SILENCE

23:02 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

Hard to say..

Hard to do..

KEMBALI

20:05 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

Seperti yang anda maklum, blog ini akan dihidupkan kembali dengan pelbagai rungutan, laporan dan pelbagai repekan. Sila ambil tahu.

Kepada sahabat handai, maaf lama tidak menyertai. Akan kuteruskan langkahku.

Kembali.

Amin.

JIMAT PENGGUNAAN MINYAK KERETA ANDA

13:49 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak Jimat minyak

1. Isi minyak sebelah malam,
apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.


2. Isikan minyak sehingga tangki penuh.
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.


3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 � 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.


4. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.


5. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.


6. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.


7. Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.


8. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.


9. Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG � CAP)


10. Elakkan menunggu .
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.


11. Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

Credits to: http://www.sioloon.com/t8213-tips-untuk-jimat-minyak-kereta-anda

Aku semakin malas menaip. Walau apapun info ini berguna. Sekian

SUSPENDED

13:18 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

As the title says, this blog will be suspended until further notice.

Sebab utama:

1. Aku sibuk layan twitter sekarang. Lulz

2. Facebook has become my primary social network.

3. Microblogging has become my new hobby.

Walaubagaimanapun, aku masih lagi akan memberi komen bernas dan cadangan yang lain.

Hingga bertemu lagi.

Wassalam.

MALAS

02:45 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)

1. Maaf tidak lama berblog. Bukan maksudku.

2. Kekangan masa menyebabkan blog ni lambat diupdate. Namun, tetap akan disajikan dengan cerita menarik. Hehe

3. Pelbagai insiden berlaku pada diri aku kebelakangan ini. Aku terima ia sebagai cabaran memacu diri ke satu tahap yang lebih tinggi.

Aku nak tido. Nanti ada masa aku bgtau lagi. Selamat salam sejahtera.

POSER

01:56 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Aku kagum dengan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah berprofail biasa di Johor Bahru.

Kesungguhannya dalam bidang ict tidak boleh dipertikaikan lagi, sehinggakan ramai menjadikannya sebagai pakar rujuk jika ada sebarang masalah melibatkan dunia perkomputeran.

Aku juga tidak terkecuali menimba ilmu bersama pelajar ini. Kerendahan budinya menyebabkan aku kagum dengan diri beliau.

Tadi semasa aku membaca dan mengulas status post terbaru beiau akan rancangan seterusnya di Facebook, ada salah seorang pelajar Tingkatan 3 sekolah di luar Johor menyampuk dan menegur dengan cara yang kurang sopan.

Katanya beliau tahu segala, hebat belaka. Bila ditanya, jawapan bodoh yang keluar. Habis google dijadikan bahan bukti. Semua nak google. Nampak pandai la kononnya?

Bagi aku jika budak ni tak berubah, ini merupakan satu lagi petanda rakyat Malaysia yang kekurangan pengetahuan yang ada tetapi bercakap seolah tahu pelbagai benda.

Kononnya berlagak tahu programming, perkara simple pun ko tak tahu. WTF pun ko tak tahu.

Kerana budak inilah aku akan mengantuk keesokannya. Sibuk komen dia sangat. Rasakan.. LOL

P/s: jangan sibuk hal orang, tak tahu diam. Menyampuk tak pasal2 bukanlah cara bermesra sesama kita.

MAZMUMAH

20:29 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)



Ketika aku sedang bersarapan pagi di warung kamung yang berdekatan, aku menonton satu rancangan pagi yang menonjolkan seorang yang bakal menempa nama di dunia ini.

Ketika itu, aku memerhati tindak tanduk dan gelagat manusia yang diwawancara ini. Pada mulanya aku rasa biasa sahaja.

Selepas itu, baru aku menyedari tindakannya adalah sedikit pelik.

Kemudian barulah aku sedar keangkuhannya bercakap tentang kebolehannya melakukan sesuatu itu yang terbukti lebih hebat dari orang lain.

Ya, memang kau tak gentar dengan apa yang orang kata pada diri kau. Kau kata “saya sentiasa menjadikan kata-kata negative dari orang sekeliling itu sebagai satu semangat dalam diri saya.” Memanglah begitu.

