CELLULITE

10:39 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin /

1. Aku berkenan dengan enset ni. Mudah digunakan. Bentuknya ergonomik. Menawan kalbu. Sekalar dengan apa yang aku miliki sekarang.

2. Aku mengambil keputusan untuk memilikinya. Walaupun model keluaran agak lama, namun ia memenuhi segala keperluan apa yang aku inginkan dalam hiburan bila kebosanan.

3. Setelah kajian dijalankan di internet, nyatalah ia menepati spesifikasi yang aku idamkan, maka aku bergegas ke kedai enset yang berdekatan.

4. Ia tidak semudah yang disangka. Agak sukar dicari. Namun apa yang membuatkan aku panas ialah sikap peniaga yang berniat menghalang aku memiliki enset ini.

5. Kononnya mereka kata:
- susah enset ni bang. Apa pun tak jadi.
- kaler putih ke bang? Bulan depan hitamlah die bang. Tak pun kuning.
- skrin barai bang. Tak payahla amik. Amik yang mahal lagi.
- lama gila model ni bang. Mana ada pakai dah sekarang ni.
- enset ni boleh call ngan mesej je bang. Lain sume tak bleh.
- pen pun die tak bagi bang. Stylus takde pun..

6. Jangan percaya. Ini semua DUSTA BELAKA. Memang ko peniaga enset, tapi tak bermaksud aku ni bodoh. Telah aku kaji berbulan sebelum aku mengambil keputusan untuk memilikinya.

7. Yang paling bodoh? Die boleh cakap stylus tak ada? Nokia tidak sebodoh anda. Patutlah anda masih di kedai enset sebegini.

8. Moralnya, kalau kau tak berkenan, itu kau punya pasal. Bukan masalah aku la si bodoh. Jangan halang pengguna nak pakai apa. Sukati mereka, duit mereka, hak mereka.

9. Nak untung, macam-macam boleh buat. Ntahapehape..

4 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Memer on August 4, 2010 at 11:13 AM

Henset nokia pe ni bro??

Comment by Sakti Arjuna on August 4, 2010 at 10:07 PM

cantik beb enset lu..memang idaman setiap wanita la..kaulah idola ku

Comment by QaYYum MieJiFans on August 4, 2010 at 11:40 PM

wah tukar lagi...

Comment by Joseph on August 6, 2010 at 11:18 AM

memer: nokia 5230.. Nuron..
sakti: ko x mengulas pun mai point aku.. ceh..
yum: bukan tukar.. tambah.. trade in merugikan kalau tak rosak.. minta dijauhkan.. hehe

Post a Comment