Dari apa yang selalu dilihat dan didengar, inilah reaksi yang biasa yang ditonjolkan jika malang tidak berbau di jalan raya.
1. Amik gambar menggunakan enset. Bluetooth dan mms kawan-kawan. Nak tengok enset best, masa ni paling sesuai. Kalah kedai enset.
2. Bercerita. Nampak macam baru je sampai, tapi cerita mengalahkan saksi di tempat kejadian. Pelbagai versi diutarakan, yang tak logik pun ada.
3. Check no plat. Ada juga yang agak berumur mencatat nombor di telefon bimbit masing-masing. Apalah yang pentingnye dengan nombor.
4. Sibuk bercerita pasal kereta yang eksiden. Mulalah komplen kat situ jugak bahawa pembuat kereta sememangnya menghasilkan produk yang gagal. Ceh konon. Apa ko ingat sume orang mampu pakai BMW?
5. Menyemak. Berdiri dan tercegat di tempat kejadian, ntah apa yang nak dilihatnya, aku pun tatau. Berderu orang datang nak tengok, tolong apa yang patut? Tak pun.
6. Habis tu apa yang patut dibuat?
7. Call ambulans? Setiap orang mengagak ada yang dah call padahal tak ada orang call pun. Bila ambulans lambat sampai, sibuk mengomel servis slow, ambulan x bleh blah, padahal bukan salah ambulan, dah orang lambat call.
8. Belasah pemandu yang terselamat kononnya dialah punca kemalangan. Masa ni semua nak tunjuk best kononnya prihatin.
9. Itu sajalah kesimpulan aku dapat buat berdasarkan pemerhatian kendiri dan cerita di kedai kopi.
10. Aku berharap agar masyarakat kita dan aku juga insaf dan berubah untuk bertindak mengikut situasi kecemasan, bukannya sibuk dengan hal yang tidak berkaitan.
3 pemikiran bernas dari masyarakat:
hahaha..kawan antara yang menyemak di tempat kejadian bercerita kepada orang yang baru sampai padahal kawan sendiri baru sampai dan tak tahu cite..hahahaha..best owh..rasa cam kita ni terlibat sama..bile pakcik2 ternganga mulut dengar cite kawan,kawan rasa puas..dan tersenyum sendiri..hehe
lihat dan beringat..penting tu..kira sakti memperingatkan kawan2 yg len la tu..haha
hahaha mmg best.. tapi jika kite pencerita atau tukang karut.. bagaimana jika kita dikaruti? weng beb nak folo cite mane yg btol.. hahahahahaha
btol2.. ade jugak natijahnye ye.. hahahaha
Post a Comment