MOOD

12:59 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Hari ni aku tatau kenapa. Moody sungguh rasanya. Jika ditanya moody tu apa? Moody tu satu perasaan nak terajang orang. Jika ditanya kenapa nak terajang, aku terajang ko terus.

2. Jika diperhalusi sebab musabab mengapa aku moody, ternyata kerana aku masih dalam mood cuti lagi. Dalam ertikata lain, tak bersedia untuk kembali bekerja.

3. Walaupun begitu, kerja yang dituntut tetap dilaksanakan, disempurnakan dan disiapkan tanpa banyak soal. Arahan mesti dipatuhi untuk kebaikan bersama.

4. Apa yang tak patut ialah diri aku yang moody, tak tahu kenapa, aku banyak miss perkara penting. Tu yang jadi moody. Bila moody, mulelah kerja rasa tak best. Kerja tetap siap, tapi perasaan tak best tetap melanda.

5. Aku harus memperbaiki sikap aku. Aku harus mencari jalan untuk melatih diri aku supaya boleh bertukar mood bila-bila masa yang diperlukan.

6. Walaubagaimanapun, apa yang paling penting ialah kerja mesti disiapkan dengan kualiti yang memuaskan. Tidak kira situasi apa yang dihadapi.

Selamat bekerja.

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on February 18, 2010 at 2:22 PM

bertenang..aku x nak member2 aku tergolong dalam cikgu2 gila...kalau marah lepaskan...cari bahan tuk lepaskan tension..jgn pendam...

Comment by Unknown on February 26, 2010 at 7:50 AM

betol.. Maka aku memilih untuk lepak setiap hujung minggu.. Hehehe sungguh seronok sekali!!

Anonymous on March 15, 2010 at 1:18 PM

xde mood??sms on cinta...

Post a Comment