FAST

09:29 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Inilah pemandangan masjid kampung kelulut. Sungguh meriah.

2. Ini merupakan program berbuka puasa. Antara yang dijemput:
- anak yatim dari Asrama Perkaya, Marang
- sekolah pondok marang
- warga OKU dari JKM
- kolej Inforana

3. Program ini jelas menunjukkan semangat kerukunan warga kampung di sini. Semangat bermuafakat yang terpuji.

4. Seekor kerbau disembelih sumbangan warga kampung. Lauk pauk lain juga turut dibawa dari rumah.

5. Inilah program tahunan yang meriah yang aku saksikan. Sungguh teruja. Sungguh syahdu..

PUSS IN BOOTS

07:18 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Tajuk itu mengenangkan hadiah pertama aku terima selepas mendapat nombor 3 dalam pencapaian keseluruhan di darjah 1..

2. Itu bukan isunya.. Petang tadi aku merasakan kasut aku semacam. Patutla, hampir berlubang. Segera aku merujuk kepada yang pakar.

3. Ketika kasut dibaiki, aku diberitahu mungkin agak bosan menunggu. Tidak salah jika diisi dengan kewajipan solat asar dengan meminjam seliparnya..

4. Insaf juga aku seketika..

5. Usai bersolat, aku pergi semula kekedai tukang kasut ini. Kulihat kasutku dirobek tapaknya, aku mendapati tumit kasut aku bukannya kayu seperti yang aku lihat. Habuk kayu rupanya.

6. Benar, hanya tukang kasut sahaja tahu akan kualiti sebenar berbanding dengan promoter kasut di butik dan gedung membeli belah.

7. Aku diberi pilihan tapak baru, aku memilih yang berkualiti, bayar lebih, puas hati.

8. Sudah memakai, terasa kesedapannya, sungguh selesa! Jauh berbeza dengan rasa memakai kasut ini ketika baru dibeli. Harga RM30 dibayar tanpa tawar menawar. Aku cukup puas hati.

9. Patutlah orang ramai memilih untuk membaiki kasut mahal mereka dari membeli yang baru.. Berbaloi..

10. Aku memang kagum dengan tukang kasut. Silap haribulan, pendapatannya melebihi apa yang aku ada sekarang ini..

FOODSTUFF

07:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Keadaan ni biasa dilihat pada bulan Ramadan. Mengalahkan bulan lainnya. Entah dimana bestnye, tidak pula kutahu.

2. Pelbagai makanan dijual dengan harga berpatutan, bergantung kepada jenis dan variasi makanan itu. Ada yang menarik, ada yang kusam.

3. Aku bila ke bazaar, aku hanya mencari kuih 2 jenis, bukan aku nak makan sangat. Nenek aku yang memerlukannya..

4. Tapi itu tak bermakna aku tak suka makan. Silap la. Antara hidangan makanan dan minuman yang mesti disantap di bulan puasa:
- murtabak
- kuih batik
- ayam golek
- nasi kerabu
- puding
- ikan bakar
- air tebu
- air pepsi

5. IRONINYA, yang aku makan hanyalah ini sahaja pada sahur dan berbuka hinggalah hari ini:
- sambal petai
- petai jeruk
- kangkung masin
- tempoyak
- ikan / ayam goreng

6. Sebab aku tak pikir nak makan mana, tapi memang aku dahaga.. Lapar air, kebulur air.. Bebuke je tibai air.. Sampai sebu, sampai tak larat, perut penuh air.

7. Lantak la korang nak kata apa, aku memang banyak air di bulan puasa..

FUTSAL

22:17 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Lihat saja pemandangannya, sungguh mengujakan. Tidak banyak kedai sebegini di Terengganu.

2. Tokeynye berumur 23 tahun. Memiliki kereta bernilai jutaan ringgit. Bukan sebijik. Semuanya diimport.

3. Melihat pada itu tidak dapat disangkal lagi, tidak ramai pengusaha melayu yang berjaya sebegini.

4. Perniagaannya berasal dari hanya sebuah gelanggang futsal, kemudian berkembang ke pelbagai bidang. Sebut sahaja, bistro, sewa bas, hinggalah ke perniagaan prepaid telefon juga diusahakan.

5. Ada pihak mengata. Ada pihak membenci. Kononnya beliau menjual dadah. Pernah ditahan bagi siasatan kemudiannya dibebaskan.