Kemudiannya mendabik dada sebelum Berjaya melakukan sesuatu bukanlah satu perkara yang baik. Ini kerana belum tentu anda dapat membuktikannya. 1001 perkara dan cabaran menanti dan tidak semestinya anda akan dapat menguasai sesuatu perkara TANPA IZIN DARI YANG MAHA PENCIPTA.

Jadi, tolonglah jangan riak sangat. Aku tahu kau hebat, tapi dengan bercakap besar yang kau akan Berjaya bukanlah satu perkara yang baik. Siap penemuramah pun kau tempelak.

Hadui apalah nasib manusia. Dah hebat, mendabik dada. Bila gagal, senyap bukan kepalang. Angkat muka pun tak mahu.

OIL FILTER

14:18 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Seronok melihat orang bekerja di pelantar minyak. Teruja juga.

Mereka bekerja syif dua minggu di pelantar, dan pulang semula ke rumah selama 2 minggu juga.

Dan yang lebih menarik, pendapatannya juga amat lumayan. Dengarnya 5 angka sebulan. Satu jumlah yang besar.

Jika dibandingkan dengan gaji penjawat awam mahupun swasta, sudah tentu gaji sedemikian boleh dicapai dengan menjawat jawatan penting di dalam organisasi atau syarikat.

Mereka juga sudah mampu memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang mahal.

Dari segi lain, mereka juga dilihat sentiasa berperwatakan ceria dan profesional.

Aku berdoa supaya keturunan aku akan bekerja dalam keadaan dan pendapatan begini. Biar kita tidak merasa mewah, tetapi anak cucu diharap akan mengecapi impian yang dihajatkan. Amin.

BOM OH!

02:34 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





1. Aku ada berkenalan dengan seorang budak yang asalnya jujur dan baik. Ya, pada mulanya. baik.

2. Selepas itu dari ceritanya pelbagai Ustaz, pengamal perubatan Islam hinggalah ke bomoh mengenalinya.

3. Wow, hebatnya.

4. Selepas itu aku mendengar bahawa dia menggunakan khidmat bomoh untuk menghancurkan rakan yang selama ini mengenali dirinya dan membantunya tatkala susah, itu dikira melampau.

5. Rakannya itu siap memberi makan dan tempat tinggal untuk dihuni 2 bulan. Apa masalah sehingga bomoh dijadikan sasaran pulak? Satu sahaja, DUIT.

6. Si bodoh ini meminta duit upah mengecat rumah kawannya yang tolong ntah beberapa jam sahaja dengan acuh tak acuh. Tak segan ke? GIla ke?

7. Mujurlah apa yang dihantar oleh bomoh itu berjaya dipatahkan. Nasiblah kalau si Bodoh ini kena balas balik.

8. Depan aku juga baik, belakang aku diumpatinya. Manusia apa ini? Mamposla aku nak ingat mamat ni lagi.

FARK OFF!!

UNSCHOOLED

02:24 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Membeli belah memang seronok. Terutamanya di pasaraya yang menawarkan harga borong yang jauh lebih murah dari tempat lainnya.

Dalam langkah menyahut seruan kerajaan, aku hanya ingin menjadi pengguna yang bijak. Membeli item yang diperlukan sahaja. Sekeping DVD kosong.

Dalam usaha membayar, aku beratur di kaunter bayaran kurang dari 10 item. Seperti biasa, aku sentiasa bengang dengan orang hadapan aku yang macam tak reti bahasa melayu langsung.

Mengapa? Sebab beratur di kaunter kurang 10 item dengan barang penuh di dalam troli. Tak ke menyusahkan orang lain namanya?

Aku mula mengambil gambar untuk dimuatkan ke dalam laman ini. Kemudian tibalah giliran mangkuk ni untuk meletakkan barangnya. Yang bagusnya, jurukira harga tu dengan selambanya menyuruh orang tersebut pergi ke kaunter lain..

Puas hati aku. Satu tindakan yang bijak.. Jarang jurukira bertindak begini. Satu tindakan terpuji.

Atau mungkin dia menyedari gambarnya diambil? Aku tak pasti.

Yang pentingnya, jangan jadi macam bangang dengan buat muka tak tahu masuk ke laluan bayaran ekspres dengan barang berlambak dalam troli.

Tak sekolah ke?