PUSS IN BOOTS

07:18 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Tajuk itu mengenangkan hadiah pertama aku terima selepas mendapat nombor 3 dalam pencapaian keseluruhan di darjah 1..

2. Itu bukan isunya.. Petang tadi aku merasakan kasut aku semacam. Patutla, hampir berlubang. Segera aku merujuk kepada yang pakar.

3. Ketika kasut dibaiki, aku diberitahu mungkin agak bosan menunggu. Tidak salah jika diisi dengan kewajipan solat asar dengan meminjam seliparnya..

4. Insaf juga aku seketika..

5. Usai bersolat, aku pergi semula kekedai tukang kasut ini. Kulihat kasutku dirobek tapaknya, aku mendapati tumit kasut aku bukannya kayu seperti yang aku lihat. Habuk kayu rupanya.

6. Benar, hanya tukang kasut sahaja tahu akan kualiti sebenar berbanding dengan promoter kasut di butik dan gedung membeli belah.

7. Aku diberi pilihan tapak baru, aku memilih yang berkualiti, bayar lebih, puas hati.

8. Sudah memakai, terasa kesedapannya, sungguh selesa! Jauh berbeza dengan rasa memakai kasut ini ketika baru dibeli. Harga RM30 dibayar tanpa tawar menawar. Aku cukup puas hati.

9. Patutlah orang ramai memilih untuk membaiki kasut mahal mereka dari membeli yang baru.. Berbaloi..

10. Aku memang kagum dengan tukang kasut. Silap haribulan, pendapatannya melebihi apa yang aku ada sekarang ini..

3 pemikiran bernas dari masyarakat:

Anonymous on August 19, 2010 at 12:07 PM

benar..tapi ramai juga tukang kasut penipu..kerja macam haram tapi mengaku sudah bekerja 15 tahun..amat jarang kawan berjumpa tukang kasut yang betol2 poooowwweeeeeerrrrrrr

Comment by Unknown on August 22, 2010 at 10:04 AM

hahaha yeke? itulah masalahnya.. semua kerja ada penipunya kan..

Comment by Jalak Lenteng on September 6, 2010 at 3:50 AM

x kurg yg pupus....kat teman aku nih..dah lamer dah x der....org dh start mencari..femes beb keje ni kat temoat aku...sampai org tercari2 beliau..

Post a Comment