LOVE STORY

08:52 / Diutarakan oleh Unknown /

1. ada sorang kawan lama aku kontek aku, rindu katanya.

2. dia pun bercerita mengenai kehidupannya sekarang ni. sedih, sesal dan benci menyelubungi jiwanya. dah macam tak ada harapan lagi dalam hidupnya.

3. dia mula bercinta sejak dari bangku sekolah menengah lagi. awek yang dicintainya pun "cemerlang" paras rupanya. semua cukup, complete set..

4. tapi betul ke cukup? ada satu lagi yang tak cukup, DUIT.

5. jadi memikirkan atas dasar itulah mamat ni terus kerja lepas SPM. bersedia nak berumahtangga katanya. aku sokong atas dasar kesediannya, bukan atas keadaannya pada masa itu.

6. mungkin atas dasar nak kahwin, terlanjur pula di tengah jalan. nak buat macam mana, kahwin sajalah. lagi cepat, tak perlu buat kenduri. lagi murah, senang cerita.

7. lepas kahwin, memang tiada masalah, walau tak mewah tapi nampak kebahagian di air muka masing-masing.

8. lepas tu apa yang berlaku tak lama, maka mulalah si isteri bermain kayu tiga. sedang si suami bekerja mencari rezeki, si isteri keluar dengan jejaka lain. jejaka? duda la beb.. huhu

9. seperti yang sedia maklum, duda tersebut memanglah sunyi. macam cerita melayu, lepas tu kantoi le. lepas itu berlakulah pertengkaran hangat antara suami dan isteri tu.

10. sekarang dah bercerai, semua harapan musnah. apa pun tiada. duda tu pun untunglah dek kerana tebal koceknya, cun pulak bakal bininya.

11. beberapa bulan kemudian, cinta dengan duda tu putus di tengah jalan. menurut orang ramai, duda tu nak nafsu je. bukan nak kahwin pun. kesian awek tu, cinta baru yang dibina pulak hancur. ingin kembali pada jejaka lama, tak ada muka la pulak..

12. moral of the story, jangan letakkan harapan pada PEREMPUAN melainkan keluarga anda sendiri. FAMILY FIRST..

6 pemikiran bernas dari masyarakat:

Anonymous on November 26, 2009 at 6:32 PM

yes..betol beb..lu memang betol..apa ada pada pompuan..macam2 ada..tp keluargalah segalanya..

Comment by Jalak Lenteng on November 30, 2009 at 12:35 AM

ikotkan hati...si bini itu aku nk tikam ngan duda tu pun nk tikam..tp apakan daya..aku hanya insan yang lemah...7 zat yang dipinjam kepada ku didahuli dgn sabar....bangsat tol wanita itu...xkan x pikir lansung pengorbanan yang dilakukan oleh lelakinya it

Comment by QaYYum MieJiFans on December 2, 2009 at 2:36 PM

betul2 aku setuju sangat sekarang ni kena cari betul2 kalau jenis yg senag materialistik n gadis topup mmg xbley buat bini senang2 dia je nk p kt sapa2 ingat hati ni senang nk terima ka?ingat mcm barbie dolls?pikiaq dalam2 dulu..

Comment by NORJUNILAILA AZHAR on December 3, 2009 at 12:47 AM

last sentebce tu mcm xbpe nk best je..laki or pmpuan same je..ade yg baek dan berhemah..ade gak yg mcm bangkai yang bangsat..hrp maklum..

Comment by Unknown on December 3, 2009 at 3:43 PM

'moral of the story' tetap berkenaan dengan perempuan. lainlah ceritanya jika 'story' itu berkenaan lelaki.. walaubagaimanapun, terima kasih pada komen anda semua..

Comment by Jalak Lenteng on December 3, 2009 at 8:10 PM

kuarga der bermcam2 konteks...kuarga x semestinya lahir dari ibu yang sama....adakala..adik beradik yang dijanji dengan mulut lagi bleh pakai dr kuarga betul...

Post a Comment