6. Pendapat aku, jangan mengata jika tiada bukti. Ada bukti, laporkan saja pada pihak berkuasa. Mereka boleh menyiasat.

7. Tetapi kalau tiada bukti, jangan menyebar fitnah. Haram namanya. Pantang berjaya, nak difitnah. Sampai bila bangsa kita sebegini?

8. Marilah kekedai ini. Internet juga laju. Memuaskan. Sajian juga menyelerakan. Harga boleh dikatakan murah lagi dari Singgah Selalu di Danga Bay, Johor.

9. Aku akan datang lagi kekedai ini. Sememangnya tiada tandingan..

DAM DAM DUM

13:51 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Kasihan pelajar ini. Mau menimba ilmu, dikejutkan dengan bedilan mercun yang memekakkan telinga.

2. Benar, kawasan ini terunggul dengan kejuruteraan bahan letupan. Mungkin bapanya atau ibunya merupakan pekerja meletupkan bukit bagi projek lebuhraya.

3. Mercun yang diperolehi tak tahu dari mana, kemudian diubahsuai menjadi lebih kuat, ibarat bunyi bom tangan yang dibahagi tiga. Kuat la tu.

4. Aku kalau dapat, aku memasang angan-angan untuk meletakkan mercun tersebut ke dalam mulut ''jurutera'' ini.

5. Majlis ilmu jangan diganggu. Jika ada yang mengalami masalah kesihatan? Macam mana? Sudah tentu lain jadinya.

6. Bukannya aku larang ko main mercun. Ko bukan adik aku, nak larang sampai begitu sekali. Ko pun kalau dilarang bukan nak dengar.

7. Tapi sememangnya biadap membaling mercun di dalam kawasan sekolah, bersebelahan kelas guru mengajar. Eh silap, ustaz mengajar.

8. Ustaz tersebut sangat baik. Tak pernah pun buat masalah pada ses..

*boom* .......SIALAN!

9. Mercun berbunyi lagi mampos. Aku sumpah ko putus jari, tak pun mampos awal.. Mak bapak tak ajar ya, main mercun mcm anak tak guna.

10. Aku saspek ko ni anak haram agaknya, cakap pun tak nak dengar. Yela, mak bapak original ko tah kemane pegi. Tu perangai macam setan ni..

Dasar bajingan!

MERAYU BANTUAN

10:37 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)


Ini merupakan emel yang aku terima pada hari itu berbunyi seperti ini, maka kalian janganlah segan untuk menghulurkan derma.. terlajak ke mesin cash deposit, tidak salah kiranya dapat dihulurkan sedikit sumbangan..

"Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hani b berasal dari Kuala Lumpur .Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah
bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00

2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.

3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan/ Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama:- 


Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib 

CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek di talian 012 658 0456 / 013 695 3030 

Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan.Saya doakan. SemogaTuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera. Sekian, terima kasih. Adiranna Alysya "

P/S: JANJI ALLAH KEPADA UMATNYA: SETIAP SATU YANG KITA SEDEKAHKAN IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T, AKAN DIGANTIKAN DENGAN 10 KALI GANJARAN.

IPBA

11:36 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

Apa itu IPBA? Berdasarkan kepada pemerhatian aku, IPBA boleh
direfleksikan kepada bahagian positif dan negatif:


Positif:

1. Kampus ceria

2. Professionalisma sentiasa dijaga

3. Pelajar yang saling menghormati

4. Suasana yang tidak bising.

5. hanya 1% sampah dapat dilihat, itu pun jika dicari.

6. Warganya senyum sentiasa

7. Kenderaan mewah mudah dilihat di sini

8. Sajian ''cold chocolate'' kantin yang lazat

9. Perkhidmatan Internet terpantas yang pernah digunakan setakat ini

10. Kampus "Zon Larangan Merokok" yang berkesan.

11. Pemandangan yang sangat indah dari blok menara.


Negatif:

1. Tak ada kedai topap

2. Susah nak parking motor kat blok menara

3. Tidak boleh merokok

4. Toilet yang "old-skool" tapi bersih

5. Jalan berlubang-lubang (di luar kampus kerana masih dalam pembaikian)

BEE NEE

11:28 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Seringkali masyarakat bertanya mengapa kereta besar menjadi idaman
semua. Tapi itu tidak termasuk kereta yang sebegitu rupa..

2. Sedang aku bersembang bersama Pak Guard, maka melintas satu kereta
yang jarang diliohat dipandu oleh wanita yang dilihat sangat kaya
raya..

