STYLE

10:29 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin /

1. Salam. Aku baru balik dar menggantikan rakan sekerja aku yang tak dapat menunaikan tanggungjawabnya hari ni.

2. Sebenarnya, banyak je kerja aku nak buat. Pegi mampos. Aku tengah tekanan dengan kerja yang betimbun. Penulisan aku kali ini dipengaruhi tekanan. Dahla kerja banyak. Aku dahla mengambil kira hasil kerja aku sendiri.

3. Tadi masa aku relief, aku pun kebosanan la. Kalau aku wat kerja aku dalam kelas ni, alamat memekak la gak kelas ni kan.. 2nd last class, Form 5. tau la sangat.

4. Untuk mengelakkan masing2 bosan, aku pun berceritalah untuk menghilangkan bosan. Dan ternyata salah seorang daripada mereka bosan dengan cerita aku.

"Sudahla, balik-balik cerita yang sama. Aritu cikgu lain pun cerita yang sama gak"

5. Aku tak panas. Aku faham, zaman aku pun aku sendiri pun kebosanan disajikan dengan modal yang sama. Apa aku peduli, motif aku bercerita sebagai peringatan. Budak ni bukan faham pun.

" Cikgu tau tak, pakai baju ke dalam serabutttt (memandang ke tempat lain)"

6. Aku tak pertikai konteks yang disampaikan. Mungkin die tak faham kekemasan diri, sama la dengan aku dan rakan-rakan suatu ketika dulu. Tapi apa yang ingin dipertikai adalah cara menyampaikan mesej. Sungguh berani dan lantang.

7. Aku suka budak ni. Aku tatau nape, tapi aku teringin sangat nak jumpa mak bapak dia. Kesian budak ni macam ni. Kenapa dia macam ni? Mesti ada sebab. Cikgu nak ajar pun payah, mesti tak ada asas ni.

8. Tapi aku tak marah pun dia. Aku abaikan, buat macam biasa. Aku bercakap sendiri dalam hati, sekali lagi ko bersikap macam ni, aku janjikan KOPIAH di atas kepala ko nanti.

9. Buatlah, kalau tak percaya.

6 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by MeMeR on February 8, 2010 at 11:20 AM

Aku suka gaya penulisan mu bro,

Comment by Joseph on February 9, 2010 at 9:07 AM

haha jikalau suka mari2 lah luahkan komen.. aku x bleh pun nak folo blog ko bro? cmne nak folo?

Comment by Jalak Lenteng on February 10, 2010 at 1:30 PM

name pun budak....kadang2 mak ngan bapak x salah pun dalam hal ni...diri dieorg sendiri memilih tuk jadi cmni...

Comment by Sakti Arjuna on February 13, 2010 at 2:08 AM

hurm..biasanya kawan akan bertindak ganas dengan diiringi kata-kata ini.."kalau mak bapak kau tak reti ajar kau adab,diorang jangan marah kalau aku yang ajar kau cara beradab"...

Comment by Joseph on February 15, 2010 at 1:24 PM

jalak: tapi mak bapak yang menyediakan jalan untuk diorang. namun begitu aku agak bersetuju, sebab ada kes yang mak bapak habis usaha dah.. dah memang kpale die mcm tu..

sakti: wow, sungguh pedas.. boleh menimbulkan kemarahan jika ditujukan kepada insan yang beron.. wakakaka

Comment by Jalak Lenteng on February 18, 2010 at 2:25 PM

betul..kawan2ku...memang ada tp kurg la mak bapak yg x bukak jalan terbaek tuk anak dieorg...pasti ramai yg membuka jalan yg terbaek tu anak2 mereka..tgl lagi mereka yg memilih jalan yg salah...

Post a Comment