MAZMUMAH

20:29 / Diutarakan oleh Unknown /



Ketika aku sedang bersarapan pagi di warung kamung yang berdekatan, aku menonton satu rancangan pagi yang menonjolkan seorang yang bakal menempa nama di dunia ini.

Ketika itu, aku memerhati tindak tanduk dan gelagat manusia yang diwawancara ini. Pada mulanya aku rasa biasa sahaja.

Selepas itu, baru aku menyedari tindakannya adalah sedikit pelik.

Kemudian barulah aku sedar keangkuhannya bercakap tentang kebolehannya melakukan sesuatu itu yang terbukti lebih hebat dari orang lain.

Ya, memang kau tak gentar dengan apa yang orang kata pada diri kau. Kau kata “saya sentiasa menjadikan kata-kata negative dari orang sekeliling itu sebagai satu semangat dalam diri saya.” Memanglah begitu.

Kemudiannya mendabik dada sebelum Berjaya melakukan sesuatu bukanlah satu perkara yang baik. Ini kerana belum tentu anda dapat membuktikannya. 1001 perkara dan cabaran menanti dan tidak semestinya anda akan dapat menguasai sesuatu perkara TANPA IZIN DARI YANG MAHA PENCIPTA.

Jadi, tolonglah jangan riak sangat. Aku tahu kau hebat, tapi dengan bercakap besar yang kau akan Berjaya bukanlah satu perkara yang baik. Siap penemuramah pun kau tempelak.

Hadui apalah nasib manusia. Dah hebat, mendabik dada. Bila gagal, senyap bukan kepalang. Angkat muka pun tak mahu.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment