A.C.A.B

13:00 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Itulah dia satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan semestinya menjadi igauan remaja kita. Sapa tak kenal.

2. Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini, terbalikkan perkataan itu. B.A.C.A. Berapa keratkah yang berminat akan perkataan tersebut?

3. Membaca merupakan salah satu penawar bagi kejahilan yang berleluasa di dunia ini. Umumnya jika dilihat dari pandangan mata aku yang spero, masyarakat hari ini mendapati membaca itu bukan satu tabiat yang boleh diamalkan berikutan keranya ianya membosankan.

4. Bila ditanya apakah itu tabiat membaca, buku yang disebut. Sikit-sikit buku. Memanglah buku itu penting.

5. Pada zaman hari ini, membaca merupakan satu budaya yang boleh diamalkan tanpa menggunakan buku. Kewujudan internet boleh menjadi medan baru bagi tabiat membaca.

6. Banyak bahan membaca yang menarik dan sesuai dengan tatapan jiwa di internet. Bahkan ianya boleh dicetak untuk dibaca secara old-skool iaitu di atas kertas.

7. Banyak artikel menarik di internet. Tak percaya? Carilah. Bersepah ko akan jumpa nanti.

8. Harus diingat, artikel yang dipilih mestilah yang bercorak positif dan mempunyai unsur etika yang tinggi. Bukan macam blog aku. Blog aku lebih pada penulisan jurnal, refleksi. Aku tak bersetuju jika sebarang kalimah aku dalam blog ni dijadikan sandaran.

9. Oleh itu, marilah membaca. Masuk facebook, anda sudah membaca. Chatting? Membaca lagi. Jadikan aktiviti ini sebagai permulaan anda memacu diri sendiri ke arah tabiat membaca. Percayalah, satu masa nanti buku akhirnya akan menjadi santapan anda.

10. Akhir kata, jangan membaca dekat sangat, specky ko nanti.

Selamat membaca..

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on February 18, 2010 at 2:16 PM

pe bleh wat..aku memang dah pakai spec...itu menunjukkan aku kaki baca buku..weeehoo..huhu

Comment by Unknown on February 26, 2010 at 7:52 AM

yahaaaa.. Samala kite.. Heheeh

Anonymous on March 15, 2010 at 1:17 PM

bila dah lama x membaca buku,buku lain yang dibaca..sudah lama x memberi baca buku lima ke muka orang..

Post a Comment