PRASARANA

23:03 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Baru-baru ni aku balik ke KL. Lama sungguh tak balik. Walaupun baru beberapa bulan tapi mcm berkurun lamanya.

2. Dalam pada tu aku tengok KL semakin maju, bersesuaian dengan usaha kerajaan yang mementingkan kemudahan yang khusus untuk penduduknya. Syabas.

3. Namun begitu, di kawasan aku seperti di Marang juga ternampak arus kemajuan yang sama, namun masih banyak yang perlu diberi perhatian.

4. Kemudahan internet di sini sungguh mengecewakan. Walaupun aku dididik untuk bersyukur, aku masih berharap agar kemudahan internet stabil dan laju akan sampai di sini.

5. Bukan aku tak berusaha, akan tetapi puas aku berikhtiar, namun jawapan sama diberikan dengan 2 perkataan standard - 'Harap Maaf'.

6. Aku tak perlukan kemaafan. Aku perlukan internet laju. Kemaafan tak memberikan aku apa yang sepatutnya dikehendaki.

7. Baru-baru ni belanjawan negara ada memperuntukkan sejumlah amaun yang besar untuk meluaskan akses internet jalur lebar di seluruh negara menjelang 2010. Aku berharap ia akan menjadi nyata.

8. Dan aku sungguh kagum dengan berita baru-baru ini yang memperlihatkan Pekan, Pahang telahpun maju dengan kemudahan prasarana yang dimaksudkan ini.

9. Harapan aku, Marang juga akan mendapat perkhidmatan yang sama nanti.

10. Kepada SKMM, diharap blog aku juga dipantau untuk memastikan bahawa suara aku didengar untuk perhatian sewajarnya - 'streamyx' dipasang di sini..

1 pemikiran bernas dari masyarakat:

Anonymous on March 15, 2010 at 1:19 PM

habis tu Kota Tinggi pun nak gak

Post a Comment