3. Aku mula berfikir sejenak, dari mana untungnya? Ah, rezeki
pemberian Tuhan jangan dipersoal.. Masing-masing punya bahagian yang
sama rata, cuma kita yang tidak menyedari..

4. Point utamanya aku tertarik dengan apa yang cuba diutarakan oleh
pak guard itu, dia mendedahkan pada aku 2 konsep:
- bini kalau biasa, lelaki kaya, maka senanglah bini tu.
- bini kalau kaya, lelaki biasa, maka sampai bila-bilalah lelaki
tu tak senang.

5. Aku tak tahu mana satu benar ataupun salah. Akan tetapi, aku
menyedari bahaw setiap orang ada pandangan masing-masing.

6. Hakikatnya, benda-benda macam ni ikut perangai.. Kalau buruk, maka
buruk la perangainya. Ada je lelaki yang kaya dan perangai macam
sampah. Ada juga lelaki yang kaya tapi tak nampak kaya, low profile..
Begitu juga perempuan.

7. Akan tetapi statement dari pak guard itu boleh dijadikan metodologi
kajian aku selepas ini.. Kajian? Silap.. Pemerhatian ajela kot.. Malas
aku nak mengkaji.. Kerja pulak bertimbun..

8. Apa pendapat kalian?

CELLULITE

10:39 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Aku berkenan dengan enset ni. Mudah digunakan. Bentuknya ergonomik. Menawan kalbu. Sekalar dengan apa yang aku miliki sekarang.

2. Aku mengambil keputusan untuk memilikinya. Walaupun model keluaran agak lama, namun ia memenuhi segala keperluan apa yang aku inginkan dalam hiburan bila kebosanan.

3. Setelah kajian dijalankan di internet, nyatalah ia menepati spesifikasi yang aku idamkan, maka aku bergegas ke kedai enset yang berdekatan.

4. Ia tidak semudah yang disangka. Agak sukar dicari. Namun apa yang membuatkan aku panas ialah sikap peniaga yang berniat menghalang aku memiliki enset ini.

5. Kononnya mereka kata:
- susah enset ni bang. Apa pun tak jadi.
- kaler putih ke bang? Bulan depan hitamlah die bang. Tak pun kuning.
- skrin barai bang. Tak payahla amik. Amik yang mahal lagi.
- lama gila model ni bang. Mana ada pakai dah sekarang ni.
- enset ni boleh call ngan mesej je bang. Lain sume tak bleh.
- pen pun die tak bagi bang. Stylus takde pun..

6. Jangan percaya. Ini semua DUSTA BELAKA. Memang ko peniaga enset, tapi tak bermaksud aku ni bodoh. Telah aku kaji berbulan sebelum aku mengambil keputusan untuk memilikinya.

7. Yang paling bodoh? Die boleh cakap stylus tak ada? Nokia tidak sebodoh anda. Patutlah anda masih di kedai enset sebegini.

8. Moralnya, kalau kau tak berkenan, itu kau punya pasal. Bukan masalah aku la si bodoh. Jangan halang pengguna nak pakai apa. Sukati mereka, duit mereka, hak mereka.

9. Nak untung, macam-macam boleh buat. Ntahapehape..

NICC-O-TYNNE

10:35 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Itulah dia. Harga pun tak mahal mana. Bila lah aku nak beli.

2. Semua berpunca dari aku sendiri yang bengang melihat reaksi masyarakat selepas aku keluar mengecas di tandas berdekatan. Kuatnya bau, tidak terkata.

3. Aku akui bau yang dihasilkan tidak menyenangkan. Akan tetapi, apa boleh buat. Pelbagai cara diambil untuk tidak lagi terjebak ke kancah makanan jin ini. Demam pula jadinya.

4. Doktor juga telah aku temui dan doktor ada menasihatkan aku supaya bermula dari langkah mengurangkan terlebih dahulu.

5. Persoalannya ini dadah. Bukan makanan ringan. Aku jarang menyentap makanan ringan.

6. Aku akan cuba, jika tak boleh, apa boleh buat. Akan tetapi bila berjumpa dengan penagih yang sama, maka hidup akan menjadi riang gembira. Bau yang dihasilkan dalam skala besar tidak lagi memalukan kerana ia dikongsi bersama.

7. Katakan TAK NAK? Aku katakan SLOW-SLOW. Kalian berikanlah sokongan kerana selepas setiap kali mengecas, memang timbul rasa weng dan penyesalan.