LURVE IS IN THE AIR

17:16 / Diutarakan oleh Mohd Khairul Aizuddin /



1. Sedang asyik aku melayari blog rakan yang lain, aku melintasi satu blog yang kerap dilawati tidak diletakkan komen.. Hahaha

2. Nak tengok? - http://cikgupaddy.blogspot.com/2010/12/abg-kiki-bertunang-tips-bakal-suami.html

3. Berikut adalah jawapan aku berdasarkan dari hasil kajian pengalaman sendiri dan bini aku juga hahaha..


  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
    • InsyaAllah..
  • Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
    • Bini aku tak boleh disentuh ketika buat kerja.. Hahaha
  • Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
    • Tau dah jawapannya.. Hehe
  • Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
    • Itulah masalah aku.. Akan dipertingkatkan.
  • Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
    • Ya dan isteri juga perlu memahami masalah kita juga.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
    • Perghh berjam-jam dah aku bagiii.. Haha
  • Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
    • Bunga atau coklat, bini aku nak coklat lagi so boleh makan.
  • Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
    • Tolong masak tu impossible, takkan dibagi punye. Tapi makan di luar memang akan ada nanti.  
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
    • Memang, sampai perasan beliau.. Haha
  • Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
    • Dan dia pun kena pujuk sama. 
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
    • Kena bagi lebih aku rasa, sebab dah bini kan. Sape lagi nak tolong.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
    •  Memang. Berjalan pun kena slow, dan teman window shopping skali. Haha
  • Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
    • SMS sudeh.
  • Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
    • Kene la ada sebabnya tidak boleh supaya tak nampak kerek sangat. 
  • Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
    • Tak ada maknanya, nanti kene sound lagi. Haha
  • Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
    • Kengkadang tak perlu mention, just let go. Adat la tu memang manusia ade time "dol" dia. 
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen
    • Bini aku suka tengok tv so kacau lepas tengok tv.
    •  Aku pulak tak suka tengok tv. Layan aje kalau cerita agak menarik.
  • Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
    • Biasanya keluar setelah dipesan oleh isteri. Haha
  • Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
    • Saya setuju.. Heeeee 
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
    • Uishhh kena la lebih.. Hahahaha

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment