GENGSTER

08:04 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. Hari tu aku disuruh buat kerja sikit. Aku tak kesah.

2. Kalau kerja tu memang di bawah tanggungjawab aku, takde masalah pun. Aku memang suke. Baik berkhidmat dari tidak berguna kan?

3. Aku bengang sebab agak2 la kerja yang dibagi, melebih-lebih la pulak. Takkan anda sampai nak sampai dimanjakan begitu sekali.

4. Aku memang kecik ati. Sampai ati anda buat saya begini. Akan tetapi, saya tetap akan menurut perintah anda walaupun sudah menjadi fakta yang anda tidak disukai ramai.

5. Nenekauuuu..

DI TEPIAN

10:16 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

1. Hari ini maka dengan rasminya berakhirlah pesta jualan bagi pantai kampung kelulut selama 2 minggu. Sedih sungguh rasanya.

2. Aku ada pergi ke sana untuk melihat-lihat barang apa yang diniagakan. Akan tetapi agak hampa sebenarnya melihatkan harganya yang mahal, tak berbaloi dengan apa yang dijual.

3. Memang tak dapat dinafikan buatannya bermutu tinggi. Akan tetapi ia masih disifatkan sebagai buatan tiruan, yang harganya hampir sama dengan yang dijual di butik terkemuka.

4. Aku pada mulanya agak tak berpuas hati, tapi setelah mendengar penjelasan dari orang kampung, maka aku pun faham mengapa.

5. Dari apa yang aku dengar, sewa khemah bagi setiap gerai adalah sangat mahal, tak berbaloi dengan lokasi perniagaan yang ditawarkan. Akibatnya, harga pun naik, hanya sekadar untuk menutup 'lubang' sahaja.

6. Itu pun tak balik modal. Apa nak jadi..

BODOH MACAM LEMBU

16:45 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

1. Dalam penulisan aku yang lepas aku ada melahirkan rasa tak puas hati dengan kebanyakan pengguna jalanraya terutma di tempat aku. Nampaknya masih ada isu yang belum aku sampaikan sepenuhnya lagi.

2. Dalam bulan lepas, seorang belia cedera teruk dalam satu kemalangan jalanraya. Depan mata aku jelas kelihatan dia berlanggar dan jatuh terseret dengan begitu teruk sekali. Sekali lihat dalam kegelapan seperti menunggang motosikal dengan cuai. Aku pun bergegas la melihat apa yang berlaku.

3. Alangkah terkejutnya perasaan aku apabila melihat hanya dia sorang je kemalangan teruk. Motor? Jangan cakapla, sure berderai punye. Dah laju katakan. Mujur mangsa terbabit tidak bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Kereta tu pun sempat mengelak. Sungguh berhemat pemandu tu.

4. Sedang aku sibuk memikirkan punca kemalangan terbabit, aku ternampk seekor anak kerbau tak jauh dari tempat tu. Nampak macam patah tulang je rasanya. Tapi anak kerbau tu pun tak boleh bangun. Jadi sah la tuannya tak bertanggungjawab sesuka hati membiarkan ternakannya melintas jalanraya sesuka hati. Mana tuannya? Mampos la kalau dia ada. Sah-sah la kene tanggung semua perbelanjaan perubatan mamat tu.

5. Jadi keesokan paginya barulah tuan tu datang melihat anak kerbaunya tersadai. Geram je aku tengok, mujur pakcik aku berpesan jangan masuk campur hal orang yang tak berkaitan. Kita bukan hero jalanan, kita hidup nak cari makan. Betul jugak katanya.

6. Bukan pertama kali kes macam ni, kadangkala lembu pun turut serta dalam adegan yang menyayat hati ni. Pihak majlis perbandaran ada buat tindakan dengan menahan semua ternakan kemudian meletakkan denda sebanyak RM500 seekor untuk mendapatkan kembali ternakan mereka. Masa tu barulah nak pikir terpaksa jual seekor untuk melepaskan sekawanan ternakan korang.

7. Tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan beberapa kereta di depan terpaksa brek mengejut kerana seekor kerbau yang besar gile melintas dengan rileknya di depan kitorang. Celakak betol.

8. Aku berharap la, tuan-tuan ternakan ni jangan la mempunyai pemikiran macam ternakan kau. Kalau kau bayar cukai jalan untuk ternakan kau aku tak kisah. Kau pun tak ada kat situ. Ini bukan cara mengembala dengan betul. Ini macam sial namanya.

9. Bangang..