:35 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Tadi aku pergi ke rumah salah seorang warga kampungku yang tercinta. Beliau akan mengadakan kenduri kahwin dan rewang diadakan la macam biasa.

2. Dari apa yang aku lihat, warga kampung sebenarnya mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding dengan warga kota. Ini kerana muafakat dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dapat ditunjukkan dalam rewang yang diadakan.

3. Bukan aku tak pernah pergi rewang, jika dilihat SECARA KASAR, warga kota lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan atau sahabat yang mempunyai minat atau kehendak yang sama, atau lebih dikenali dengan terma 'Masuk Kepala'.

4. Di kampung, jelas dilihat walau siapapun anda, anda tetap berhak diberikan layanan yang adil, mesra dan sekufu walaupun dari berlainan minat dan pemikiran.

5. Namun begitu, aku dapat juga mengenalpasti ada warga kampung yang tidak berminat untuk menghadiri program seperti ini. Kenapa?

6. Alasannya hanya satu, perbezaan fahaman politik. Ini juga dapat dilihat di mana-manapun termasuklah di bandar.

7. Aku kurang bersetuju kerana politik dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza. Politik tidak perlu diketengahkan dalam semangat kekitaan dan tolong menolong.

8. Apa yang pasti, aku sangat menghargai program seperti ini. Aku dapat lihat dengan jelas pengertian sebenar muafakat membawa berkat.

9. Kepada yang lebuh suka untuk memilih politik sebagai kriteria utama untuk bekerjasama, ingatlah bahawa satu masa nanti kita akan dikumpulkan bersama dalam satu kawasan, tidak pun diasingkan mengikut undi dan parti.

10. Maka itulah pendapat aku. Tak suka? Jangan baca. Senang kan?

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on March 8, 2010 at 5:25 PM

sedih...aku sgt tau dgn situasi ini...bende inilah yg teruksal2 org tua2 kampung....bukan aku menghina..tp aku juga asal dr kampung...yg lebih teruk...dieorg ni..kalau ada yang bermasam muka...mmg lama...abes anak branak pun terlibat dgn pertelingkahan...kata org tua???haish..

Comment by Unknown on March 13, 2010 at 2:11 AM

btol.. bukan mende berkait dgn diorg pun.. fahaman berbeza je, terus x bertegur sape.. kate kuat agama, fahaman pun dah jauh menyimpang dari ajaran Islam.. haishh

Anonymous on March 15, 2010 at 1:12 PM

huh..bercakap pasal politik,kawan enggan komen..takut dicekup pihak berkuasa...tapi jika diajak berbicara tentang politeknik,kawan petah sahaja..kerana ramai rakan2 pernah belajar di sana...

Post a Comment