BOOKWORM BUTCHERS

23:51 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Hari ni aku menjejakkan kaki aku ke pesta buku antarabangsa. Sungguh menarik, niat asal aku hanya untuk menemani mak aku dengan adik aku mencari buku.

2. Aku? Buku? Tanyalah Sakti dan Jalak, maka benarlah apa yang akan diperkatakan itu.

3. Akan tetapi jauh di sudut hati aku ada niat untuk memiliki beberapa buku yang sungguh menarik untuk dimiliki.

4. Akan tetapi, bila sampai masanya, entah kenapa hilang pulak memori fotografik aku pada buku-buku tersebut.

5. Akan tetapi tidak mengapa, aku tak menyesal. Tak rugi pun pergi kali ni. Lambakan kaum hawa dimana mereka penggemar buku tegar yang sungguh sedap dipandang.

6. Jika ada peluang, tak salah memilih. Cawangan baru boleh dibuka. Jahat bukan?

7. Pada Jalak, marila kesini, maka anda tidak akan menyesal. 10 kali ganda lebih hebat dari MPH, dan ada juga 'produk' bertaraf antarabangsa untuk 'diayat'.

8. Aku paparkan gambar diatas itu sebagai sampel bukti betapa banyaknya buku yang dijual di sini.

SMILEY

12:56 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Hari ni aku rasa weng sungguh. Dahla tidur lambat semalam, hari ni plak kene bentang research method. Aku plak sebutir habuk pun x prepare.

2. Selain tu, aku pun agak risau jugak, yelah, bermotosikal ni bila awan mendung sikit memang kene prepare macam-macam. Kalo tak, mau kuyup helmet tu nanti.

3. Dan banyak lagi masalah lain. Cobaaaaannnn..

4. Maka dengan apa yang ada, aku berjalan perlahan dengan memandang ke bawah, memikirkan apa la nak jadi dengan aku ni.

5. Sambil memandang ke bawah, aku ditegur oleh seorang wanita agak berumur dan aku tak kenal akan tetapi cara dia menegur aku membuatkan aku terharu dan malu.

6. Dia meluru terus ke arah aku, seraya berkata dalam bahasa Inggeris mafhumnya, jangan sesekali memandang ke bawah, pandanglah ke depan dan sentiasalah bersikap ceria dan saya akan gembira melihat awak.

7. Beliau seorang pensyarah, Dr. Aku bukan pelajarnya, tiada tag pelajar pun pada aku. Dia tahu yang aku dari luar untuk menghadiri kursus sahaja.

8. Akan tetapi keperihatinan dia membuatkan aku terharu. Sangat terharu. Sehinggakan aku ceria sepanjang hari ini kerananya.

9. Cuba korang cakap dengan aku, brapa orang manusia macam ni yang korang pernah jumpa?

10. Aku berani kerat jari, satu dalam sejuta beb.

Inilah yang dinamakan 'One in a Million'..

MAKANG IKANG

10:00 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Baru-baru ini aku singgah di rumah salah seorang penduduk kampung dengan hajat beramah mesra. Didapati rupanya beliau juga salah seorang sanak- saudara di kampung aku.

2. Aku sangat mementingkan layanan. Bagi aku, layanan bererti penghargaan orang pada kita, walau pada hakikatnya aku tak reti melayan orang.

3. Beliau merupakan seorang nelayan, mencari rezeki di lautan biru, bergadai nyawa demi untuk membesarkan anaknya sepuluh orang.

4. Jika dilihat rumahnya, rumah kampung yang besar, walau pada hakikatnya bukan rumah batu, namun bila masuk di dalam rumahnya besar dan perabot juga sangat hebat. Seperti duduk di hotel. Terdapat juga tempat khas untuk beliau menyiapkan perkakasan ke laut.

5. Jika dilihat kereta yang dimiliki, tentunya kereta seorang nelayan. Maka tidak hairanlah kebanyakan orang menganggap bahawa nelayan tidak mampu untuk memilikinya.

6. Jika ditanya anak? 10 orang semuanya. Anak dara comel belaka, sang teruna pun tidak kurang hensemnya.

7. Sekali lihat, keadaan beliau susah bukan, namun beliau sentiasa memanjatjan syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan limpahan rezeki yang banyak.. Alhamdulillah.

