1. Hari itu aku berpeluang ke kedai bagi menemani seorang usahawan bertaraf sederhana ke showroom untuk memiliki kenderaan baru.
2. Kali ini seleranya lain, pacuan empat roda yang dicari. Lebih gah, lebih muatan, dan lebih bayar bulanannya.
3. Ketika ditawar pandu uji, aku berpeluang memandu jentera tersebut. Ternyata gah di jalanraya, akan tetapi aku masih berharap agar jentera seperti ini dapat diganti tayar bigfoot sebagai kepuasan.
4. Akan tetapi itu bukan soalnya. Aku geram melihat lancerGT di sebelahnya. Cukup hebat, cukup mantap. Cukup segala.
5. Cukupkah? Tidak aku rasa.
6. Berdasarkan pada penggemar kereta sukan, apa yang ditawar dengan harga adalah standard. Prestasi yang diberi tidak sehebat yang dibayar.
7. Aku tak tahulah, pada pendapat aku, apa yang kau beli, jika diambil kira pandangan orang lain, sampai bila tak cukup.
8. Macam aku, apa yang aku ada dah cukup. Asal ke mana-mana tak kuyup sudahla, daya pecutan pun tak menghampakan. Aku pun taknak laju sangat. Aku bukan pemandu F1.
9. Kepada di luar sana yang memiliki kereta cekap terutamanya kaki pecut depan rumah aku di waktu malam, ingatlah bahawa kau tu lesen biasa sahaja. Kecekapan kau tu boleh dipertikai lagi.
10. Jangan berdentum kereta kau sudahlah, pulak menyusahkan orang, yang tak berdosa mati, kau pulak hidup sihat je.
11. Inilah namanya out of topic. Tapi jelas kan mesej aku?