KELANTAN

08:51 / Diutarakan oleh Unknown /

1. Syukur pada hadrat yang maha berkuasa, aku berpeluang menjejakkan kaki semula ke serambi mekah selepas 17 tahun merindui pengalaman yang sama.

2. Aku menyertai lawatan kerja dan aku merasa agak sedih kerana ketika ini rakan2 warga kelantan sibuk bekerja mendidik anak bangsa mereka.

3. Semalam aku berjalan2 di wakaf che yeh dan aku merasa seronok sungguh.

4. Mungkin jakun agaknya. Haha

5. Kemudian aku singgah di kedai sup belut berdekatan. Juga pertama kali merasai sup belut, sungguh mantop dan ho liao!

6. Aku difahamkan ramuan sup belut kebanyakannya berasal dari thailand. Tidak hairanlah jika ianya sedap.

7. Aku berkata pada diri sendiri, tak perlulah berangan bercuti di luar negara, hatta jika mampu sekalipun.

8. Khatamlah dulu dalam negara, maka lepas itu layaklah bercuti di luar.

9. Selain itu, jiwaku tersentap melihat kecantikan gadis di sini. Tersentap kerana memkirman kebodohan diri pada masa lampau. Bak kata penjajah british, 'its not worth it u know'. Beratus kali darjat keindahannya yang aku saksikan berbanding dengan apa yabg pernah aku bayangkan.

10. Namun itu tak bermakna apa yang aku ada sekarang tidak sebegitu. Aku hanya membandingkan dengan kebodohan aku pada masa lampau.

Banyak perkara peribadi aku pelajari dari lawatan ni. Insaf seketika...

2 pemikiran bernas dari masyarakat:

Comment by Jalak Lenteng on October 29, 2010 at 2:58 AM

bru aku sedar..aku mmg ader darah kelantan....

Comment by Unknown on October 31, 2010 at 9:02 AM

yaaa patutlah ko mempunyai susuk tubuh seperti gadis kelantan hahahahahahaha

Post a Comment