8. Beliau juga meluahkan seringkali beliau ke Kuala Lumpur, beliau sering dipandang rendah dek kerana beliau hanya seorang nelayan. Maklumlah, pada dasar penglihatan rabun wargakota, beliau tidak akan mampu untuk memiliki apa-apa yang mewah.

9. Namun aku cuba meneliti hidup beliau, pendapatan beliau. Pada seorang nelayan, ke laut itu ibarat mencari barang yang hilang. Itulah ikan namanya.

10. Pendapatannya? RM20k sebulan beb. Anak2 semua stabil. Rukun islam beliau yang kelima telah ditunaikan. Tanyalah orang berkereta mewah, kebanyakannya belum lagi pergi haji. Huh..

11. Gaya beliau tidak tumpah melayan sesiapa sahaja sebagai kawan baik. Sifat merendah diri beliau tetap dipuji semua orang. Lihatlah segelintir ahli korporat, pendapatan RM5K pun sudah berhidung tinggi.

12. Moralnya di sini, jangan memandang sebelah mata. Akhlak, budi pekerti dan amalan mulia menjadi ukuran dalam hidup kita..

JIKA KEMALANGAN BERLAKU

02:55 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

Dari apa yang selalu dilihat dan didengar, inilah reaksi yang biasa yang ditonjolkan jika malang tidak berbau di jalan raya.

1. Amik gambar menggunakan enset. Bluetooth dan mms kawan-kawan. Nak tengok enset best, masa ni paling sesuai. Kalah kedai enset.

2. Bercerita. Nampak macam baru je sampai, tapi cerita mengalahkan saksi di tempat kejadian. Pelbagai versi diutarakan, yang tak logik pun ada.

3. Check no plat. Ada juga yang agak berumur mencatat nombor di telefon bimbit masing-masing. Apalah yang pentingnye dengan nombor.

4. Sibuk bercerita pasal kereta yang eksiden. Mulalah komplen kat situ jugak bahawa pembuat kereta sememangnya menghasilkan produk yang gagal. Ceh konon. Apa ko ingat sume orang mampu pakai BMW?

5. Menyemak. Berdiri dan tercegat di tempat kejadian, ntah apa yang nak dilihatnya, aku pun tatau. Berderu orang datang nak tengok, tolong apa yang patut? Tak pun.

6. Habis tu apa yang patut dibuat?

7. Call ambulans? Setiap orang mengagak ada yang dah call padahal tak ada orang call pun. Bila ambulans lambat sampai, sibuk mengomel servis slow, ambulan x bleh blah, padahal bukan salah ambulan, dah orang lambat call.

8. Belasah pemandu yang terselamat kononnya dialah punca kemalangan. Masa ni semua nak tunjuk best kononnya prihatin.

9. Itu sajalah kesimpulan aku dapat buat berdasarkan pemerhatian kendiri dan cerita di kedai kopi.

10. Aku berharap agar masyarakat kita dan aku juga insaf dan berubah untuk bertindak mengikut situasi kecemasan, bukannya sibuk dengan hal yang tidak berkaitan.

UMI, MAMA DAN IBU

02:40 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Sepetang di Low Yat dan Imbi memang memenatkan. Namun demi keseronokan melihat dan ingin membeli barang komputer, aku bersama Af gagahi jua.

2. Sampai je dekat salah sebuah kedai selepas letih membuat survey, barang dibeli, transaksi berjaya.

3. Terfikir pulak nak beli barang lain, adatlah bila berduit sikit, mulalah nak belanja. Apa yang tak penting, terus jadi keutamaan.

4. Terfikir pulak macam mana aku nak cuci laptop aku bersih macam baru dibeli. Puas memikir, sama je jawapan pekedai-pekedai serta rakan yang dihubungi. Antara jawapanya seperti susah nak tanggal, beli laptop baru, pakai klorox dan sebagainya yang karut pada pandangan aku.

5. Ada juga yang menawarkan barangan yang diragui keberkesanannya. Masakan tidak, bisnes is bisnes. Ada jugak yang suruh pakai thinner. Lagi hampeh, maunye kalo meruap kene laptop tu, terus beli laptop baru. Setel problem.

6. Sampai di rumah dalam keadaan hampa kerana jalan penyelesaian gagal diperolehi, aku terus memikir sambil menonyoh pemadam getah yang dicuri dari kotak pensel adik aku ke laptop yang comot.

7. Mak aku yang perati tindakan aku sejak sekian lama menyuarakan pendapat, 'Cube try spray baju mak slalu gune tu, kalo buat di baju, mudah tanggal kotorannya'.

