TERLEBIH

16:45 / Diutarakan oleh Unknown /


1. Aku baru sahaja memiliki sebuah peranti yang agak seronok untuk dimainkan. Benar, ia lebih dari sekadar telefon.

2. Apa yang peliknya peranti ini tidak ada aplikasi yang betul-betul khas untuk blogger kerana aku tak tahu mengapa.Yang ada hanya untuk wordpress sahaja.

3. Dahulu semasa aku menggunakan telefon yang ada banyak keypad itu, boleh je aku email kepada blogger dengan selesa dan mantap. Tapi dengan menggunakan peranti ini? Gambar atau teks sahaja bolehlah masuk, kalau dua-dua sekali jangan haraplah. Macam bodoh, langsung tak ada tulisan. Penat aku menaip.

4. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan sahaja laptop memandangkan aku kurang menggunakannya kebelakangan ini. Seronok juga bersama laptop kembali. Kan lebih senang menaip.

5. Aku mempelajari sesuatu daripada ini, tidak semestinya peranti yang mahal harganya boleh melakukan semua kerja yang ada. Kalau ada, maka tak lakulah yang lain. Bankrapplah semua syarikat nanti sebab orang akan memiliki benda yang sama sahaja.

6. Samalah dengan apa benda yang lain pun yang dijual di pasaran. Tak akan ada benda yang lengkap. Bukan tak boleh buat, tapi kalau buat, nak jual apa pulak lepas ni?

7. Itulah namanya perniagaan, Nak kaya kenalah pandai. Betul tak tokey-tokey sekalian?

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment