1. Aku tak ada anak lagi, mungkin aku tak tahu rasanya macam mana ada anak nanti kalo murah rezeki akan datang. Kahwin pun belum.
2. Tapi sebagai manusia yang ada hati dan perasaan , aku tak sanggup melihat anak yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa. Kalau anak orang pun, kita tahu mana batasnya untuk mendidik.
3. Bila dah sampai ko terajang dia, ko pijak perut dia dengan BUT BOLASEPAK, manusia apa ko ni? Babi pun mulia lagi dari ko.
4. Aku peduli apa awek ko cun, dah tu anak awek ko tu ko jaga la elok-elok. Dah ko sayang kat dia kan. Anak haram tu tak tahu lagi apa citenye.
5. Aku yang tak berkaitan ni boleh sebak dengan perbuatan ko yang aku tak tahu nak sifatkan macam mana. Keji? Sial? Aku rasa lagi teruk daripada itu.
6. Ko memang bukan manusia. Ko memang lahanat. Aku harap ko mendapat balasan yang sepatutnya.
7. Dah mak budak tu ape kes? Ko tak payah la nak bersedih. Ko pun sama la macam bangkai. Perangai pun bengap. Inilah yang orang cakap harap je cantik tapi perangai tak secantik rupanya.
8. Ini refleksi aku. Bebas. Tak memihak mana-mana pihak. Terpulang pada korang nak cakap apa. Ni pendapat aku.
9. Pada aku, insan macam ni tak perlu diberi peluang. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan. Bagi cukup-cukup, biar jadi pengajaran pada orang lain.
10. Bila tak ada anak, punyalah berharap. Bila dah ada anak, dilayan macam apa la plak. Sayang baru hidup cuma beberapa tahun, terpaksa meninggalkan dunia dalam keadaan yang memilukan.
11. Tinggalkanlah dunia ini, kerana sesungguhnya dunia ini penuh dengan kegelapan, dan juga penjara bagi orang-orang mukmin.
3 pemikiran bernas dari masyarakat:
anak adalah rezeki dari tuhan...bila kita menolak anak itu atas dasar nafsu dan x suka..ibarat ko menolak rezeki dari tuhan...bayangkan pula anak itu adalah nasi la..bende paling simple...ko pijak2 nasi yg org bagi depan mata org yg kasi...mau x marah org yg bagi tu...haish...
memang.. panas betol aku.. sabar, negara kita ada undang-undang, dan akhirat di sana juga menanti.. Nauzubillah..
bapak ko pukul ko pon x sampai mati kan joseph
Post a Comment