8. Aku pun mula merasakan pendapat itu salah satu lagi idea kurang bijak dengan meletakkan cecair penanggal kotoran pakaian pada baju. Pakaian dan laptop merupakan benda yang berbeza. Namun begitu aku pun layan la, tak salah cuba.

9. Setelah menyapu dengan beberapa sapuan, ternyata ianya berhasil!! Laptop yang dulunya kekuningan dan kehitaman dek kerana usia dan habuk kotoran bertukar seolah-olah baru dibeli.

10. Aku merasakan ini satu petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Hampir setahun aku cuba hilangkan kesan degil tu, tapi aku tak pernah tanya mak aku. Rupanya cadangan mak aku itulah yang paling berkesan, walaupun mak aku kurang arif berkenaan dunia ICT.

11. Berikutan dengan itu, sebak rasa di dada, mengenangkan betapa Yang Maha Kuasa menunjukkan pada aku bahawa MAK tetap perlu dirujuk walau apa masalah sekalipun berlaku.

12. Terima kasih, Mak..

BRO K

00:40 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Aku sungguh kagum a ngn ko kerana dengan kebijaksanaan ko, akhirnya tercipta sebijik program komputer yang dikatakan dapat membantu manusia menghabiskan wangnya dengan 'bijak'.

2. Berdasarkan apa yang aku lalui, apa yang dikata tidak sehebat manapun. Program yang dijual ini didakwa boleh menghapuskan al-virusi yang berjaya masuk ke segenap lapisan komputer yang ada.

3. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian aku juga produk yang dijaja oleh bro ni sebenarnya laku dek kerana publisiti yang ditonjolkan melalui stuntman yang terkenal, Mr J.

4. Program ko tak ubah macam BENGAP.

5. Mengapa? Sebab ko update virus database mcm bangang. Dahla banyak, lepas tu habis slow connection aku. Sume kerja tak jalan. Loading memanjang.

6. Lepas aku tutup program ko ni, laju gile la pulak lepas tu. Mmg dasar penyedut.

7. Lepas tu pulak, bila scan, notify la dulu beb apa-apa, ni sesuka hati ko je delete. Benda bukan virus dikata virus, penting pulak tu. Habis kerja aku tertangguh lagi.

8. Aku tahu apa sebenarnya agenda tersirat ko. Ko nak duit je. Bisnes is bisnes. So aku nekad memang takkan beli produk ko.

9. Falsafah hidup aku, sentiasa membeli atau menggunakan khidmat atau produk yang sentiasa menyenangkan, bukan menyusahkan orang.

10. Si bodoh.. Bengap.. G mampos..

KERBAU

00:35 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Tadi aku pergi ke rumah salah seorang warga kampungku yang tercinta. Beliau akan mengadakan kenduri kahwin dan rewang diadakan la macam biasa.

2. Dari apa yang aku lihat, warga kampung sebenarnya mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding dengan warga kota. Ini kerana muafakat dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dapat ditunjukkan dalam rewang yang diadakan.

3. Bukan aku tak pernah pergi rewang, jika dilihat SECARA KASAR, warga kota lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan atau sahabat yang mempunyai minat atau kehendak yang sama, atau lebih dikenali dengan terma 'Masuk Kepala'.

4. Di kampung, jelas dilihat walau siapapun anda, anda tetap berhak diberikan layanan yang adil, mesra dan sekufu walaupun dari berlainan minat dan pemikiran.

5. Namun begitu, aku dapat juga mengenalpasti ada warga kampung yang tidak berminat untuk menghadiri program seperti ini. Kenapa?

6. Alasannya hanya satu, perbezaan fahaman politik. Ini juga dapat dilihat di mana-manapun termasuklah di bandar.

7. Aku kurang bersetuju kerana politik dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza. Politik tidak perlu diketengahkan dalam semangat kekitaan dan tolong menolong.

8. Apa yang pasti, aku sangat menghargai program seperti ini. Aku dapat lihat dengan jelas pengertian sebenar muafakat membawa berkat.

9. Kepada yang lebuh suka untuk memilih politik sebagai kriteria utama untuk bekerjasama, ingatlah bahawa satu masa nanti kita akan dikumpulkan bersama dalam satu kawasan, tidak pun diasingkan mengikut undi dan parti.

10. Maka itulah pendapat aku. Tak suka? Jangan baca. Senang kan?