BUNGA TELUR

19:46 / Diutarakan oleh Unknown /


Maafkan aku kerana agak lama aku tak menulis ye. Mungkin kerana aku sangat sibuk dengan dunia baru yang menyeronokkan.

Ohye, aku baru sahaja melangsungkan perkahwinanku bersama si dia yang tercinta. Alhamdulillah. Ribuan terima kasih pada yang sudi hadir, terutama pada yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri majlis aku yang sederhana.

Aku ingin mengulas berkenaan perkahwinan. 2 minggu sebelumnya, aku ada melintasi satu kawasan dimana berlangsungnya perkahwinan ala extravaganza.

Aku teruja jugak dengan majlis yang diadakan. Siap papan iklan yang besar di tepi jalan. Kanopi jangan cerita la. Ntah siap aircond ke hape aku tatau la. Tp agak logik la kan.

Lepas tu aku berkongsi apa yang aku lihat bersama beberapa orang yang ada. Respon yang aku terima ada juga yang membantah atas alasan tak berkat kerana keterlaluan.

Pendapat aku, terpulang pada penganjur majlis. Kemampuan itu hanya tuan rumah sahaja yang tahu. Keterlaluan itu diukur melalui lebih daripada mampu sehingga membebankan diri.

Kalau dah sangat mampu, aku rasa tak perlu mengatakan keterlaluan kerana ia sesuai dengan tarafnya dan tahap kemampuannya yang dia ada. Lainla kalau dia tu memang tak mampu. Berbaris je kereta mewah aku tengok di rumahnya.

Amalan bersedekah itu kan baik. Lagi besar sedekah, lagi digalakkan selagi tidak menimbulkan masalah pada tuannya di kemudian hari.

Akhir kata, kalau anda kaya, sudah tentu anda akan buat sepertinya juga. Kalau banyak duit, buatlah cara banyak duit dan begitulah sebaliknya.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment