1. Sekarang ni musim panas. Pening kepala aku merasai bahang kepanasan yang melampau. Tanaman termasuk rumput rampai sume kekuningan. Pokok mempelam jugak yang ijau.. Bolehlah aku berteduh atas pangkin ni sambil menulis.
2. Disebabkan musim panas, pelbagai masalah boleh berlaku. Antaranya, musim demam. Sume orang demam, harap aku pun tak demam sama.
3. Lepas tu, bile musim panas, nyamuk makin banyak aku tengok. Serangga seperti semut pun boleh tahan gak laju pembiakan die. 10 minit aku letak makanan atas meja, habis sume hurung. Hampeh.
4. Dengan musim panas ni, mulalah pelbagai komplikasi melanda. Bile memandu atau menunggang di tengah panas, kita mudah letih dan pelbagai kejadian tak diingini boleh berlaku.
5. Baru sebentar tadi ada satu kemalangan teruk melibatkan motor yamaha LC dan kereta wira. Menurut saksi kejadian, kereta tu dah bagi signal masuk simpang, tapi penunggang terbabit tak perasan dek kerana terlalu panas rasanya.
6. Mangsa motorsikal tu dikatakan tercampak dan merempuh tiang dengan kepalanya. Nasib baik kehadiran helmet yang dipakainya dengan kemas berjaya menyelamatkan beliau dari kecederaan lebih parah. Dengan helmet pun aku tengok bersembur darah keluar dari mulutnya.
7. Akhir kata, berjaga-jaga apabila tiba musim panas, mahupun musim hujan. Kalau ditanya aku, keadaan tetap sama. Aku kebosanan tanpa aktiviti menarik dan internet juga tetap sama kelajuannya tidak kira musim apapun. Kebosanan tetap melanda.
UPDATE: Tak sampai sejam, satu kemalangan lagi melibatkan kancil dan bas ekspres. Tak tahu mana silapnya, tapi aku nampak bas tu sapu kancil tu, habis hancur, tak nampak rupa dah. Mujur pemandu dan penumpang depan selamat, namun tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan. Tiada kecederaan dilaporkan pada kedua2 kenderaan. Kalau di kancil tu ada penumpang di belakang, nauzubillah..
Drive safe, ride safe..
0 pemikiran bernas dari masyarakat:
Post a Comment